Friday, August 5, 2011

3 Ramadhan 1432: Beniaga Dengan Allah

Pasar Ramadhan adalah cukup sinonim di bulan puasa ini. Kalau pun kita tidak mengujunginya, kita pasti dapat melihat ramai orang-orang Islam yang hadir membeli-belah sebelum tibanya waktu iftar. Kadang-kadang kita hairan kerana ada gerai-gerai di Pasar Ramadhan yang mula berniaga seawal pukul 3 petang dan yang lebih "menakjubkan" lagi adalah pengunjung-pengunjung yang datang seawal demikian. Apakah tidak terlalu awal untuk membeli makanan pada pukul 3 petang. Namun demi menjaga hati, kita mendidik hati untuk bersangka baik.

Berniaga di pasar Ramadhan akan membawa kepada hasil jualan (revenue). Hasil jualan ini jika ditolak kos jualan akan memberi untung dan rugi. Insya-Allah, di bulan Ramadhan ini, rezeki orang-orang Islam akan melimpah ruah. Namun, apakah hasil jika kita berniaga dengan Allah? Allah berfirman dalam Surah Saff ayat 10-13:
"Wahai orang-orang yang berimanI Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" 61:10
"(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." 61:11
"Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'adn. Itulah kemenangan yang agung." 61:12
"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Mukmin." 61:13

Perniagaan dengan Allah pada bulan Ramadhan ini adalah:

  • Berpuasa dengan berlapar dahaga & menjaga semua anggota pancaindera dengan tidak melakukan dosa
  • Mengerjakan semua amalan sunnah-sunnah Rasul SAW
  • Mengeluarkan zakat dan infaq demi Allah SWT
  • Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  • Berjihad dengan nafsu seperti mana yang Rasul SAW menyatakan selapas pulang dari peperangan Badar yang mana peperangan yang lebih besar adalah melawan nafsu

Insya-Allah perniagaan ini pasti tidak ada ruginya!
 
 
 

No comments:

Post a Comment