Tuesday, September 13, 2011
Cahaya Menerangi Kegelapan: Maksud hadis yang menerangkan Allah SWT memuji dir...
Cahaya Menerangi Kegelapan: Maksud hadis yang menerangkan Allah SWT memuji dir...: Dan ertinya meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib RA daripada Nabi Muhammad SAW ,bahawasanya ia bersabda: Bahawasanya Allah SWT memuji di...
Cahaya Menerangi Kegelapan: Kandungan Doa Nabi Allah Hidzir 'Alaihisalam
Cahaya Menerangi Kegelapan: Kandungan Doa Nabi Allah Hidzir 'Alaihisalam: Maksud kandungan doa ini ialah : Ya Allah! , sebagaimana engkau amat mengasihani kepada kebesaran engkau tanpa ada bandingannya kasih sa...
Thursday, September 1, 2011
Peningkatan Berterusan
Alhamdulillah, segala syukur kepada Tuhan sekian alam, Tuhan yang awal tiada berawal dan akhir yang tiada berakhir. Segala puji bagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah telah memberi kehidupan yang membolehkan kita terus hidup hingga berupaya kita menghabiskan Ramadhan 1432 dengan nikmat kesihatan serta kemudahan untuk beramal ibadah. Tiada ada hadiah yang lebih baik dari berupaya nikmat Ramadhan.
Selepas 3 hari meninggalkan Ramadhan 1432, haruslah didokumentasikan prestasi Ramadhan yang lalu agar ia menjadi "baseline" untuk Ramadhan yang akan datang, insya-Allah, jika Allah mengizinkan umur dan kesihatan yang baik. Mengetahui baseline akan memberi kita satu kayu ukur dimana kita hari ini dan kemana yang akan kita pergi esok. Proses mengdokumentasi adalah perlu kerana kita ini seorang insan yang sering lupa. Ini diyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Asr. Hanya orang-orang yang saling berpesan-pesan sahaja yang tidak akan kerugian.
Bulan Ramadhan yang bukan sahaja bulan nikmat yang ditimbunkan dengan perbagai kelebihan tetapi ia juga harus dilihat dari sudut bulan dakwah kepada diri kita. Andainya kita tersentuh dengan dakwah Ramadhan, maka Insya-Allah, akan ada perubahan selepas bulan Ramadhan ini. Perubahan yang baik ini biarlah sedikit namun berterusan. Amal soleh yang sedikit dan berterusan adalah jauh lebih baik dari yang banyak tetapi hanya sekejap. Antara peluang-peluang amal soleh yang boleh diteruskan adalah:
Selepas 3 hari meninggalkan Ramadhan 1432, haruslah didokumentasikan prestasi Ramadhan yang lalu agar ia menjadi "baseline" untuk Ramadhan yang akan datang, insya-Allah, jika Allah mengizinkan umur dan kesihatan yang baik. Mengetahui baseline akan memberi kita satu kayu ukur dimana kita hari ini dan kemana yang akan kita pergi esok. Proses mengdokumentasi adalah perlu kerana kita ini seorang insan yang sering lupa. Ini diyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Asr. Hanya orang-orang yang saling berpesan-pesan sahaja yang tidak akan kerugian.
Bulan Ramadhan yang bukan sahaja bulan nikmat yang ditimbunkan dengan perbagai kelebihan tetapi ia juga harus dilihat dari sudut bulan dakwah kepada diri kita. Andainya kita tersentuh dengan dakwah Ramadhan, maka Insya-Allah, akan ada perubahan selepas bulan Ramadhan ini. Perubahan yang baik ini biarlah sedikit namun berterusan. Amal soleh yang sedikit dan berterusan adalah jauh lebih baik dari yang banyak tetapi hanya sekejap. Antara peluang-peluang amal soleh yang boleh diteruskan adalah:
- Puasa 6 hari di bulan Syawal
- Puasa Isnin & Khamis setiap minggu
- Amalan qiam pada penghujung malam
- Berdoa pada waktu sahur (Surah Al-Imran:17)
- Amalkan budaya infaq
- Teruskan mengawal lidah, mata, telinga dan hati
Monday, August 15, 2011
13 Ramadhan 1432: Kita Serupa
Bulan Ramadhan adalah bulan yang membentuk sifat kesamarataan. Tak kiralah samada seseorang itu kaya atau miskin, berada atau fakir, berpangkat atau pekerja am, bergelaran atau manusia kebayakan, berdarah raja atau berketurunan hamba. Dalam bulan ini semuanya sama. Samalah seperti di musim haji di mana semuanya berpakaian kain ihram yang putih tanpa ada perbezaan walaupun ada yang datang dengan berjalan kaki atau menaiki kapal terbang esekutif kelas pertama.
Apabila azan maghrib berkumandang memuji kebesaran Ilahi, semua orang akan berbuka puasa. Tidaklah Agong atan Raja berbuka dahulu manakala si penjaga istana berbuka di wakti Isyak. Mungkin juadahnya berbeza, tapi bukanya tetap pada minit yang sama.
Tidak lah pula pembesar negara boleh "bersama" isteri di siang hari dan kerani hanya boleh di malam hari. Semuanya sama. Tidak lah pula si Dato' dan Tan Sri boleh meneguk air di tengahari dan si pencuci hanya boleh bila berbuka nanti.
Inilah hikmah Ramadan. Jika tiada fardu puasa, kita pasti yang si kaya raya tidak mengerti apa itu lapar, tidak mengerti apa itu dahaga dan tidak mengerti nikmatnya berbuka puasa. Tiada terasa akan sesuatu tu sehinggalah kita kehilangannya. Allah menjanjikan 2 nikmat pada orang yang berpuasa. Nikmat takkala berbuka puasa dan nikmat apabila bertemu Allah nanti.
Hikmah kesamarataan ini membentuk jiwa-jiwa agar menjadi rendha diri, supaya mengerti keperitan si miskin dan fakir. Mengikis sifat pekin & kedekut. Membuka hati untuk meninfaq harta dan jiwa pada jalan Allah.
12 Ramadhan 1432: Seloka
Separuh Ramadhan dah nak berlalu pergi
Fasa Rahmat Allah dah tak boleh kembali
Hanya harap tahun depan kita hidup lagi
Sekarang fasa keampuanan Ilahi
Jangan kita lepas peluang ini
Marilah kita mintak ampun setiap hari
Mintak dapat keredhaan Ilahi
Mintak dapat masuk syurga Jannati
Mintak elak api neraka dari membakar diri
Nabi Muhammad SAW istigfar 70 kali sehari
Kita patut istigfar 70,000 kali
Tapi kita tak mampu nak buat sebegitu sekali
Maka lailatu-qdr patut kita cari
Sebab inilah subsidi Allah SWT beri
Pada umat Muhammad SAW yang cepat mati
Lailatul-qdr malam istemewa kurniaan ilahi
Semua ibadah mendapat gandaan tak peri
Umpama 87 tahun ibadah tak berhenti-henti
Inilah hadiah istemewa umat Nabi
Bagi yang istoqomah mencari
Bukan untuk yang buat tak peduli
Bagi yang rajin ibadah setiap hari
Bukan untuk yang fikir juadah bila dah petang mari
Bagi yang berdoa pada awal pagi
Bukan yang tidur sampai tengahari
Bagi yang masjid di hati
Bukan yang do kira supermaket mana yang tak pi lagi
Annuar Ridwan kata nak hidup 1000 tahun lagi
Sedarlah mungkin esok kita akan mati
Doalah kita dapat habiskan Ramadhan 30 hari
Agar diri ini bersih dari dosa macam baby
Semuga sejastera bila di hari ibadah di adili
Fasa Rahmat Allah dah tak boleh kembali
Hanya harap tahun depan kita hidup lagi
Sekarang fasa keampuanan Ilahi
Jangan kita lepas peluang ini
Marilah kita mintak ampun setiap hari
Mintak dapat keredhaan Ilahi
Mintak dapat masuk syurga Jannati
Mintak elak api neraka dari membakar diri
Nabi Muhammad SAW istigfar 70 kali sehari
Kita patut istigfar 70,000 kali
Tapi kita tak mampu nak buat sebegitu sekali
Maka lailatu-qdr patut kita cari
Sebab inilah subsidi Allah SWT beri
Pada umat Muhammad SAW yang cepat mati
Lailatul-qdr malam istemewa kurniaan ilahi
Semua ibadah mendapat gandaan tak peri
Umpama 87 tahun ibadah tak berhenti-henti
Inilah hadiah istemewa umat Nabi
Bagi yang istoqomah mencari
Bukan untuk yang buat tak peduli
Bagi yang rajin ibadah setiap hari
Bukan untuk yang fikir juadah bila dah petang mari
Bagi yang berdoa pada awal pagi
Bukan yang tidur sampai tengahari
Bagi yang masjid di hati
Bukan yang do kira supermaket mana yang tak pi lagi
Annuar Ridwan kata nak hidup 1000 tahun lagi
Sedarlah mungkin esok kita akan mati
Doalah kita dapat habiskan Ramadhan 30 hari
Agar diri ini bersih dari dosa macam baby
Semuga sejastera bila di hari ibadah di adili
Sunday, August 14, 2011
11 Ramadhan 1432: More is Better...!
Ramdhan is the month that educates us to work in a Jamaah. Despite the fasting routine is a very individual commitment to Allah, the majority of other routines in the month of Ramadhan are in congregation (Jamaah). No doubt that you can still perform that alone but "more is better".
- Tarawikh prayer: It has been a tradition and routine that it is a congregation prayer performed after solat Isya'. Imagine if you want to perform 20 rakaat solat tarawikh alone for 30 days, it will not be that easy to have the on-going motivation to complete that routine.
- Iftar: Islam propagates for the believers to provide foods for the people who are fasting. And while providing the food, breaking the fast with family and friends make it much better. More is better.
- Tadarus: The Prophet Muhammad SAW did the muraja'ah or tadarus of Al-Quran with Jibrail AS every Ramadhan. Tadarus cannot be done alone, it has to be in a group where the reader will be monitored by the other members in the circle to ensure the reading of Al-Quran is correct.
Thursday, August 11, 2011
10 Ramadhan 1432: Fasa ke-2
Sedar tak sedar, dah 10 Ramadhan 1432. Maksudnya, dah 1/3 bulan Ramadhan ini kita semua lalui. Fasa pertama iaitu Rahmat, fasa kedua adalah pengampunan dan fasa terakhir adalah pembebasan dari api neraka.
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami berdoa kepada mu yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Yang berjanji menunaikan doa-doa dan Allah yang tidak memunkiri janji. Makhbulkan doa kami ya Allah. Kami memohon agar kami diberi Rahmat-Mu pada 10 malam Ramadhan yang lalu. Terimalah ibadah kami, ampunilah dosa-dosa kami, berilah kerehaan-Mu ya Allah kepada kami"Bagus juga kalau kita melihat jadual muhasabah diri yang dirangka pada awal Ramadhan di mana kita sekarang ini:
- Adakah kita semakin bertenaga untuk mengerjakan ibadah-ibadah atau stamina dah menurun?
- Adakah kita semakin bermotivasi untuk bersolat tarawikh atau dah mula letih?
- Adakah dah mula rasa biasa puasa dan dah lupa matlamat bulan ini yang mana Rasulullah SAW berkata barangsiapa tahu akan kelebihan bulan Ramadhan, nescaya dia mahu tiap-tiap bulan itu bulan Ramadhan
- Sudahkah kita mengenalpasti ibadah mana yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang akan kita kekalkan di bulan-bulan yang lain?
Tuesday, August 9, 2011
9 Ramadhan 1432: Hebatnya Ramadhan
Bulan Ramdhan sering dikaitkan dengan keletihan, lapar & dahaga, tidak bersemangat dan lesu. Ini semua kerana perut tidak diisi pada waktu siang. Manakala pada waktu malam pula, kita keletihan kerana banyak makan semasa berbuka puasa. Namun sejarah membuktikan sebaliknya. Berikut adalah sebahagian rentetan sejarah yang menyaksikan bertapa gagah dan hebatnya umat Islam pada bulan yang mulia ini:
- Perang Badar: Berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah, dan umat Islam telah mencapai kejayaan
- Pembukaan Kota Mekah: Berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun ke-8 hijrah
- Pembersihan Kota Mekah: Kota Mekah yang dipenuhi dengan berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dihancurkan pada tahun ke-8 hijrah
- Parsi Tewas: Kerajaan besar Parsi tumbang di tangan Kerajaan Islam pada bulan Ramadhan tahun 15 hijrah
- Tentera Salib Tewas: Salahuddin Al-Ayubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 548 hijrah
- Israel Tewas: Mesir dan Syria menewaskan Israel di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah
Monday, August 8, 2011
8 Ramadhan 1432: Bonus Ramadhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:
- Bau mulut orang yang perpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah
- Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
- Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan perbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu". (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagian di dunia dan di akhirat
- Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiar lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan
- Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka selesai mengerjakannya. Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w "Ya Rasulullah apakah itu malam lailatulqadr?" Baginda menjawab "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya" (riwayat Ahmad)
7 Ramadhan 1432: Azam
Along terbaring atas sofa menunggu masuk waktu isyak. Sudah berbaju melayu sutera thai berwarna jingga dan berseluar khaki. Mungkin keletihan berbuka puasa. Manakan tidak, perut yang sehari tidak bertugas tiba-tiba masuk macam-macam juadah berbuka puasa ditambah dengan air manisan sejuk. Darah dalam badan yang jumlahnya 5 liter terpaksa menderu ke perut untuk mencerna makanan. Tidak banyak yang berada di kepala. Maka rasa letih, mengantuk dan tidak bermaya mula mengigit along. Afiff, adik bongsu along, sedang mengenakan baju kurta berwarna hijau muda. Baju ni mamanya beli semasa Afiff, along, angah and uda mengikut mama dan baba pergi menunaikan umrah 2 bulan yang lalu.
"Apip!" sapa along. Apip adalah panggilan rumah kepada Afiff. Afiff menoleh kepada along dan mengangkat kepada tanda menyahut sapaan abang sulungnya. "Malam ni nak buat berapa rakaat solat tarawikh?" Soalan diaju kepada Afifi. "Along nak buat 8 rakaat, kita buat lapan je lepas tu kita balik" along mengemukakan cadangan. "Apip nak buat 23 rakaat!" jawab Afiff selamba. Along mula curiga dengan keyakinan adik bongsunya untuk membuat solat tarawikh 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat. Fikir along, solat tarawikh sebanyak itu akan mengambil masa yang panjang dan mungkin habis hampir kepukul 11 malam. "Aleh... Apip nak buat solat subuh 2 rakkat pun susah, ini kan pula 23 rakaat. Sure or not?" Along mula mencari ruang untuk menutup kelemahan diri disamping cuba meruntuhkan keyakinan adiknya.
Along pasti, attacking while creating doubt is a strategy to shake the confidence of his brother. Along sebenarnya mencari sokongan untuk membuat 8 rakaat kerana baba pasti akan mencadangkan membuat 23 rakaat. Pada waktu baba telah berada di meja komputer dan mendengar semua perbualan anak-anak lelakinya. Dia dia dan menunggu apa reaksi Afiff.
"Along!, kita ni nak azam untuk buat yang terbaik, insya-Allah, Allah akan bantu kita" Jawab Afiff selamba sambil mengambil kunci rumah. Pada ketika ini, muazzin surau as-salikin dah mula memanggil dan memuji Allah SWT. Along tersedu mendengar bagaimana adiknya yang disangka mudah diratah, menjawab dengan selamba dan tidak mudah goyah. Baba muncul dan mencelah "good answer Apip... Well done!" sambil tersenyum sinis kapada along.
Mereka tiga beranak kemudiannya berjalan ke surau untuk mendirikan solat fardu isyak dan mendirikan Ramadhan dengan mengerjakan solat tarawikh. Afif istiqamah dengan apa yang dinyatakan dengan mendirikan 2o rakaat solat tarawikh dan 3 solat sunat witir.
Morale of the story:
masjid nabawi selepas maghrib |
Along pasti, attacking while creating doubt is a strategy to shake the confidence of his brother. Along sebenarnya mencari sokongan untuk membuat 8 rakaat kerana baba pasti akan mencadangkan membuat 23 rakaat. Pada waktu baba telah berada di meja komputer dan mendengar semua perbualan anak-anak lelakinya. Dia dia dan menunggu apa reaksi Afiff.
"Along!, kita ni nak azam untuk buat yang terbaik, insya-Allah, Allah akan bantu kita" Jawab Afiff selamba sambil mengambil kunci rumah. Pada ketika ini, muazzin surau as-salikin dah mula memanggil dan memuji Allah SWT. Along tersedu mendengar bagaimana adiknya yang disangka mudah diratah, menjawab dengan selamba dan tidak mudah goyah. Baba muncul dan mencelah "good answer Apip... Well done!" sambil tersenyum sinis kapada along.
Mereka tiga beranak kemudiannya berjalan ke surau untuk mendirikan solat fardu isyak dan mendirikan Ramadhan dengan mengerjakan solat tarawikh. Afif istiqamah dengan apa yang dinyatakan dengan mendirikan 2o rakaat solat tarawikh dan 3 solat sunat witir.
Morale of the story:
- Berbuka puasa tidak boleh makan terlalu banyak. Makan makanan yang berkabohidrat tinggi adalah makanan yang kompleks dan perlu banyak tenaga untuk dicerna. Ini meletihkan sistem badan dan akan membuat kita letih dan lesu.
- Azam untuk mencapai yang terbaik perlu dalam kehidupan. Minda kita bergerak dengan apa yang kita lafazkan. Lafazla sesuatu yang positif dan berazam untuk melakukannya dengan baik.
Saturday, August 6, 2011
6 Ramadhan 1432: Check point
Merentas desa atau lari marathon, pasti ada check point. Check point adalah satu proses mengenalpasti pelari-pelari tidak membuat larian pintas atau tidak melalui jalan yang ditetapkan. Ini kerana peserta larian tersebut tidak boleh dikawal sepenuhnya setiap masa. Setiap peserta dikhendaki melalui setiap checkpoint sebagai pra syarat menamatkan larian mereka.
Kini Ramadhan memasuki hari ke 6. Ini bermakna kita telah melalui 20% bulan ramadhan pada akhir petang hari ini. Sesungguhnya amat wajar untuk kita melakukan check point atas amal ibadah kita selama 6 hari ini.
Kini Ramadhan memasuki hari ke 6. Ini bermakna kita telah melalui 20% bulan ramadhan pada akhir petang hari ini. Sesungguhnya amat wajar untuk kita melakukan check point atas amal ibadah kita selama 6 hari ini.
IF WE DON'T INSPECT WHAT WE EXPECT, WE WILL NEVER GET WHAT WE EXPECT!Maka inspection atas amal ibadah kita akan memberi kita "line of sight" atau penanda aras samada kita berada di landasan yang betul atau sudah pun tergelincir. Mari kita sama-sama lihat di mana kita sebenarnya:
- Kualiti Puasa: adakah kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja? Atau puasa kita semakin meningkat kualitinya kerana kita menjaga semua pancaindera.
- Solat Fardu: Solat fardu berjamaah setiap waktu.
- Solat Tarawikh: Setiap malam mendirikan solat tarawikh & witir berjamaah (minima 8 rakaat)
- Solat Tahajjud: Setiap malam mendirikan solat tahajjud (minima 8 rakaat)
- Solat Rawatib: Mendirikan solat rawatib setiap kali solat fardu
- Infaq: Melalukan infaq setiap hari
- Tadarus Al-Quran: Bertadarus Al-Quran setiap hari
- Membaca Al-Quran: Satu juzuk setiap hari. Mungkin kena lebih sebab puasa dijangka hanya 29 hari tahun ini
Ini adalah sedikit proses check point untuk kita melihat dimana kita pada 20% bulan Ramadhan. Dan dengan mengetahui dimana kita hari ini, ini memberi peluang untuk kita meletakkan matlamat untuk mempertingkatkan amalan-amalan kita dalam meneruskan 80% lagi perjalanan bulan Ramadhan ini.
Friday, August 5, 2011
5 Ramadhan 1432: Universiti Ramadhan
Menghadapi peperiksaan universiti merupakan waktu yang cukup tertekan kerana perlu persiapan dan tidak pasti soalan yang akan timbul. Ini tidak berlaku di Universiti Ramadhan. Universiti Ramadhan telah memberi semua soalan dan assignment. Apa yang kita perlu hanya melaksanakan tugasan dengan penuh berhati-hati dan seterusnya mendapat markah atau pahala yang berlipat-ganda. Bahkan Universiti Ramadhan ini memberi tugasan yang sama pada setiap tahun. Kita hanya perlu "meniru" apa yang kita lakukan pada tahun-tahun yang lalu disamping membaiki persembahan tugasan tersebut.
Lazimnya, orang yang keluar dari Universiti di panggil mahasiswa. Tetapi untuk Universiti Ramadhan, insya-Allah, keluarnya dari Universiti Ramadhan mendapat gelaran insan bertakwa. Dengan hanya berpuasa di bulan Ramadhan, orang-orang yang beriman akan mendapat gelaran insan bertakwa. Gelaran ini jauh lebih baik dari TanSri, Datuk Sri malahan lebih baik dari Tun!
Setelah 5 hari di dalam Universiti, marilah kita menoleh kebelakang sebentar. Tanyalah pada diri kita:
Brac University in Dhaka |
- Layakkah kita mendapat gelaran insan bertakwa?
- Selesaikah kita akan semua tugasan-tugasan yang diberi?
- Bagaimana kualiti tugasan-tugasan kita?
- Apakah ada ruang untuk kita perbaiki tugasan-tugasan ini?
- Apakah persediaan kita untuk memasuki hari 6 esoknya dan hari-hari seterusnya?
- Andainya ini hari terakhir kita di Universiti, cukupkah apa yang kita sudah lakukan?
4 Ramadhan 1432: Bulan Infaq
Ramadhan yang bermaksud panas terik mengajar kita erti dahaga. Mengajar kita erti kehilangan sesuatu. Hilang hak untuk makan dan minum di siang hari. Maka, selalunya kita hanya akan mengerti bertapa nikmat sesuatu itu selepas ianya hilang dari kita. Fikirlah bertapa enaknya teh tarik pad apukul 10 pagi di bulan Ramadhan. Bertapa sedapnya sirap ais pada pukul 2 petang semasa berjalan pulang dari mendirikan solat jumaat di hari yang panas terik.
Andainya kita berfikir, pasti kita akan berasa insaf dan mengerti bagaimana rasanya bagi orang yang tidak dapat merasa teh tarik atau sirap air pada bulan-bulan yang bukan bulan Ramadhan. Sebuah kampung di Kemboja yang tidak pernah menjamah daging kecuali ada orang datang di Eidul Adha mengadakan ibadah korban. Sedangkan kita mempunyai daging untuk dimakan setiap hari. Anak-anak palestin yang tak punya apa-apa selain dari bom dan serangan Israel laknatullah saban masa. Mereka tak mengerti apa itu Ice-Cream Walls atau Conetto. Tak mengerti apa itu Fried Chicken atau Beef Burger.
Allah menjanjikan bahawa orang yang mengorbankan harta-benda pada jalan Allah sudah pasti mendapat ganjaran yang tidak terbatas. Apatah lagi jiak pengorbanan harta benda tersebut dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
tangisan seorang peminta sedekah jalanan di dakha |
Allah menjanjikan bahawa orang yang mengorbankan harta-benda pada jalan Allah sudah pasti mendapat ganjaran yang tidak terbatas. Apatah lagi jiak pengorbanan harta benda tersebut dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat-gandakan bagi sesiapa yang Dia khendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." 2:261Sebagai peringatan, setelah mengeluarkan sedekah, Allah bersabda:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfaqkan hartanya kerana ria' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir." 2: 264Di bulan Ramadhan ini merupakan satu motivasi kembar yang pasti dapat membatu kita beriman dengan ayat-ayat Allah di atas.
- Motivasi memberi: Puasa mengajar erti hilangnya sesuatu, maka ini akan memberi motivasi untuk kita memberi kepada yang tiada.
- Motivasi menjaga hati: Puasa mengajar erti integriti dan tidak menunjuk-nunjuk. Puasa adalah ibadah rahsia antara hamba dan Allah. Maka rahsiakan lah apa yang kita beri (infaq) agar tangan kanan memberi dan tangan kiri tidak mengetahuinya.
3 Ramadhan 1432: Beniaga Dengan Allah
Pasar Ramadhan adalah cukup sinonim di bulan puasa ini. Kalau pun kita tidak mengujunginya, kita pasti dapat melihat ramai orang-orang Islam yang hadir membeli-belah sebelum tibanya waktu iftar. Kadang-kadang kita hairan kerana ada gerai-gerai di Pasar Ramadhan yang mula berniaga seawal pukul 3 petang dan yang lebih "menakjubkan" lagi adalah pengunjung-pengunjung yang datang seawal demikian. Apakah tidak terlalu awal untuk membeli makanan pada pukul 3 petang. Namun demi menjaga hati, kita mendidik hati untuk bersangka baik.
Perniagaan dengan Allah pada bulan Ramadhan ini adalah:
Insya-Allah perniagaan ini pasti tidak ada ruginya!
Berniaga di pasar Ramadhan akan membawa kepada hasil jualan (revenue). Hasil jualan ini jika ditolak kos jualan akan memberi untung dan rugi. Insya-Allah, di bulan Ramadhan ini, rezeki orang-orang Islam akan melimpah ruah. Namun, apakah hasil jika kita berniaga dengan Allah? Allah berfirman dalam Surah Saff ayat 10-13:
"Wahai orang-orang yang berimanI Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" 61:10
"(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." 61:11
"Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'adn. Itulah kemenangan yang agung." 61:12
"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Mukmin." 61:13
Perniagaan dengan Allah pada bulan Ramadhan ini adalah:
- Berpuasa dengan berlapar dahaga & menjaga semua anggota pancaindera dengan tidak melakukan dosa
- Mengerjakan semua amalan sunnah-sunnah Rasul SAW
- Mengeluarkan zakat dan infaq demi Allah SWT
- Memberi makan kepada orang yang berpuasa
- Berjihad dengan nafsu seperti mana yang Rasul SAW menyatakan selapas pulang dari peperangan Badar yang mana peperangan yang lebih besar adalah melawan nafsu
Insya-Allah perniagaan ini pasti tidak ada ruginya!
Tuesday, August 2, 2011
2 Ramadhan 1432: Tips Kesihatan
Menjaga kesihatan agar cergas dan cerdas adalah penting dalam mengharungi puasa hampir 14 jam setiap hari. Dr. Zulkifli Yusof, doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyyah mengariskan beberapa tips kesihatan untuk kita praktiskan didalam bulan Ramadhan ini:
- Lewatkan Sahur: Kajian membuktikan bahawa sarapan (makan pagi) adalah cukup penting bagi kesihatan tubuh badan. Ini terutama kepada kanak-kanak yang berpuasa kerana penggunaan tenaga yang banyak.
- Banyakkan Meminum Air: Puasa tidak memberi peluang kepada kita meminum air pada siang hari, namun kita hendaklah meminum air sekurang-kurangnya tujuh gelas setiap hari. Air kosong adalah cukup baik untuk tubuh badan. Tidak perlu air sirap ataupun air berkabonat. Amalkan meminum air kosong.
- Bersegera Berbuka Puasa: Berbuka puasa dengan rotob (kurma "fresh") adalah yang terbaik. Jika tiada rotob, maka tamar (kuma kering) adalah pengganti. Rasulullah SAW juga ada bersabda mengenai berbuka dengan kurma. Kurma adalah makanan ideal yang mempunyai tinggi serat dan rendah lemak. Juga, takkala badan memerlukan tenaga, kurma mempunyai "simple glucose" yang dapat diurai menjadi tenaga dengan cepat tanpa memerlukan tenaga dari badan untuk memprosesnya. Makanan lain yang mempunyai kabohaidrat yang kompleks (nasi, ayam, daging) memerlukan tenaga dari badan untuk memprosesnya. Kita perlu tenaga untuk aktiviti tarawikh, oleh itu kurma cukup ideal sebagai makanan berbuka puasa.
- Tiada "qada" dalam jumlah makan: Berbuka puasa seperti makan seperti waktu makan biasa. Berpuasa bukanlah sebab untuk menggandakan jumlah makanan yang diambil memandangkan kita tidak makan tengahari. Jumlah makanan yang diambil sederhana jumlahnya akan mengurangkan penggunaan tenaga untuk mencerna makanan. Ini memberi lebih tenaga untuk kita solat tarawikh.
- Elakkan Buffet Ramadhan: Buffet ramadhan mahal, menjurus kepada makan berlebihan dan membawa kepada pembaziran. This is a lost-lost proposition.
- Kurangkan/Elakkan Minuman Berkefein: Minuman berkeifein seperti teh dan kopi akan membuka ruang di kerongkong. Ini membolehkan asid bergerak ke atas. Ia boleh membawa masalah kepada kesihatan.
- Banyakkan Makan Buah: Banyakkan memakan buah-buahan terutama yang mempunyai serat yang tinggi. Serat yang tinggi akan mengenyangkan perut.
- Jangan Tidur Selepas Makan: Tidur hanya selepas 1-2 jam selepas makan. Makanan perlu dicerna dengan baik sebelum kita rehat.
- Jangan Tidur Siang: Jangan tidur diwaktu siang kecuali sebentar sebelum masuk waktu zuhur. Banyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini.
Monday, August 1, 2011
1 Ramadhan 1432: Ramadhan Al-Mubarak
1 Ramadhan 1432H. Tak ramai dari kita yang mengingati tarikh bulan Islam. Namun 1 Ramadhan adalah tarikh yang pasti semua umat Islam di negara ini mampu mengetahui bila ia hadir. Ramdhan yang penuh berkat hadir pada hari ini. Hadir atas kehendak-Nya yang terus memberi peluang kepada kita untuk kita "mengaut" segala "offer" sempena bulan mulia ini.
Fikirkanlah, jika Pavillion KL mengadakan jualan hebat dengan tawaran potongan harga yang tinggi, sudah pasti ramai diantara kita yang akan beratur pagi-pagi lagi untuk jadi orang pertama memasuki butik-butik barangan berjenama tersebut. Kita tidak mahu ketinggalan. Kalau di luar negara, ada orang yang sanggup membawa khemah dan mula beratus pada pukul 2 pagi semata-mata untuk menjadi orang pertama memasuki gedung perniagaan.
Apakah Ramadhan yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW kurang hebatnya dari jualan hebat di Pavillion atau di luar negara? Ramadhan yang mana amalan sunat di kira pahala seperti amalan wajib. Amalan wajib yang digandakan pahala. Dan tak sudah di situ, satu malam yang bersamaan 1000 malam juga ada di bulan ini. Ianya lebih hebat, lebih canggih dan lebih teruja dari sebarang jualan murah yang ada jika dibandingkan tawarannya. Marilah kita bersama-sama bertekad untuk merebut semua peluang membuat kebajikan pada bulan yang pada awalnya rahmat, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Merebut peluang ini perlu perancangan. Maka rancanglah strategi dari hari ini supaya lailatul-qadr menjadi matlamat Ramadhan 1432. Inilah hadiah bonanza Ramadhan!!
Membuat checklist atau borang muhassabah perlu sebagai "tool" dalam menghadapi Ramadhan pada tahun ini. Catatan yang terperinci perlu sebagai satu cara untuk menjadikan amalan-amalan sebagai tabiat. Tabiat akan menjadi kekal dengan kuasa melatih-tubi.
Ramadhan Planner: Inspect what we expect! |
Puasa yang sempurna akan membawa kepada takwa.
Tuesday, July 19, 2011
UMRAH Log 1: Winning Strategy
Peperangan UHUD: Api dendam yang membara di dada-dada Quraish disebabkan kekalahan di peperangan Badar Al-Kubra membawa kepada pengumpulan 3000 tentera quraish untuk memerangi orang-orang Islam. Misi membalas dendam ini bermula pada bulan Syawal tahun 3 Hijrah selepasa setahun peperangan Badar.
Kaum Muslimin yang pada mulanya mangatur strategi untuk bertahan di dalam Kota Madinah dengan menggunakan lorong-lorong kecil serta bumbung rumah sebagai helah peperangan telah menukar kepada bertempur di luar Kota Madinah. Cadangan untuk bertempur dan bersemuka dengan tentera quraish adalah dari Hamzah bin Abd al-Muttalib, bapa saudara Nabi SAW. Rasullullah SAW menerima cadangan tersebut dan mengumpul kira-kira 1000 orang tentera. Setelah hampir ke bukit Uhud, hampir 300 orang berpaling tadah dan pulang ke Madiah hasil hasutan ketua munafik, Abdullah bin Ubay,. Abdullah berkeras bahawa bertahan di dalam Kota Madinah adalah yang terbaik and Rasullullah telah terpengaruh dengan cadangan sahabat. Walaupun sebenarnya ini adalah strategi buruk kaum munafik yang mahu melemahkan semangat tentera Muslimin. Allah berfirman:
Tiga ringkasan strategi di atas meletakkan tentera Muslimin di posisi yang terbaik untuk meraih kemenangan. Kebijaksanaan Rasullullah SAW memilih tempat cukup terbukti walaupun tentera Muslimin tiba terkemudian dari tentega quraish.
