Tuesday, November 30, 2010

Akidah Islamiah - Bhg 2: Bab Tanzihu

Masjid Jamek ArRahman, Jenun, Pendang
Dan bahawasanya Allah Subhanahu Wa Taala itu, iaNya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu, dan tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya, atas barang mana jalan pun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada yang menyamai Tuhan; dan tidak Tuhan itu mengenai tempat, masa, pihak, sukatan, bilangan; dan tidak Tuhan itu di atas sesuatu dan tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa Tuhan itu atas Arasy ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki Arasy; dan bukan makna atas itu pihak dan tempat.

Pintu Masuk Masjid Zaher, Alor Star, Kedah DA

Maka tidaklah sekali-kali Tuhan itu menerimai pihak dan tempat; dan tidak Tuhan itu di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya, tidak bercampur dengannya; dan tidak Tuhan itu di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan, tiada suatu apa pun yang menyamaiNya.

Maka sebelum ada masa, tempat, lapang, cahaya, warna, rupa, huruf, suara, sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap; dan sebelum ada arasy, kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya; dan sebelum ada apa-apa benda pun, barang yang diadakan oleh Allah Taala itu, maka Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu, iaNya ada sebagaimana ia ada itu juga; yang sentiasanya ia ada dan selama-lamanya ia ada; mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan; dan makna hampir tuhan itu ialah hampir rahmat dan nikmatNya; dan makna berserta tuhan itu ialah berserta rahmat pertolongan dan nikmatNya. Maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tiada menyamai zat makhluk; dan Tuhan itu tidak menerimai perubahan, perpindahan, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tidak menyamai segala zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu menyamai Zat Tuhan, dan tidak Zat Tuhan itu masuk bersatupadu pada zat-zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu masuk bersatupadu pada Zat Tuhan, bahkan sentiasalah Allah itu dengan kemuliaan dan kesempurnaanNya yang tidak sekali-kali mengenai sebarang kekurangan, dan tidak sekalikali menyamai sesuatu daripada segala makhlukNya; dan tidak sekali-kali menerimai berlebih berkurang kemuliaan Allah Taala itu.
Masjid Al-Ghufran, Alor Star, Kedah DA

Dan bahawasanya pada Zat Tuhan itu diketahui adaNya dengan akal; dan dapat dilihat di akhirat kelak dengan pemandangan mata sebagaimana yang diketahui dengan akal itu juga, iaitu nikmat daripada Allah dan murah kurniaanNya kepada sekelian hambaNya yang ahli kebahagiaan dalam negeri akhirat kelak, iaitu bagi menyempurnakan segala nikmat yang ada disediakan di dalam syurga itu, dengan dapatnya melihat Zat Allah Yang Mulia itu.

Thursday, November 25, 2010

Akidah Islamiah - Bhg 1: Makna 2 Kalimah Syahadah

ASYHADU AN LA ILAHA ILLALLAH


"أشهد أن لا إله إلا الله"

Ia mengandungi fahaman maknanya, bahawa aku menaik saksi; memberi pengakuan yang teguh dengan lidah dan berkeyakinan penuh di hati; mengakui akan bahawasanya tiada yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah. Dengan kitabNya yang mulia, yang diturunkan kepada nabiNya yang dibangkitkan menjadi PesuruhNya (RasulNya) itu, mengetahuilah kita sekelian hamba Allah ini atas lidah rasulNya itu akan bahawasanya Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu iaNya ada maujudun (موجود), qadimun (قديم) , azaliun (ازلي), baqin (باق); dan adaNya Allah Taala itu iaNya ada sentiasa ada, selama-lamanya ada, tiada berkeputusan adaNya; dan adaNya Allah Taala itu, tiada bagiNya permulaan; dan tiada bagiNya kesudahan; dan Allah Taala itu, tidak ada bagiNya misal, tidak ada bagiNya bandingan, tidak ada bagiNya umpama dan tidak ada bagiNya keadaan yang berlawanan; dan sentiasalah Allah Taala itu mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan.

