Wednesday, February 23, 2011

Kuasa Rakyat Atau Kuasa Allah?


Pemimpin menabur janji merata
Demi mendapat undi berjuta
Bermimpi indah menduduki tahta
Ditaburi harta, wang berjuta dan mungkin juga wanita
Ingatkan nak dok sekejapa saja
Rupanya dia ingat ini kuasa dia yang punya selama

Rakyat menjadi muak dengan mereka
Mesir jatuh selapas Tunisia
Ini giliran Gadaffi Libya
Yang masih teguh memegang tahta
Guna segala tentera lawan rakyat jelata
Guna senjata merempuh rakyat tak berdosa
Imam Qardawi dah keluar fatwa
Gadaffi layak dibunuh saja
Berbanding Mubarak, Gadaffi ni lebih bisa
Bunuh sana, bunuh sini demi dia ada ditahta

Mungkin ini satu pertanda
Bahawa rakyat dah mula celik mata
Bukan lagi macam lembu dicucuk hidungnya
"People power" menjadi senjata
Ombak perubahan telah merebak merata
Di Yaman, Bahrian serta lain negara
Meminta pemimpin turun tahta

CNN, BBC dan jugak Al-Jazeera
Mencanang bertapa kuasa rakyat jelata
Tapi kita jangan Lupa
Bahawa ini Allah punya kuasa
Kalau Allah tak perkenan doa
Biar beratus juta rakyat bersuara
Tidak akan ada perubahan jua
Melainkan rakyat putus asa
Seperti yang berlaku di negara China
Ribuan mati dimuncung senjata
Namun pemimpin sama masih berkuasa

Apa akan jadi di negara Malaysia
Bilakah Islam akan berkuasa
Jangan lupa untuk terus berdoa
Disamping usaha untuk mengubah suasana
Agar Islam menduduki persada

No comments:

Post a Comment