Menghadapi peperiksaan universiti merupakan waktu yang cukup tertekan kerana perlu persiapan dan tidak pasti soalan yang akan timbul. Ini tidak berlaku di Universiti Ramadhan. Universiti Ramadhan telah memberi semua soalan dan assignment. Apa yang kita perlu hanya melaksanakan tugasan dengan penuh berhati-hati dan seterusnya mendapat markah atau pahala yang berlipat-ganda. Bahkan Universiti Ramadhan ini memberi tugasan yang sama pada setiap tahun. Kita hanya perlu "meniru" apa yang kita lakukan pada tahun-tahun yang lalu disamping membaiki persembahan tugasan tersebut.
Lazimnya, orang yang keluar dari Universiti di panggil mahasiswa. Tetapi untuk Universiti Ramadhan, insya-Allah, keluarnya dari Universiti Ramadhan mendapat gelaran insan bertakwa. Dengan hanya berpuasa di bulan Ramadhan, orang-orang yang beriman akan mendapat gelaran insan bertakwa. Gelaran ini jauh lebih baik dari TanSri, Datuk Sri malahan lebih baik dari Tun!
Setelah 5 hari di dalam Universiti, marilah kita menoleh kebelakang sebentar. Tanyalah pada diri kita:
Brac University in Dhaka |
- Layakkah kita mendapat gelaran insan bertakwa?
- Selesaikah kita akan semua tugasan-tugasan yang diberi?
- Bagaimana kualiti tugasan-tugasan kita?
- Apakah ada ruang untuk kita perbaiki tugasan-tugasan ini?
- Apakah persediaan kita untuk memasuki hari 6 esoknya dan hari-hari seterusnya?
- Andainya ini hari terakhir kita di Universiti, cukupkah apa yang kita sudah lakukan?
No comments:
Post a Comment