Merentas desa atau lari marathon, pasti ada check point. Check point adalah satu proses mengenalpasti pelari-pelari tidak membuat larian pintas atau tidak melalui jalan yang ditetapkan. Ini kerana peserta larian tersebut tidak boleh dikawal sepenuhnya setiap masa. Setiap peserta dikhendaki melalui setiap checkpoint sebagai pra syarat menamatkan larian mereka.
Kini Ramadhan memasuki hari ke 6. Ini bermakna kita telah melalui 20% bulan ramadhan pada akhir petang hari ini. Sesungguhnya amat wajar untuk kita melakukan check point atas amal ibadah kita selama 6 hari ini.
Kini Ramadhan memasuki hari ke 6. Ini bermakna kita telah melalui 20% bulan ramadhan pada akhir petang hari ini. Sesungguhnya amat wajar untuk kita melakukan check point atas amal ibadah kita selama 6 hari ini.
IF WE DON'T INSPECT WHAT WE EXPECT, WE WILL NEVER GET WHAT WE EXPECT!Maka inspection atas amal ibadah kita akan memberi kita "line of sight" atau penanda aras samada kita berada di landasan yang betul atau sudah pun tergelincir. Mari kita sama-sama lihat di mana kita sebenarnya:
- Kualiti Puasa: adakah kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja? Atau puasa kita semakin meningkat kualitinya kerana kita menjaga semua pancaindera.
- Solat Fardu: Solat fardu berjamaah setiap waktu.
- Solat Tarawikh: Setiap malam mendirikan solat tarawikh & witir berjamaah (minima 8 rakaat)
- Solat Tahajjud: Setiap malam mendirikan solat tahajjud (minima 8 rakaat)
- Solat Rawatib: Mendirikan solat rawatib setiap kali solat fardu
- Infaq: Melalukan infaq setiap hari
- Tadarus Al-Quran: Bertadarus Al-Quran setiap hari
- Membaca Al-Quran: Satu juzuk setiap hari. Mungkin kena lebih sebab puasa dijangka hanya 29 hari tahun ini
Ini adalah sedikit proses check point untuk kita melihat dimana kita pada 20% bulan Ramadhan. Dan dengan mengetahui dimana kita hari ini, ini memberi peluang untuk kita meletakkan matlamat untuk mempertingkatkan amalan-amalan kita dalam meneruskan 80% lagi perjalanan bulan Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment