Selepas 3 hari meninggalkan Ramadhan 1432, haruslah didokumentasikan prestasi Ramadhan yang lalu agar ia menjadi "baseline" untuk Ramadhan yang akan datang, insya-Allah, jika Allah mengizinkan umur dan kesihatan yang baik. Mengetahui baseline akan memberi kita satu kayu ukur dimana kita hari ini dan kemana yang akan kita pergi esok. Proses mengdokumentasi adalah perlu kerana kita ini seorang insan yang sering lupa. Ini diyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Asr. Hanya orang-orang yang saling berpesan-pesan sahaja yang tidak akan kerugian.
Bulan Ramadhan yang bukan sahaja bulan nikmat yang ditimbunkan dengan perbagai kelebihan tetapi ia juga harus dilihat dari sudut bulan dakwah kepada diri kita. Andainya kita tersentuh dengan dakwah Ramadhan, maka Insya-Allah, akan ada perubahan selepas bulan Ramadhan ini. Perubahan yang baik ini biarlah sedikit namun berterusan. Amal soleh yang sedikit dan berterusan adalah jauh lebih baik dari yang banyak tetapi hanya sekejap. Antara peluang-peluang amal soleh yang boleh diteruskan adalah:
- Puasa 6 hari di bulan Syawal
- Puasa Isnin & Khamis setiap minggu
- Amalan qiam pada penghujung malam
- Berdoa pada waktu sahur (Surah Al-Imran:17)
- Amalkan budaya infaq
- Teruskan mengawal lidah, mata, telinga dan hati
No comments:
Post a Comment