Minggu ini adalah dijangkakan 60 ribu penonton yang akan menonton perlumbaan Formula One (F1) Petronas di Litar F1 Sepang. Tak pasti berapa juta mata yang akan melekat pada screen TV seluruh dunia mengikuti perkembangan perlumbaan F1 kedua pada musim 2011 ini.
Tak kala hidup kita yang berada di laluan laju (fast lane) berjuta manusia membuat keputusan untuk berehat di litar Sepang atau didepan TV. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Islam telah lama membawa konsep "pause" dalam kehidupan kita. Lihat saja bagaimana mengerjakan solat yang sempurna. Kita tidak diminta untuk menunaikan 13 rukun solat secara "non-stop" tetapi diminta "berhenti sebentar" diantara dua rukun yang lebih dikenali sebagai "toma'minah". Toma'minah dalam solat mungkin beberapa saat sahaja. Namun dalam kehidupan kita, sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita berhenti sebentar dari kehidupan yang berada di laluan laju untuk bersolat. Bersolat ini merupakan berhenti sebentar dari mengejar kehidupan yang tidak pernah cukup, tidak pernah rasa puas dan tidak pernah ada garisan penamatnya.
Solat yang sempurna mampu menjadi isotonik penambah tenaga untuk kita terus berlumba mengejar keredaan Allah. Ini merupakan pit-stop seumpama dalam perlumbaan F1. Di sinilah minyak ditambah, roda ditukar and keadaan kereta diteliti untuk memastikan ianya berada pada tahap terbaik untuk bersaing. Pada masa kita berhenti untuk bersolat, anggota badan dijirus dengan wuduk, pergerakkan solat yang berbagai posisi mampu mengerakkan darah keseluruh anggota badan serta doa dan pengharapan memangkin kesuburan jiwa.
No comments:
Post a Comment