1 Ramadhan 1432H. Tak ramai dari kita yang mengingati tarikh bulan Islam. Namun 1 Ramadhan adalah tarikh yang pasti semua umat Islam di negara ini mampu mengetahui bila ia hadir. Ramdhan yang penuh berkat hadir pada hari ini. Hadir atas kehendak-Nya yang terus memberi peluang kepada kita untuk kita "mengaut" segala "offer" sempena bulan mulia ini.
Fikirkanlah, jika Pavillion KL mengadakan jualan hebat dengan tawaran potongan harga yang tinggi, sudah pasti ramai diantara kita yang akan beratur pagi-pagi lagi untuk jadi orang pertama memasuki butik-butik barangan berjenama tersebut. Kita tidak mahu ketinggalan. Kalau di luar negara, ada orang yang sanggup membawa khemah dan mula beratus pada pukul 2 pagi semata-mata untuk menjadi orang pertama memasuki gedung perniagaan.
Apakah Ramadhan yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW kurang hebatnya dari jualan hebat di Pavillion atau di luar negara? Ramadhan yang mana amalan sunat di kira pahala seperti amalan wajib. Amalan wajib yang digandakan pahala. Dan tak sudah di situ, satu malam yang bersamaan 1000 malam juga ada di bulan ini. Ianya lebih hebat, lebih canggih dan lebih teruja dari sebarang jualan murah yang ada jika dibandingkan tawarannya. Marilah kita bersama-sama bertekad untuk merebut semua peluang membuat kebajikan pada bulan yang pada awalnya rahmat, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Merebut peluang ini perlu perancangan. Maka rancanglah strategi dari hari ini supaya lailatul-qadr menjadi matlamat Ramadhan 1432. Inilah hadiah bonanza Ramadhan!!
Membuat checklist atau borang muhassabah perlu sebagai "tool" dalam menghadapi Ramadhan pada tahun ini. Catatan yang terperinci perlu sebagai satu cara untuk menjadikan amalan-amalan sebagai tabiat. Tabiat akan menjadi kekal dengan kuasa melatih-tubi.
Ramadhan Planner: Inspect what we expect! |
Puasa yang sempurna akan membawa kepada takwa.
No comments:
Post a Comment