Menjaga kesihatan agar cergas dan cerdas adalah penting dalam mengharungi puasa hampir 14 jam setiap hari. Dr. Zulkifli Yusof, doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyyah mengariskan beberapa tips kesihatan untuk kita praktiskan didalam bulan Ramadhan ini:
- Lewatkan Sahur: Kajian membuktikan bahawa sarapan (makan pagi) adalah cukup penting bagi kesihatan tubuh badan. Ini terutama kepada kanak-kanak yang berpuasa kerana penggunaan tenaga yang banyak.
- Banyakkan Meminum Air: Puasa tidak memberi peluang kepada kita meminum air pada siang hari, namun kita hendaklah meminum air sekurang-kurangnya tujuh gelas setiap hari. Air kosong adalah cukup baik untuk tubuh badan. Tidak perlu air sirap ataupun air berkabonat. Amalkan meminum air kosong.
- Bersegera Berbuka Puasa: Berbuka puasa dengan rotob (kurma "fresh") adalah yang terbaik. Jika tiada rotob, maka tamar (kuma kering) adalah pengganti. Rasulullah SAW juga ada bersabda mengenai berbuka dengan kurma. Kurma adalah makanan ideal yang mempunyai tinggi serat dan rendah lemak. Juga, takkala badan memerlukan tenaga, kurma mempunyai "simple glucose" yang dapat diurai menjadi tenaga dengan cepat tanpa memerlukan tenaga dari badan untuk memprosesnya. Makanan lain yang mempunyai kabohaidrat yang kompleks (nasi, ayam, daging) memerlukan tenaga dari badan untuk memprosesnya. Kita perlu tenaga untuk aktiviti tarawikh, oleh itu kurma cukup ideal sebagai makanan berbuka puasa.
- Tiada "qada" dalam jumlah makan: Berbuka puasa seperti makan seperti waktu makan biasa. Berpuasa bukanlah sebab untuk menggandakan jumlah makanan yang diambil memandangkan kita tidak makan tengahari. Jumlah makanan yang diambil sederhana jumlahnya akan mengurangkan penggunaan tenaga untuk mencerna makanan. Ini memberi lebih tenaga untuk kita solat tarawikh.
- Elakkan Buffet Ramadhan: Buffet ramadhan mahal, menjurus kepada makan berlebihan dan membawa kepada pembaziran. This is a lost-lost proposition.
- Kurangkan/Elakkan Minuman Berkefein: Minuman berkeifein seperti teh dan kopi akan membuka ruang di kerongkong. Ini membolehkan asid bergerak ke atas. Ia boleh membawa masalah kepada kesihatan.
- Banyakkan Makan Buah: Banyakkan memakan buah-buahan terutama yang mempunyai serat yang tinggi. Serat yang tinggi akan mengenyangkan perut.
- Jangan Tidur Selepas Makan: Tidur hanya selepas 1-2 jam selepas makan. Makanan perlu dicerna dengan baik sebelum kita rehat.
- Jangan Tidur Siang: Jangan tidur diwaktu siang kecuali sebentar sebelum masuk waktu zuhur. Banyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment