Tuesday, August 31, 2010

Tazkirah Ramadhan: Medeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah detik kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan British. Dan hari ini, genaplah 53 tahun rakyat Malaysia ini meraikan ulangtahun kemerdekaan. Tahun ini juga, sambutan kemerdekaan jatuh dalam bulan yang mulia - Ramadhan. Pada waktu Ramadhan memasuki fasa terakhir iaitu "pembebasan dari api neraka" bertepatan lah dengan sambutan hari kemerdekaan ini. Cuma yang bezanya, pembebasan dari api neraka adalah lebih enak kemerdekaannya dari hanya bebas dari belenggu penjajah.

Medeka dalam erti sebernar bagi seorang muslim adalah ia menjadi "hamba" kepada yang maha Esa. Menjadi "hamba" bila dia bekerja 24 jam hanya untuk Allah SWT, 24 jam menjadi abdi kepada Allah SWT. Menyerah jiwa dan raga hanya kepada Allah SWT. Bergantung harap hanya pada Yang Maha Kuasa. Berharap ehsan dan kasih hanya dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kemerdekaan hanya tercapai apabila kita sedar yang kita sebenarnya hamba Allah.

Tidak lah seperti erti kemerdekaan yang cetek dimana bermaksud bebas. Bebas berfikir apa yang hendak dilakukan, bebas melakukan maksiat pada Allah SWT. Ya, kita mahu bebas, tetapi bebas dari api neraka. Bebas dari melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bebas dari membuat mungkar. Bebas dari melakukan dosa kepada Allah SWT.

Ayuhlah wahai saudara seIslamku, marilah kita memperhambakan diri kepada Allah SWT. Marilah kita bertekad untuk menyerah jiwa dan raga ini kepada Allah SWT sebagimana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya semasa di medan Badar kubro. Marilah kita bergantung harap hanya pada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment