Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah Ramadhan: Sumber Dosa

Tak kala iblis engkar kepada Allah kerana atas suruhan sujud kepada Nabi Adam A.S, iblis mendabik dada (takabur) kerana kenapa ia harus sujud pada makhluk yang diperbuat dari tanah sedangkan ia dijadikan dari api. Sumber keingkaran ini adalah takabur dengan Allah. Bongkak dengan Allah. Sombong dengan Allah. Maka Allah mencampakkan iblis laknatullah ke muka bumi tanpa ada peluang untuk dimaafkan.




Pada zaman Nabi Musa A.S, iblis ada berjumpa dengan Nabi Musa A.S dan meminta Nabi Musa A.S untuk berjumpa dengan Allah SWT dan memberitahu Allah SWT yang dia (Iblis) ingin meminta keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Nabi Musa A.S amat gembira kerana andainya Allah mengampunkan dosa Iblis ini, nescaya semua anak-anak Nabi Adam A.S tak akan ada yang menghasut untuk berbuat dosa. Jawapan yang diberi oleh Allah SWT amat mudah pada Nabi Musa A.S. Allah meminta iblis sujud di kubur Nabi Adam A.S. Ini bukanlah satu syarat yang susah untuk dipenuhi. Namun apabila diberitahu akan Nabi Musa A.S kepada Iblis, Iblis dengan sombongnya berkata yang mana mungkin dia sujud pada kubur Nabi Adam A.S. Sedangkan pada waktu Nabi Adam A.S masih hidup pun dia tidak sujud pada Nabi Adam A.S. Ini sekali lagi menunjukkan betapa takburnya Iblis pada Allah SWT.



Nabi Adam A.S yang termakan pujuk rayu Iblis telah melakukan kesalahan setelah memakan buah yang diharamkan baginya di Syurga. Namum, Allah SWT telah memaafkan dosa Nabi Adam ini. Apakah sumber dosa Nabi Adam A.S? Jika diteliti dari kitab sirah, dosa Nabi Adam A.S adalah bersumberkan nafsu Nabi Adam yang ingin merasai buah terlarang tersebut.



Beberapa ahli fiqh berpendapat, jika umat manusia membuat maksiat atas sebab sombong, bongkak, takabur dan meninggi diri; adalah dikhuartiri Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa-dosa itu seperti mana Allah SWT tidak mengampunkan dosa Iblis laknatullah.



Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita berazam untuk tidak berjalan di muka bumi Allah ini dengan sombong dan bongkak. Tidak membuat maksiat atas sumber sombong dan bongkak. Marilah kita sama-sama ingat yang satu hari nanti kita akan masuk ke purit bumi seperti mana yang di peringatkan oleh Anas Bin Malik RA.

2 comments:

  1. Asalamualaikum Ustaz,

    Terima Kasih kerana sudi berkongsi tazkirah di pagi ini. Semoga Allah membalas jasa ustaz

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Terima kasih menziarahi blog saya. Bukan Ustaz. Cuma suka menulis :)

    ReplyDelete