بل " هو الأول والأخـر والظاهر والباطن وهو بكل شئ عليم"

Bahkan “Allah Taala itu ialah yang awal yang tiada berawal bagiNya dan ialah yang akhir yang tiada berakhir bagiNya dan ialah yang zahir, aiy (yakni) al-a’ali yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan, yakni tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya; dan ialah yang batin, aiy (yakni):

(المحتجب عن الحواس بحجب كبريائه)

(al-Muhtajibu a’nil-hawasi bihijbi kibria-ihi) yakni ialah yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya; dan Allah Taala itu dengan tiap-tiap suatu ia amat mengetahui”.

Sumber: Kitab Terjemah Akidah Ahli Assunah Waljamaah oleh Al-Ustaz Haji Mohammad Ismail Salleh

Wednesday, November 24, 2010

Transformasi - Fish Pond

The 1st fish pond
Construction of fish pond is not a child play. I decided to outsource the construction of fiosh pond for my renovated house in the month of April - May 2010. After it was completed, the problem started. It stated with leaking where we could not figure out how to resolve it without having to re-construct it. Then the water clearity. It only last for 10 days the most. After that I need to change the water and wash the bio filter. After months of agony, I decided to re-contruct the fish pond. This time I managed to find a subject matter expert in this field. He had done this business for the last 14 years. The only "agony" is a hole in my pocket. We kept our fingers crossed as the contractor promised that it will guarentee the water clearity will not be an issue. I just need to change the water once in every 2 years... YES, 2 years not 2 weeks.



Re-constructed fish pond that gives crystal clear water
Meletakkan sesuatu kepada ahli-nya (subject matter expert) adalah sesuatu yang perlu dilakukan dalam hal ini. Saya sepatutunya dapat mengurangkan kos pembuatan kolam ini jika melakukukan dengan betul pada pertama kali - "do it right for the first time". Ini adalah satu pengajaran yang penting dalam kehidupan ini. To have a fish pond with crystal clear water is a dream of every one who owns it. Today I realized it.



Another view - fish eye lense

Tuesday, November 16, 2010

89 Pelajar Raih 5A di SK Bertam Indah

Standing in the eyes of the World


Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010. Alhamdulillah SK Bertam Indah menjadi sekolah terbaik dari segi jumlah yang mendapat 5A dengan 89 pelajar. Lihat berita penuh di http://www.nst.com.my/nst/articles/13upx/Article/
89 pelajar SK Bertam Indah: 5A
Syukur pada Allah SWT yang telah memperkenankan doa kami dan Nadirah berjaya mendapat 5A. Kami berdoa agar pencapaian ini tidak membawa kepada sifat-sifat mazmumah.


Dear Parents, here are our return on investment (ROI)

Terima Kasih Cikgu!!!

Kepada semua guru-guru SK Bertam Indah, jutaan terima kasih atas didikan kepada mereka yang telah berjaya dan kepada semua lebih 200 pelajar yang mengambil UPSR 2010. Tiada balasan yang dapat pelajar ini berikan kepada warga pengajar kecuali mengharap Allah SWT membalas dengan ganjaran berlipat ganda, Insya-Allah.


Monday, November 1, 2010

Menara Warisan... akan tinggikah iman kita?


Petronas Twin Tower

Dalam budget 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembinaan Menara Warisan di sekitar Stadium Merdeka dan Negara. Sejak itu ramai yang mengeluarkan pendapat menyokong dan menentang. Jika membaca media arus perdana, pembinaan ini akan mempamirkan betapa "gah"nya kita dalam perlumbaan membina menara yang tinggi. Dan jika membaca media alternatif, maka perlaburan RM5B untuk menaikan 100 tingkat banggunan akan menjadi satu ikon pembaziran.