Strategi Rasullullah SAW menetup ruang belakang yang menjadi titik kelemahan (weak point) tentera Muslimin boleh diambil iktibar (morale of the story) dalam kehidupan kita:
Sedikit catatan ini agar menjadi teladan dalam merangka strategi dakwah serta kehidupan. Wallahua'lam.
Bukit Pemanah & Wadi Akiq. Bentuk mukabumi menjadi strategi Rasullullah SAW dalam Perang Uhud |
"(ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal" Al-Imran:122Rasullullah telah menyusun strategi:
- Mengambil tempat dimana bukit Uhud di belakang tentera Muslimin dan Kota Madinah di depan tentera Muslimin. Ini meletakkan tentera quraish berada di tengah-tengah antara bukit Uhud dan Kota Madinah
- Kedudukan tentera Muslimin agak terbuka kepada serangan namun Rasullullah SAW telah menempatkan 50 orang pemanah terbaik untuk mengambil tempat di atas bukit kecil (bukit pemanah) yang bawahnya akan menjadi laluan tentera quraish yang akan menyerang tentera Muslimin dari belakang. Keputusan yang strategik ini menutup kelemahan posisi tentera Muslimin. Baginda SAW bersabda "kawallah bahagian belakang kami, jika kamu lihat kami terbunuh maka jangan dibantu, jika kamu lihat kami mendapat harta rampasan, maka jangan turun menyertai kami"
- Rasullullah SAW meletak satu pasukan di kanan diketuai Al-Mundhir bin Amru, satu pasukan di kiri yang diketuai oleh Al-Zubayr bin Al-Awwam. Al-Zubayr di beri tugas khas iaitu mengekang tentera berkuda Khalid Al-Walid. Di tengah satu pauskan yang handal dan berani untuk bertempur.
Bukit Uhud berdiri teguh di belakang tentera Muslimin semasa Perang Uhud |
Strategi Rasullullah SAW menetup ruang belakang yang menjadi titik kelemahan (weak point) tentera Muslimin boleh diambil iktibar (morale of the story) dalam kehidupan kita:
- Dalam menghadapi musuh, fokus serta tenaga adalah untuk berdepan dengan musuh dan bukannya membuka ruang untuk musuh menyelinap masuk dan menyerang dari belakang. Bukit Uhud yang teguh dan tak mungkin didaki dari belakang memberi kenyakinan (peace of mind) yang tiada musuh yang boleh lolos. Dalam dakwah; kita seharusnya tidak membuka ruang kepada musuh untuk menyerang kita dan membuat kita sibuk bertahan dan tak punya masa untuk menyerang/berdakwah.
- Menganalisa kedudukan kita dipandangan musuh adalah penting untuk mengenalpasti titik kelemahan. 50 orang pemanah di atas bukit Pemanah adalah hasil analisa yang terperinci dan mengambil tindakan awal menutup ruang kelemahan.
- Strategi serampang 3 mata (kiri, kanan dan tengah) adalah juga bermaksud melihat sesuatu rancangan itu secara holistics dan memastikan kedudukan kita dalam posisi terbaik untuk kemenangan.
Sedikit catatan ini agar menjadi teladan dalam merangka strategi dakwah serta kehidupan. Wallahua'lam.
Thursday, May 5, 2011
Double O: Obama & Osama
setelah musuh no 1 meninggal dunia
berbilion dollar amerika
diguna khas untuk hambat osama
sedangkan rakyat amerika ada yang sengsara
tdr dlm kotak, sejuk dan tak ada apa-apa
obama guna osama
untuk dapat stay at white house lama-lama
agar jadi hero dunia
kononnya telah menabur jasa pada semua
dengan terbunuh kononnya "terrorist" prima
tapi ini semua agenda politik hina
untuk alih perhatian musuh politik obama
yang sedang atur strategi jangka lama
utk lihat yang kulit cerah bukan jelaga
duduk kerusi no 1 negara amerika
demi allah, kita tak boleh nak percaya semua
apabila yg bawa berita itu org kafir belaka
mungkin betul osama dah tiada
tapi betulkah ini semua angkara osama
atau scape goat semata-mata
demi menutup kelemahan polis dunia
dah tak ada modal nak convince manusia
afghan & iraq dibedil bagi orang gila
kini libya pula menjadi medan ujian senjata
agar dunia kata USA adalah pembela
tapi apakah benar kafir ini pembela
atau ada semut disebalik gula
tak ada guts nak berdepan semuka
peperangan teknologi kata media
mereka bom sbb nak korek minyak libya
mereka bom sbb nak pemimpin angguk kepala
maka itulah agenda utama
org islam bukan bodoh belaka
kita ada hati, kita ada akal di kpla
akal yg dipandu oleh sunnah & kitab allah taala
jgn kita termakan gula-gula amerika
utk berasa bangga obama bunuh osama
Saturday, April 16, 2011
Visi & Misi: Insan Mukmin
Allah menjadikan manusia ini bukanlah untuk sia-sia sahaja. Ini dapat kita lihat dalam firman Allah SWT Surah Al-Mukminun: 115
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya mencipta kamu sia-sia sahaja?"
Sebagai seorang makhluk yang dicipta oleh Allah yang mempunyai akal fikiran, maka sudah tentulah kita mempunyai tujuan hidup yang bermakna. Dalam sesebuah organisasi, tujuan kewujudan sesebuah organisasi itu boleh dilihat secara jelas dalam kerangka visi dan misinya. Begitulah juga dengan kita ini.
Visi kehidupan manusia adalah mengharap keredhaan serta keampunan Allah SWT. Keredhaan serta keampunan Allah SWT adalah "lesen" untuk kita menghuni syurga Allah SWT serta menjauhi neraka. Keredhaan dan keampunan ALlah SWT tidak akan tercapai jika kita hanya berpeluk tubuh dan hidup dalam khayalan semata-mata. Visi kehidupan akan terus menjadi impian mat jenin jika kita tidak menyinsing lengan berusaha untuk mendapatkannya. Takkala visi adalah impian yang tinggi menjulang, ianya harus dipasangkan dengan misi kehidupan ini.
Misi pula adalah sebab kita wujud di dunia ini. Misi kita adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan apa yang Allah SWT telah nyatakan dalam Surah Azzariyyat.
"tidak Aku jadikan Jin dan manusia ini melainkan (berbahagilah mereka itu dengan) beribadat kepada Aku"
Konsep beribadat kepada Allah bukanlah bermaksud yang Allah itu berkhendak akan ibadah makhlukNya tetapi sebagai misi makhluk Allah SWT supaya mencapai visi mereka. Ibadah yang bukan hanya ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat serta mengerjakan haji tetapi juga ibadah umum dalam menjalani kehidupan ini. Ibadah umum yang bergantung kepada niat seperti yang dinyata oleh Rasullullah SAW dalam hadithnya pada ketika hijrah dari Mekah ke Madinah.
Dalam catatan blog yang ringkas ini, andainya kita mampu meletakan visi serta misi kehidupan sebagai seorang mukmin yang benar, maka, Insya-Allah, usaha serta ibadah kita akan menjurus kepada visi dan misi ini.
Dalam catatan blog yang ringkas ini, andainya kita mampu meletakan visi serta misi kehidupan sebagai seorang mukmin yang benar, maka, Insya-Allah, usaha serta ibadah kita akan menjurus kepada visi dan misi ini.
Sunday, April 10, 2011
Life on the Fast Lane: Take a break!!
Minggu ini adalah dijangkakan 60 ribu penonton yang akan menonton perlumbaan Formula One (F1) Petronas di Litar F1 Sepang. Tak pasti berapa juta mata yang akan melekat pada screen TV seluruh dunia mengikuti perkembangan perlumbaan F1 kedua pada musim 2011 ini.
Tak kala hidup kita yang berada di laluan laju (fast lane) berjuta manusia membuat keputusan untuk berehat di litar Sepang atau didepan TV. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Islam telah lama membawa konsep "pause" dalam kehidupan kita. Lihat saja bagaimana mengerjakan solat yang sempurna. Kita tidak diminta untuk menunaikan 13 rukun solat secara "non-stop" tetapi diminta "berhenti sebentar" diantara dua rukun yang lebih dikenali sebagai "toma'minah". Toma'minah dalam solat mungkin beberapa saat sahaja. Namun dalam kehidupan kita, sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita berhenti sebentar dari kehidupan yang berada di laluan laju untuk bersolat. Bersolat ini merupakan berhenti sebentar dari mengejar kehidupan yang tidak pernah cukup, tidak pernah rasa puas dan tidak pernah ada garisan penamatnya.
