Tuesday, July 19, 2011

UMRAH Log 1: Winning Strategy

Peperangan UHUD: Api dendam yang membara di dada-dada Quraish disebabkan kekalahan di peperangan Badar Al-Kubra membawa kepada pengumpulan 3000 tentera quraish untuk memerangi orang-orang Islam. Misi membalas dendam ini bermula pada bulan Syawal tahun 3 Hijrah selepasa setahun peperangan Badar.

Bukit Pemanah & Wadi Akiq. Bentuk mukabumi menjadi
strategi Rasullullah SAW dalam Perang Uhud
Kaum Muslimin yang pada mulanya mangatur strategi untuk bertahan di dalam Kota Madinah dengan menggunakan lorong-lorong kecil serta bumbung rumah sebagai helah peperangan telah menukar kepada bertempur di luar Kota Madinah. Cadangan untuk bertempur dan bersemuka dengan tentera quraish adalah dari Hamzah bin Abd al-Muttalib, bapa saudara Nabi SAW. Rasullullah SAW menerima cadangan tersebut dan mengumpul kira-kira 1000 orang tentera. Setelah hampir ke bukit Uhud, hampir 300 orang berpaling tadah dan pulang ke Madiah hasil hasutan ketua munafik, Abdullah bin Ubay,. Abdullah berkeras bahawa bertahan di dalam Kota Madinah adalah yang terbaik and Rasullullah telah terpengaruh dengan cadangan sahabat. Walaupun sebenarnya ini adalah strategi buruk kaum munafik yang mahu melemahkan semangat tentera Muslimin. Allah berfirman:
"(ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal" Al-Imran:122
 Rasullullah telah menyusun strategi:
  1. Mengambil tempat dimana bukit Uhud di belakang tentera Muslimin dan Kota Madinah di depan tentera Muslimin. Ini meletakkan tentera quraish berada di tengah-tengah antara bukit Uhud dan Kota Madinah
  2. Kedudukan tentera Muslimin agak terbuka kepada serangan namun Rasullullah SAW telah menempatkan 50 orang pemanah terbaik untuk mengambil tempat di atas bukit kecil (bukit pemanah) yang bawahnya akan menjadi laluan tentera quraish yang akan menyerang tentera Muslimin dari belakang. Keputusan yang strategik ini menutup kelemahan posisi tentera Muslimin. Baginda SAW bersabda "kawallah bahagian belakang kami, jika kamu lihat kami terbunuh maka jangan dibantu, jika kamu lihat kami mendapat harta rampasan, maka jangan turun menyertai kami"
  3. Rasullullah SAW meletak satu pasukan di kanan diketuai Al-Mundhir bin Amru, satu pasukan di kiri yang diketuai oleh Al-Zubayr bin Al-Awwam. Al-Zubayr di beri tugas khas iaitu mengekang tentera berkuda Khalid Al-Walid. Di tengah satu pauskan yang handal dan berani untuk bertempur.
Bukit Uhud berdiri teguh di belakang tentera Muslimin semasa
Perang Uhud
Tiga ringkasan strategi di atas meletakkan tentera Muslimin di posisi yang terbaik untuk meraih kemenangan. Kebijaksanaan Rasullullah SAW memilih tempat cukup terbukti walaupun tentera Muslimin tiba terkemudian dari tentega quraish.

Strategi Rasullullah SAW menetup ruang belakang yang menjadi titik kelemahan (weak point) tentera Muslimin boleh diambil iktibar (morale of the story) dalam kehidupan kita:
  1. Dalam menghadapi musuh, fokus serta tenaga adalah untuk berdepan dengan musuh dan bukannya membuka ruang untuk musuh menyelinap masuk dan menyerang dari belakang. Bukit Uhud yang teguh dan tak mungkin didaki dari belakang memberi kenyakinan (peace of mind) yang tiada musuh yang boleh lolos. Dalam dakwah; kita seharusnya tidak membuka ruang kepada musuh untuk menyerang kita dan membuat kita sibuk bertahan dan tak punya masa untuk menyerang/berdakwah.
  2. Menganalisa kedudukan kita dipandangan musuh adalah penting untuk mengenalpasti titik kelemahan. 50 orang pemanah di atas bukit Pemanah adalah hasil analisa yang terperinci dan mengambil tindakan awal menutup ruang kelemahan.
  3. Strategi serampang 3 mata (kiri, kanan dan tengah) adalah juga bermaksud melihat sesuatu rancangan itu secara holistics dan memastikan kedudukan kita dalam posisi terbaik untuk kemenangan.

Sedikit catatan ini agar menjadi teladan dalam merangka strategi dakwah serta kehidupan. Wallahua'lam.