Sears Tower @ Chicago

Satu facebook (1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower) telah dilancarkan sebagai protes pembinaan menara ini. Setakat pukul 3.20pm hari ini, telah ada 216,883 orang yang menolak pembinaan Menara Warisan. Suara lebih dari 200,000 rakyat Malaysia ini tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan. Walaupun tidak pasti berapa ramaikah dari 200,000 ini yang akan menggunakan isu Menara Warisan sebagai landasan membuat keputusan dalam memilih kerajaan PRU 13 nanti, ianya tidah harus ditolak begitu sahaja. Jika dilihat dari profile pengguna facebook, rata-rata adalah remaja dan pengundi muda. Ini mungkin akan mempengaruhi sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan BN.


101 Tower @ Taipei
Pada waktu yang sama, satu laman facebook yang menyokong pembinaan ini juga telah dilancarkan sebagai satu usaha untuk mengimbangi pendapat. Namun sokongan yang diterima hanyalah dalam 10% dari yang menentang.

Hong Kong @ Nite - Light Show
Andai ada Pak Menteri dan ADUN yang turun padang membuka "klinik" agar dapat merawat "penyakit" rakyat dalam kawasannya, tetapi suara 216,883 rakyat ini juga satu simpton yang bakal mengundang lebih besar penyakitnya pada senario politik negara. Mungkin ini yang akan dipangging demam "super bug" politik Malaysia.

Ketinggian bangunan bukanlah penentu tinggi mana Iman seseorang rakyat negara tersebut. Namun, sebagai seorang Muslim yang berusaha kearah menjadi Mukmin, kita berharap, perlaburan yang setara banyaknya digunakan agar ketinggian bangunan di negara ini sama juga dengan tingginya iman pada Allah SWT dan akhlak yang mulia. Andai ini dapat dicapai, maka ianya seimbang pembangunan rohani dan jasmani, akhlak dan fizikal; insya-Allah.


Renung-renunglah....

Thursday, October 28, 2010

Index Rasuah...Malaysia di Tangga 56

KLCC @ Nite: 2008 photos
Malaysia oh tanah air ku.... felt like a sharp razor goes thru my heart when seeing Malaysia ranked 56th in the Corruption Perception Index 2010 which was recently released. Some people might think that this Index is in questioned as to how and what are the methodology used to derive at the score but it is quite tough to argue when you are way below the in the ranking. On a lighter note... the rank is much better that the football ranking :)

This index will surely not an advantage score from the FDI (Foreign Investment Deposit) which drives the country economy. It will be tough to manage this perception. More so with the news of Immigration Officer who took RM80 per illegal foreigner at Port Dickson, Lawyer Linggam case, PKNZ in Klang and many more if to list.

Unfortunately this news about the 2010 Corruption Perception Index was not captured by Malaysia Mainstream Media. Do we want to hide this? Can we confront this brutal facts and commit to change?
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010/results

Dan yang lebih mengecewakan apabila melihat negara jiran berada di tempat pertama (berkongsi 3 negara). Apakah lebihnya mereka untuk menerajui percepsi ini? Apakah ketinggalan sangatkah rakyat Malaysia dalam mengurus sesuatu intitusi dengan telus dan bersih? Dimanakah iman kita apabila melihat peluang yang datang?

KLCC from the window of Traders' Hotel
Kati baru sahaja selesai bulan Ramadhan yang mana integriti diuji dan dicabar. Dan kita berjaya melaluinya dengan tanpa perlu merasuah Allah SWT. Mungkin rakyat jelata hari ni tidak dapat merobah keadaan sekelip mata, namun kalau benih-benih Islam yang sempurna di semai hari ini pada generasi yang mudah, insya-Allah pada hari esok, rakyat Islam Malaysia akan menjadi umat Islam yang berpegang teguh pada tali Allah. Tak perlu jari ditunding pada pemimpin dan pada penguasa. Mari lah kita ambil tindakan dengan membetulkan diri kita sendiri, ahli-ahli keluarga kita, sanak-saudara kita, rakan-rakan dan orang-orang disekeliling kita. Nescaya dakwah ini akan membawa kepada perubahan yang besar dalam masa yang singkat.

Firman Allah - AlBaqarah: 188
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Tuesday, October 26, 2010

Hati Ikan Masin

Firman Allah (AlBaqarah: 7) yang bermaksud: "Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat"

Bunga "bleading hearts": Gambar ini diambil di Chicago
Garden pada musim bunga May 2010
Hati yang mati amat mudah dicerobohi. Bayangkan umpama seekor ikan yang hidup di lautan. Air laut yang amat masih tidah dapat mencerobohi daging-daging ikan. Dan ikan0ikan tersebut terus hidup dan dagingnya tidak sedikit pun terasa masin. Tetapi tak kala ikan-ikan ini telah mati, kita tak perlu selaut air untuk memasinkan daging ikan. Cukuplah dengan secubit garam, ikan yang telah mati akan masin dagingnya.

Begitulah jua dengan hati kita. Andainya hati kita terus hidup dengan mengingati Allah, nescaya hati kita ini dapat bertahan dari dinodai dan diceroboh. Tak mungkin hati yang hidup atas nama Allah SWT akan dapat dipesongkan oleh anasir-anasir maksiat. Namun, jika hati kita sudah mula mati, mudahlah ianya diceroboh. Dan mudahlah hati kita dipesongkan. Dan mudahlah ia tumpas dengan godaan-godaan syaitan.

Marilah kita berdoa agar hati ini tidak menjadi hati ikan masin. Tidak mati. Kita berdoa agar Allah SWT kasihkan kita dan tidak mengunci mati hati ini, Insya-Allah.

Monday, October 25, 2010

MengGALAS Tanggungjawab

Pilihanraya kecil GALAS akan diadakan sedikit masa lagi. Maka pada waktu inilah janji-janji manis ditabur, para pemimpin yang mewakili parti-parti yang bertandang akan turung "padang". Kalau depan rumah dah lama tak tebas lalang, bila sampai hari mengundi nanti, habis lalang depan rumah sebab semua proxi calun dok datang rumah kempen. Tak kira siang atau pun malam. Untuk para pemimpin, tidur pukul 10 malam dikira tidak bekerja.

Isu royalti minyak akan menjadi medan debat, Tuntutan RM1B, agihan wang royaiti minyak dan pembangunan desa bakal menjadi modal penceramah. Orang yang luar dari Kelantan pun akan mula bercakap macam orang Kelante. Ini semua demi undi. Demi memegang tampuk jawatan sebagai ADUN. Namun selepas undi diberi tak pasti di mana pergi janji. Tak pasti di mana ADUN tu pergi, tak pasti apakah nasib kita akan diperati seperti yang dijanji. Yang pasti, pekan GALAS akan kembali sunyi. Lalang depan rumah akan tumbuh kembali. ADUN baru akan dapan gaji. Ada rakyat yang akan terus mandi air perigi. Tak kiralah yang menang parti bulan mengambang tiap-tiap hari atau parti cap kati.

Wahai pemimpin rakyat, bukan undi ini free. Ia datang dengan tanggungjawab pada rakyat dan Allah. Semuga yang terpilih akan mengerti akan diri pasti diadili apabila bertemu Allah nanti. Kepada rakyat GALAS, pangkahlah mereka yang pasti boleh mengGALAS tanggungjawab yang bakal diberi.

Thursday, October 14, 2010

Post PMR

Gambar Nadirah berlatarbelakang matahari yang terbenam di bandar bertam putra. Ya Allah, kami berdoa kepada Mu agar diberi keputusan UPSR and PMR yang terbaik bagi kami. Makhbulkan lah doa kami ini Ya Allah. Amin.
Alhamdulillah, PMR dah habis. Nampaknya parents yang lega lebih. Tapi stress akan datang bila UPSR result dan PMR result nak keluar nanti. Hanya sekarang bergantung harap pada Allah agar diberi keputusan yang terbaik pada Nadirah & Ariff. Ariff terpaksa buat exam di KPJ Penang Bandar Perda untuk Maths & KH selepas kena food poisoning. Ini gara-gara makan nasi lemak berlauk rendang ayam. Apa nak kata, experience lah jugak macamana nak beritau cikgu pada hari Ahad & lihat bagaimana pihak sekolah mentadbir peperiksaan di hospital. Anyway, alhamdulillah semuanya telah selesai.

