Ramadhan yang bermaksud panas terik mengajar kita erti dahaga. Mengajar kita erti kehilangan sesuatu. Hilang hak untuk makan dan minum di siang hari. Maka, selalunya kita hanya akan mengerti bertapa nikmat sesuatu itu selepas ianya hilang dari kita. Fikirlah bertapa enaknya teh tarik pad apukul 10 pagi di bulan Ramadhan. Bertapa sedapnya sirap ais pada pukul 2 petang semasa berjalan pulang dari mendirikan solat jumaat di hari yang panas terik.
Andainya kita berfikir, pasti kita akan berasa insaf dan mengerti bagaimana rasanya bagi orang yang tidak dapat merasa teh tarik atau sirap air pada bulan-bulan yang bukan bulan Ramadhan. Sebuah kampung di Kemboja yang tidak pernah menjamah daging kecuali ada orang datang di Eidul Adha mengadakan ibadah korban. Sedangkan kita mempunyai daging untuk dimakan setiap hari. Anak-anak palestin yang tak punya apa-apa selain dari bom dan serangan Israel laknatullah saban masa. Mereka tak mengerti apa itu Ice-Cream Walls atau Conetto. Tak mengerti apa itu Fried Chicken atau Beef Burger.
Allah menjanjikan bahawa orang yang mengorbankan harta-benda pada jalan Allah sudah pasti mendapat ganjaran yang tidak terbatas. Apatah lagi jiak pengorbanan harta benda tersebut dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
tangisan seorang peminta sedekah jalanan di dakha |
Allah menjanjikan bahawa orang yang mengorbankan harta-benda pada jalan Allah sudah pasti mendapat ganjaran yang tidak terbatas. Apatah lagi jiak pengorbanan harta benda tersebut dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat-gandakan bagi sesiapa yang Dia khendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." 2:261Sebagai peringatan, setelah mengeluarkan sedekah, Allah bersabda:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfaqkan hartanya kerana ria' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir." 2: 264Di bulan Ramadhan ini merupakan satu motivasi kembar yang pasti dapat membatu kita beriman dengan ayat-ayat Allah di atas.
- Motivasi memberi: Puasa mengajar erti hilangnya sesuatu, maka ini akan memberi motivasi untuk kita memberi kepada yang tiada.
- Motivasi menjaga hati: Puasa mengajar erti integriti dan tidak menunjuk-nunjuk. Puasa adalah ibadah rahsia antara hamba dan Allah. Maka rahsiakan lah apa yang kita beri (infaq) agar tangan kanan memberi dan tangan kiri tidak mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment