Thursday, August 11, 2011

10 Ramadhan 1432: Fasa ke-2

Sedar tak sedar, dah 10 Ramadhan 1432. Maksudnya, dah 1/3 bulan Ramadhan ini kita semua lalui. Fasa pertama iaitu Rahmat, fasa kedua adalah pengampunan dan fasa terakhir adalah pembebasan dari api neraka.
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami berdoa kepada mu yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Yang berjanji menunaikan doa-doa dan Allah yang tidak memunkiri janji. Makhbulkan doa kami ya Allah. Kami memohon agar kami diberi Rahmat-Mu pada 10 malam Ramadhan yang lalu. Terimalah ibadah kami, ampunilah dosa-dosa kami, berilah kerehaan-Mu ya Allah kepada kami"
 Bagus juga kalau kita melihat jadual muhasabah diri yang dirangka pada awal Ramadhan di mana kita sekarang ini:

  • Adakah kita semakin bertenaga untuk mengerjakan ibadah-ibadah atau stamina dah menurun?
  • Adakah kita semakin bermotivasi untuk bersolat tarawikh atau dah mula letih?
  • Adakah dah mula rasa biasa puasa dan dah lupa matlamat bulan ini yang mana Rasulullah SAW berkata barangsiapa tahu akan kelebihan bulan Ramadhan, nescaya dia mahu tiap-tiap bulan itu bulan Ramadhan
  • Sudahkah kita mengenalpasti ibadah mana yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang akan kita kekalkan di bulan-bulan yang lain?
Ini adala beberapa soalan yang boleh menjadi panduan kepada kita dalam bermuhasabah diri. Insya-Allah, dengan azam dan doa, kita mampu terus bertenaga, bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk mengaut segala kelebihan dalam bulan Ramadhan ini. Dan kita jadikan 10 Ramadhan yang lepas dan 10 hari Ramadhan yang akan kita tempuhi sebagai "launching pad" untuk kita bersungguh-sungguh dalam ibadah kita di 10 hari terakhir Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment