Monday, August 16, 2010

Tazkirah Ramadhan: Bila Bumi Berkata-Kata...

Semasa menunggu solat tarawikh semalam, Ustaz Riduan memberi tazkirah. Selalunya, tazkirah 15 minit je, tapi kali ni sampai lebih dari 30 minit. Solat tarawikh start pukul 9.45pm. Ustaz tu bercerita tentang apa yang riwayatkan oleh Anas bin Malik RA. Hari ini, search internet tentang topik berkenaan dan jumpa di laman blog http://haronwahabsideksulong.blogspot.com Berikut adalah apa yang di huraikan oleh Ustaz Riduan.


ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-


Wahai anak Adam!

  • Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak!

  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan diazab dalam perutku!

  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam perutku!

  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa dalam perutku!

  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan menyesal dalam perutku!

  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dimakan oleh ulat dalam perutku!

  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam perutku!

  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!

  • Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!

  •  Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan keseorangan di dalam perutku!"

No comments:

Post a Comment