Along terbaring atas sofa menunggu masuk waktu isyak. Sudah berbaju melayu sutera thai berwarna jingga dan berseluar khaki. Mungkin keletihan berbuka puasa. Manakan tidak, perut yang sehari tidak bertugas tiba-tiba masuk macam-macam juadah berbuka puasa ditambah dengan air manisan sejuk. Darah dalam badan yang jumlahnya 5 liter terpaksa menderu ke perut untuk mencerna makanan. Tidak banyak yang berada di kepala. Maka rasa letih, mengantuk dan tidak bermaya mula mengigit along. Afiff, adik bongsu along, sedang mengenakan baju kurta berwarna hijau muda. Baju ni mamanya beli semasa Afiff, along, angah and uda mengikut mama dan baba pergi menunaikan umrah 2 bulan yang lalu.
"Apip!" sapa along. Apip adalah panggilan rumah kepada Afiff. Afiff menoleh kepada along dan mengangkat kepada tanda menyahut sapaan abang sulungnya. "Malam ni nak buat berapa rakaat solat tarawikh?" Soalan diaju kepada Afifi. "Along nak buat 8 rakaat, kita buat lapan je lepas tu kita balik" along mengemukakan cadangan. "Apip nak buat 23 rakaat!" jawab Afiff selamba. Along mula curiga dengan keyakinan adik bongsunya untuk membuat solat tarawikh 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat. Fikir along, solat tarawikh sebanyak itu akan mengambil masa yang panjang dan mungkin habis hampir kepukul 11 malam. "Aleh... Apip nak buat solat subuh 2 rakkat pun susah, ini kan pula 23 rakaat. Sure or not?" Along mula mencari ruang untuk menutup kelemahan diri disamping cuba meruntuhkan keyakinan adiknya.
Along pasti, attacking while creating doubt is a strategy to shake the confidence of his brother. Along sebenarnya mencari sokongan untuk membuat 8 rakaat kerana baba pasti akan mencadangkan membuat 23 rakaat. Pada waktu baba telah berada di meja komputer dan mendengar semua perbualan anak-anak lelakinya. Dia dia dan menunggu apa reaksi Afiff.
"Along!, kita ni nak azam untuk buat yang terbaik, insya-Allah, Allah akan bantu kita" Jawab Afiff selamba sambil mengambil kunci rumah. Pada ketika ini, muazzin surau as-salikin dah mula memanggil dan memuji Allah SWT. Along tersedu mendengar bagaimana adiknya yang disangka mudah diratah, menjawab dengan selamba dan tidak mudah goyah. Baba muncul dan mencelah "good answer Apip... Well done!" sambil tersenyum sinis kapada along.
Mereka tiga beranak kemudiannya berjalan ke surau untuk mendirikan solat fardu isyak dan mendirikan Ramadhan dengan mengerjakan solat tarawikh. Afif istiqamah dengan apa yang dinyatakan dengan mendirikan 2o rakaat solat tarawikh dan 3 solat sunat witir.
Morale of the story:
masjid nabawi selepas maghrib |

- Berbuka puasa tidak boleh makan terlalu banyak. Makan makanan yang berkabohidrat tinggi adalah makanan yang kompleks dan perlu banyak tenaga untuk dicerna. Ini meletihkan sistem badan dan akan membuat kita letih dan lesu.
- Azam untuk mencapai yang terbaik perlu dalam kehidupan. Minda kita bergerak dengan apa yang kita lafazkan. Lafazla sesuatu yang positif dan berazam untuk melakukannya dengan baik.
No comments:
Post a Comment