Solat yang sempurna mampu menjadi isotonik penambah tenaga untuk kita terus berlumba mengejar keredaan Allah. Ini merupakan pit-stop seumpama dalam perlumbaan F1. Di sinilah minyak ditambah, roda ditukar and keadaan kereta diteliti untuk memastikan ianya berada pada tahap terbaik untuk bersaing. Pada masa kita berhenti untuk bersolat, anggota badan dijirus dengan wuduk, pergerakkan solat yang berbagai posisi mampu mengerakkan darah keseluruh anggota badan serta doa dan pengharapan memangkin kesuburan jiwa.
Tuesday, March 15, 2011
Tsunami - Allahu Akbar
Tsunami melanda lagi
Selepas 8.9 skala rickter gemba bumi
Angka mangsa naik setiap hari
Seluruh dunia bantu kerja menyelamat dan mencari
Semua orang terpaku di TV
Melihat jutaan kehancuran angkara tsunami
Negara Jepun adalah negara yang sering mendabik dada dengan teknologi terkini dan mempunyai sistem termaju dalam menghadapi bencana alam. Bangunan yang dibina berkonsepkan pokok buluh yang boleh bergoyang tanpa tumbang jika berlaku gempa, namun gempa berskala 8.9 dan disusuli dengan tsunami setinggi 10 meter pada kelajuan 500 batu sejam, tak dapat diatasi oleh teknologi Jepun.
Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]Pada ketika mata kita terpahat di lapuran media membawa siaran langsung kemusnahan bandar Sendai, marilah kita merasa betapa kecilnya diri ini dengan kekuasaan Allah SWT. Andai tsunami and gempa di negara matahari terbit ini mampu membawa kesyukuran, mampu membawa kesedaran, mampu menghilangkan kesombongan dan mampu membawa kita ke pangkal jalan; Alhamdulillah.... sesunguhnya semakin tingkat iman kita pada ketika Allah menguji saudara-saudara kita di sana.
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.(Q.S. Al-Ankabut / 29 : 40)
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).(Q.S. Ar-Rum / 30 : 41Sesungguhnya, Allah telah menyatakan bahawa memusnahan dunia ini adalah dek kerja tangan kita sendiri. Ingatlah bahawa Allah SWT itu maha adil maha saksama. Andainya kita tidak mensyukuri akan nikmat yang Allah hidangkan kepada kita nescaya, Allah SWT akan mengambilnya kembali. Mensyukuri nikmat alam ini adalah dengan memelihara alam sekitar untuk kepentingan generasi akan datang.
Jangan kita lupa diri
Selepas Jepun bangkit kembali
Dari bencana gempa dan tsunami
Bencana bumi tidak ada sistem amaran kendiri
Allah SWT sentiasa mahu hambanya mensyukuri
Setiap titik nikmat diberi
Andai ada yang meninggi diri
Bersedialah akan bala yang akan kembali
Agar kita sentiasa ingat pada Allah Rabbul Jali/
Thursday, March 10, 2011
Ujian Allah
Tak kala kita diuji
Apakah kita sujud mensyukuri
Atas ujian yang buat kita sedar diri
Bahawa kita Allah kasihi
Sebab itu kita terus diuji
Tak kala kita diuji
Apakah kita rasa benci
Akan kehidupan yang rumit ini
Dan lebih rela mati
Dari hidup yang penuh duri
Tak kala kita diuji
Masa tu lah kita kenal siapa kawan siapa musuh terkini
Masa tu lah penyesalan menghantui diri
Masa tu lah kita lebih rela menyendiri
Akan tetapi
Masa tu lah patut kita muhasabah diri
Masa tu lah perlu mengabdikan diri
Pada Allah yang Maha Mengasihi
Sedarlah, tiada yang lebih diuji
Malainkan Rasulullah SAW yang kita kasihi
Seorang Insan yang Allah paling sayangi
Tetapi tak lekang diuji
Insya-Allah, akan ada hikmah selepas diuji
Setidaknya, meninggikan jati diri
Setidaknya, kita ingat akan Rabbul Jali
Setidaknya, kita ingat betapa kecilnya diri ini
Setidaknya, ia mengajar kita mensyukuri
Bahawa Allah akan tetap ada disisi
Walau semua menoleh pergi
Yang ku tagih hanya rahmat Ilahi
Memberi kekuatan pada diri
Agar iman teguh dihati
Tak kala ujian menhujani diri
Apakah kita sujud mensyukuri
Atas ujian yang buat kita sedar diri
Bahawa kita Allah kasihi
Sebab itu kita terus diuji
Tak kala kita diuji
Apakah kita rasa benci
Akan kehidupan yang rumit ini
Dan lebih rela mati
Dari hidup yang penuh duri
Tak kala kita diuji
Masa tu lah kita kenal siapa kawan siapa musuh terkini
Masa tu lah penyesalan menghantui diri
Masa tu lah kita lebih rela menyendiri
Akan tetapi
Masa tu lah patut kita muhasabah diri
Masa tu lah perlu mengabdikan diri
Pada Allah yang Maha Mengasihi
Sedarlah, tiada yang lebih diuji
Malainkan Rasulullah SAW yang kita kasihi
Seorang Insan yang Allah paling sayangi
Tetapi tak lekang diuji
Insya-Allah, akan ada hikmah selepas diuji
Setidaknya, meninggikan jati diri
Setidaknya, kita ingat akan Rabbul Jali
Setidaknya, kita ingat betapa kecilnya diri ini
Setidaknya, ia mengajar kita mensyukuri
Bahawa Allah akan tetap ada disisi
Walau semua menoleh pergi
Yang ku tagih hanya rahmat Ilahi
Memberi kekuatan pada diri
Agar iman teguh dihati
Tak kala ujian menhujani diri
Jaringan Kehidupan
Apabila Allah SWT mengadakan Nabi Adam AS dari tiada kepada ada, Allah SWT turut mengadakan Hawa sebagai pasangan Nabi Adam AS. Kehidupan Nabi Adam & Hawa membawa kepada hikmah wujudnya keluarga yang kini penduduk dunia menghampiri 7 billion orang. Manusia sesungguhnya perlu kepada masyarakat untuk kehidupan yang selesa. Keperluan sekeliling kita tidak mungkin kita dapat dengan sendirinya tanpa pertolongan dan kerjasama dari orang-orang sekeliling kita.
Sesungguhnya Islam menyarankan setiap umatnya ikhlas kepada keluarganya, jirannya and kepada mereka yang mempunyai pertalian perkerjaan. Islam juga mengajak umatnya saling bantu-membantu ke arah kebaikan demi faedah masyarakat disekelilingnya. Allah berfirman Surah Al-Maidah: 2
Sesungguhnya Islam menyarankan setiap umatnya ikhlas kepada keluarganya, jirannya and kepada mereka yang mempunyai pertalian perkerjaan. Islam juga mengajak umatnya saling bantu-membantu ke arah kebaikan demi faedah masyarakat disekelilingnya. Allah berfirman Surah Al-Maidah: 2
"dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."Islam amat memberatkan ukhuwwah dan mengajar manusia akan kehidupan di dunia ini bukanlah untuk memenuhi kehendak individu. Marilah kita cuba meletakkan diri kita di tempat saudara seislam kita yang sedang mengahadapi kesukaran dan kesempitan. Ini akan memberi motivasi kepada kita untuk berusaha membantu saudara seislam kita agar mereka keluar dari kesempitan kehidupan tersebut. Rasulullah SAW bersabda:
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Tidak kiralah bertapa kayanya kita, sihatnya kita, tinggi pangkatnya kita atau luasnya pengaruh kita, nescaya kita tidak mungkin dapat hidup seorang diri. Kita semestinya perlu pertolongan orang disekeliling kita. Begitulah jua bertapa rendahnya seseorang itu dimata masyarakat, pasti ada kebaikkan yang pernah dia lakukan. Pengajaranya: setiap dari kita harus menghargai saudara kita yang lain dan tiada hak bagi seseorang tu untuk tidak menghargai saudara Muslimnya sendiri. Marilah kita menjadi ummah yang bersatu dan menghindari pepecahan diantara kita, insya-Allah. Sabda Allah SWT dalam surah Al-Hujurat: 11
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Tuesday, March 8, 2011
Internshare - UTP
I was at Univeristi Teknologi Petronas last Friday to be one of the panels in the InternShare Forum: Internship Adapt for Future Success. Below are some of the questions posted to me during the forum.
Q: Preparation. What kind of preparations needed by the students prior to attending internship?
A: Well, if we remember when Rasulullah SAW wanted to hijrah, way back few months, he had instructed Saidina Abu Bakr RA to start preparing the route, choose the best camel, feed it with the best food and prepare for the journey. Likewise, in the internship, you need to prepare. Know your company, know yourself and know the position that you will be doing. You need to negotiate with the company for the job that you inspire to do.
Q: What kind of person that the company is looking at hiring them?
A: Hmmm... if you have a chance to do some research, you will find the companies are looking for individuals who are team player, full of energy, take intiative, motivated, independent etc. You can find all these from the job adverstisment in the STAR Newspaper on Saturday. My advise, few months prior to leaving the university, start do the research on the type of soft skills that you need to have.
Q: Challenges: How to overcome the challenges during internship?
A: There is no straight road to success. The finest statute which commands the highest price received the most knocks. It is the same for the nice painting. It needs to receive the most brush in order to have a nice ans smooth painting. Thus, you need to expect some challenges that will come in various forms. What you need to do is to continue focus to be on the right track. You cannot sway just because of the distractions that you will have during internship.
Q: What is the right job for us? How do we sure that we will like the job?
A: There is no assurance that you will like the job. In life, it will be perfect of we do what we love and get a lot of money just like Ronaldo in Real Madrid Footbal team or Lionel Messi with Barcelona Team. But how many of us can be Ronaldo and Messi? Alternatively, we need to love what we do. How many of us dream of having Angelina Jolie as a life parner but since we are not getting her as a life partner, we still need to love the partner that we have.
Those are some of the questions that I received. In wrapping-up my views, I had asked the students to plan for their success. If they fail to plan, the will plan to fail. They need to put a story board on what they want to see themselves at the end of intership period and start working on it. They need to take the advantage that being an intern, they are not expected to be a perfect person. They are in ZOFAN (Zone of Free and Neutral) area. Make some errors and learn from it.
Eagle prepares to survive, overcome challenges & stay on course to survive. |
Q: Preparation. What kind of preparations needed by the students prior to attending internship?
A: Well, if we remember when Rasulullah SAW wanted to hijrah, way back few months, he had instructed Saidina Abu Bakr RA to start preparing the route, choose the best camel, feed it with the best food and prepare for the journey. Likewise, in the internship, you need to prepare. Know your company, know yourself and know the position that you will be doing. You need to negotiate with the company for the job that you inspire to do.
Q: What kind of person that the company is looking at hiring them?
A: Hmmm... if you have a chance to do some research, you will find the companies are looking for individuals who are team player, full of energy, take intiative, motivated, independent etc. You can find all these from the job adverstisment in the STAR Newspaper on Saturday. My advise, few months prior to leaving the university, start do the research on the type of soft skills that you need to have.
Q: Challenges: How to overcome the challenges during internship?
A: There is no straight road to success. The finest statute which commands the highest price received the most knocks. It is the same for the nice painting. It needs to receive the most brush in order to have a nice ans smooth painting. Thus, you need to expect some challenges that will come in various forms. What you need to do is to continue focus to be on the right track. You cannot sway just because of the distractions that you will have during internship.
Q: What is the right job for us? How do we sure that we will like the job?
A: There is no assurance that you will like the job. In life, it will be perfect of we do what we love and get a lot of money just like Ronaldo in Real Madrid Footbal team or Lionel Messi with Barcelona Team. But how many of us can be Ronaldo and Messi? Alternatively, we need to love what we do. How many of us dream of having Angelina Jolie as a life parner but since we are not getting her as a life partner, we still need to love the partner that we have.
Those are some of the questions that I received. In wrapping-up my views, I had asked the students to plan for their success. If they fail to plan, the will plan to fail. They need to put a story board on what they want to see themselves at the end of intership period and start working on it. They need to take the advantage that being an intern, they are not expected to be a perfect person. They are in ZOFAN (Zone of Free and Neutral) area. Make some errors and learn from it.
Women's Rights
Today 8th of March 2011 marks 100th anniversary of International Women's Day. In the US, President Obama declared that March 2011 to be "Women History Month" to celebrate the achievement of women in economy, social and political. International Women Day was to remember for the movement to fight for equal rights.
Islam has given the rights to women more than 1400 years ago. This is clearly seen in the revelation of the words of Allah:
"O You who believe! You are forbidden to inherit women against their will, and you should not treat them with harshness, that you may take away part of the Mahr (bridal-money given by the husband to his wife at time of marriage) you have given them, unless they commit open illegal sexual intercourse. And live with them honorably. If you dislike them, it may be that you dislike a thing and Allah brings through it a great deal of good." (An-Nisa 4:19)
The rights given to women doesn't mean the sameness. Women play their roles based on who they are versus man who have the roles to play. Life is complete when there is complementary roles. The world will meaningless if man and women doing the samething, same way.
Our beloved Messenger of Allah SAW said:
"Assuredly, women are the twin halves of men." (Sahih reported by Abu-Dawud (RA)
Islam considers women has the same right as man. Allah mentioned that women was created from parts of Adam AS so thta they can be partner.
"O mankind! Be dutiful to your Lord, Who created you from a single person (Adam), and from him (Adam) He created his wife (Eve), and from them both He created many men and women and fear Allah through Whom you demand your mutual (rights), and (do not cut the relations of) the wombs (kinship). Surely, Allah is Ever and All-Watcher over you." (Al-Nisa 4:1)
It is Islam that recognized the rights of women some 1400 and this recognition continues.
Islam has given the rights to women more than 1400 years ago. This is clearly seen in the revelation of the words of Allah:
"O You who believe! You are forbidden to inherit women against their will, and you should not treat them with harshness, that you may take away part of the Mahr (bridal-money given by the husband to his wife at time of marriage) you have given them, unless they commit open illegal sexual intercourse. And live with them honorably. If you dislike them, it may be that you dislike a thing and Allah brings through it a great deal of good." (An-Nisa 4:19)
The rights given to women doesn't mean the sameness. Women play their roles based on who they are versus man who have the roles to play. Life is complete when there is complementary roles. The world will meaningless if man and women doing the samething, same way.
Our beloved Messenger of Allah SAW said:
"Assuredly, women are the twin halves of men." (Sahih reported by Abu-Dawud (RA)
Islam considers women has the same right as man. Allah mentioned that women was created from parts of Adam AS so thta they can be partner.
"O mankind! Be dutiful to your Lord, Who created you from a single person (Adam), and from him (Adam) He created his wife (Eve), and from them both He created many men and women and fear Allah through Whom you demand your mutual (rights), and (do not cut the relations of) the wombs (kinship). Surely, Allah is Ever and All-Watcher over you." (Al-Nisa 4:1)
It is Islam that recognized the rights of women some 1400 and this recognition continues.
Thursday, March 3, 2011
Saman Ekoq
Ramai yang menarik nafas lega
Tempoh bayaq saman disambung juga
Sebab 17 juta saman masih dalam raga
Ada potentsi gomen dapat duit ribuan juta
Mungkin nak "fund" pilihanraya
Dah banyak "indicator" yang ia hampir tiba
Sapa lah tuan penasihat pemimpin kita
17 juta saman nak kena jelas dalam seminggu jua
Dah tentu tak cukup kaunter & pekerja
Nak proses 17 juta saman sebelum 10 haribulan tiga
Maknanya proses lebih 2 juta saman dalam satu hari bekerja
Habis semua polis dok depan meja
Tak ada dah yang nak melilau tangkap bangla
Lepas 10 haribulan tiga
Pak menteri akan masuk dalam berita
Mengata rakyat tak peduli & tak peka
Nak bayar saman serta merta
Asik dok tangguh sampai masuk senja
Baru nak pi beratur nak jelas denda
Wahai pak menteri yang tak berapa bijaksana
Cuba buat metematik darjah tiga
Cukupkah kaunter dan tenaga kerja
Nak prosess saman 17 juta
Dalam masa 8 hari saja
Apa nak jadi negara kita
Kenapa masih di takuk lama
Nak bayar masih kena beratur lama-lama
Kita buat koridor cyber raya
Tapi e-gomen masih macam zaman dalam gua
buktinya, myEG slow melata
Cuba lihat jiran kita Singapura
Ada 2000 kiosk merata-merata
Internet portal laju gila
Guna cashless dalam semua urusan denda
e-payment dah jadi budaya
Boleh bayaq denda bila-bila masa
Ia mudah, efektif dan senang selanggara
Tak perlu bukak kaunter sampai malam2 buta
Alamak...kesian kat kita
Sistem kat sini nampaknya masih di kelas kedua
Tempoh bayaq saman disambung juga
Sebab 17 juta saman masih dalam raga
Ada potentsi gomen dapat duit ribuan juta
Mungkin nak "fund" pilihanraya
Dah banyak "indicator" yang ia hampir tiba
Sapa lah tuan penasihat pemimpin kita
17 juta saman nak kena jelas dalam seminggu jua
Dah tentu tak cukup kaunter & pekerja
Nak proses 17 juta saman sebelum 10 haribulan tiga
Maknanya proses lebih 2 juta saman dalam satu hari bekerja
Habis semua polis dok depan meja
Tak ada dah yang nak melilau tangkap bangla
Lepas 10 haribulan tiga
Pak menteri akan masuk dalam berita
Mengata rakyat tak peduli & tak peka
Nak bayar saman serta merta
Asik dok tangguh sampai masuk senja
Baru nak pi beratur nak jelas denda
Wahai pak menteri yang tak berapa bijaksana
Cuba buat metematik darjah tiga
Cukupkah kaunter dan tenaga kerja
Nak prosess saman 17 juta
Dalam masa 8 hari saja
Apa nak jadi negara kita
Kenapa masih di takuk lama
Nak bayar masih kena beratur lama-lama
Kita buat koridor cyber raya
Tapi e-gomen masih macam zaman dalam gua
buktinya, myEG slow melata
Cuba lihat jiran kita Singapura
Ada 2000 kiosk merata-merata
Internet portal laju gila
Guna cashless dalam semua urusan denda
e-payment dah jadi budaya
Boleh bayaq denda bila-bila masa
Ia mudah, efektif dan senang selanggara
Tak perlu bukak kaunter sampai malam2 buta
Alamak...kesian kat kita
Sistem kat sini nampaknya masih di kelas kedua
Thursday, February 24, 2011
Selamatkan lah Kami, Ya Allah
Apa nak jadi pada zuriat kita hari ini
Apakah jahil sangat umat islam ini
Apakah tak sampai seruan islam yang hakiki
Apakah terlepas pandang kita akan masalah ini
Apakah tiada lagi jalan untuk mengatasi
Apakah cukup dengan menangisi
Apalah nak jadi...
Ibu bunuh zuriat yang umur tak sampai sehari
Anak tikam ibu bertubi-tubi sampai mati
Ayah tersenyum bila dituduh sembelih anak sendiri
Ada jugak ibu humban anak dari pangsapuri tinggi
Ada cucu rompak dan bunuh datuk sendiri
Tak terikira banyak kes rogol anak sendiri
Perangai depa ni tak ubah macam jahilliyah di zaman sebelum nabi
Apalah nak jadi...
Ayuhlah bangun pemuda-pemudi
Ayuhlah bangun masyarakat madani
Ayuhlah bangun ibu, bapa atau anak-anak yang kecil sekali'
Sedarlah, kucing pun kita tak cekik mati
Hanya anjing pathmanaban yang ditembak mati
Binatang lain kita belai kita sayangi
Habis sangat kita halau agar ia pergi
Apakah manusia tiada nilai lagi
Dibunuh, sembelih atau rogol berkali-kali
Apakah kita lupa ketentutan ilahi
Neraka menanti kepada yang mengingkari
Syurga pula balasan kepada yang mentaati
Marilah kita bersama mentaati
Ajaran Islam yang hakiki
Agar hidup ini sentiasa dirahamati dan diberkati
Memang sukar mendapat apa yang dijanji
Melainkan dengan dugaan yang salih berganti
Sabarkan ya Allah akan diri ini
Menempuhi dugaan Mu ini
Berkati lah hidup ku ini
Rahmatilah zuriat-zuriat, zaujah kami
Berilah pedoman dalam mengharungi hidup ini
Peliharakan lah kami
Dari semua maksiat yang menjadi-jadi
Ya Allah, Janganlah kau uji kami
Dengan ujian yang tak dapat kami tanggungi
Berilah hidayah dan kasihani lah kami
Dan makhbulkan lah doa kami.
Apakah jahil sangat umat islam ini
Apakah tak sampai seruan islam yang hakiki
Apakah terlepas pandang kita akan masalah ini
Apakah tiada lagi jalan untuk mengatasi
Apakah cukup dengan menangisi
Apalah nak jadi...
Ibu bunuh zuriat yang umur tak sampai sehari
Anak tikam ibu bertubi-tubi sampai mati
Ayah tersenyum bila dituduh sembelih anak sendiri
Ada jugak ibu humban anak dari pangsapuri tinggi
Ada cucu rompak dan bunuh datuk sendiri
Tak terikira banyak kes rogol anak sendiri
Perangai depa ni tak ubah macam jahilliyah di zaman sebelum nabi
Apalah nak jadi...
Ayuhlah bangun pemuda-pemudi
Ayuhlah bangun masyarakat madani
Ayuhlah bangun ibu, bapa atau anak-anak yang kecil sekali'
Sedarlah, kucing pun kita tak cekik mati
Hanya anjing pathmanaban yang ditembak mati
Binatang lain kita belai kita sayangi
Habis sangat kita halau agar ia pergi
Apakah manusia tiada nilai lagi
Dibunuh, sembelih atau rogol berkali-kali
Apakah kita lupa ketentutan ilahi
Neraka menanti kepada yang mengingkari
Syurga pula balasan kepada yang mentaati
Marilah kita bersama mentaati
Ajaran Islam yang hakiki
Agar hidup ini sentiasa dirahamati dan diberkati
Memang sukar mendapat apa yang dijanji
Melainkan dengan dugaan yang salih berganti
Sabarkan ya Allah akan diri ini
Menempuhi dugaan Mu ini
Berkati lah hidup ku ini
Rahmatilah zuriat-zuriat, zaujah kami
Berilah pedoman dalam mengharungi hidup ini
Peliharakan lah kami
Dari semua maksiat yang menjadi-jadi
Ya Allah, Janganlah kau uji kami
Dengan ujian yang tak dapat kami tanggungi
Berilah hidayah dan kasihani lah kami
Dan makhbulkan lah doa kami.
Wednesday, February 23, 2011
Kuasa Rakyat Atau Kuasa Allah?
Pemimpin menabur janji merata
Demi mendapat undi berjuta
Bermimpi indah menduduki tahta
Ditaburi harta, wang berjuta dan mungkin juga wanita
Ingatkan nak dok sekejapa saja
Rupanya dia ingat ini kuasa dia yang punya selama
Rakyat menjadi muak dengan mereka
Mesir jatuh selapas Tunisia
Ini giliran Gadaffi Libya
Yang masih teguh memegang tahta
Guna segala tentera lawan rakyat jelataGuna senjata merempuh rakyat tak berdosa
Imam Qardawi dah keluar fatwa
Gadaffi layak dibunuh saja
Berbanding Mubarak, Gadaffi ni lebih bisa
Bunuh sana, bunuh sini demi dia ada ditahta
Mungkin ini satu pertanda
Bahawa rakyat dah mula celik mata
Bukan lagi macam lembu dicucuk hidungnya
"People power" menjadi senjata
Ombak perubahan telah merebak merata
Di Yaman, Bahrian serta lain negara
Meminta pemimpin turun tahta
CNN, BBC dan jugak Al-Jazeera
Mencanang bertapa kuasa rakyat jelata
Tapi kita jangan Lupa
Bahawa ini Allah punya kuasaKalau Allah tak perkenan doa
Biar beratus juta rakyat bersuara
Tidak akan ada perubahan jua
Melainkan rakyat putus asa
Seperti yang berlaku di negara China
Ribuan mati dimuncung senjata
Namun pemimpin sama masih berkuasa
Apa akan jadi di negara Malaysia
Bilakah Islam akan berkuasa
Jangan lupa untuk terus berdoa
Disamping usaha untuk mengubah suasana
Agar Islam menduduki persada
Tahniah ISMA Kepala Batas
Pemimpin yang baik adalah seperti cahaya yang menerangi malam. |
ISMA Kepala Batas, Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Agong ke-2 semalam di Pejabat ISMA Penang. Tak dapat menghadirkan diri sebab bertugas di luar bandar untuk minggu ini. Dapat email dari Ustaz Rahim mengenai keputusan pemilihan kepimpinan baru ISMA cawangan Kepala Batas:
YDP: Ustaz Hamidi Abu Hassan
NYDP: Ustaz Mohd Yusuff Abd Mutalib
KW: Ustazah Norhayati Abd Wahab
AJK:
1. Ustaz Abdul Rahim Sudin
2. Azizol Khairi Mispan
3. Rozaini Othman
Subscribe to:
Posts (Atom)