Sunday, October 10, 2010

Photography


Exam PMR tinggal satu hari lagi esok. Dalam kesibukan membantu Ariff mengulangkaji pelajaran, teringat yang dah beberapa lama dah tak sentuh DSLR. Sambil-sambil menerangkan kepada Ariff apa itu tanggam, bagaimana kerja-kerja paip dijalankan dan perbezaan antara sel kering dan sel basah (ini topik-topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup); sempat jugak ambil beberapa gambar. Ambil dalam rumah menggunakan subjek yang ada disekeliling :)


Gambar Lemon yang agak kecut. Lemon ni jumpa dalam freezer baki selepas buat teh limau. Nampak macam satu subjek yang menarik untuk melatih skill macro photography.

Gambar bawang putih yang ambil dari dapur. Dok fikir apa algi subjek yang menarik untuk dijadikan bahan camera. Dapat idea buat background hitam dgn subjek warna putik

Buah tomato yang baru keluar dari freeze.




Bawang putih dan cili merah juga namapk cantik dengan background hitam. Bila dah ambil gambar ni baru teringat cerita bawang putih dan bawang merah :)

Ni bawang putih yang nampak "naik" sebab background gelap. Selepas beberapa lama tak sentuh 5D, gambar namapk okay juga (masuk bakul angkat sendirilah).


Thursday, September 23, 2010

Musim Periksa...

Musim peperiksaan dah tiba
UPSR dah habis hari ni, PMR pulak nak menjelma
SPM menjadi finali bagi yang bergelar remaja

Emak, Ayah yang lebih gabra
Anak-anak lepak macam tak ada apa-apa
Habis semua buku di kedai popular
Emak, ayah sapu semua
Kat rumah dah jadi macam pusat membaca
Penuh buku merata-rata
Semua ini hanya dengan satu matlamat sahaja
Nak tengok anak-anak dapat A semua

Masa ni lah mula buka buku doa
Bukak juga buku macamana nak solat duha
Ini semua ikhtiar hamba kepada Allah Subhanahuwataala
Agar diberi ketenangan kepada yang ambik periksa
Agar mendapat A dalam mata pelajaran semua

Gerak-gempur, latih tubi, kepung A adalah tema
Sekolah guna untuk tingkatkan usaha
Semuga pelajar tumpu semua tenaga
Demi beberapa bijik A yang berharga
A yang akan bawak pi sekolah Asrama
atau A yang boleh kita mohon nak buat ijazah sarjana muda

Aku ada dua anak yang ambik periksa
UPSR dah lega dah
PMR yang dok pening kepala
ada 2 minggu nak pulun semua
Ya Allah berilah pertolongan Mu pada mereka semua
Agar berjaya apa yang dihajatinya
Agar semua "A" datang menjelama
Ya Allah makhbulkan lah doa-doa
Agar anak-anak ku berjaya semua.

Thursday, September 9, 2010

Tazkirah Ramadhan: Pasca Ramadhan

Ikhwah & Ikhwawat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya hari ni adalah hari terakhir kita berpuasa. Apabila berkemandang azan maghrib nanti, maka syaitan dan iblis akan bertempik kegembiraan kerana telah terlepas dari ikatan dan kongkongan selama sebulan Ramadahan. Malam yang penuh berkat dengan 1000 bulan pun telah pergi. Kelebihan membuat ibadah yang dijanjikan gandaan juga tiada lagi. Keseronokan bertarawikh juga tinggal kenangan. Kegembiraan yang dijanjikan Allah bagi orang-orang yang berpuasa iaitu takkala berbuka puasa cuma tinggal hari ini sahaja.

Marilah kita berdoa agar semua amalan di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa, Insya-Allah. Kita juga mengharap belas ihsan Allah SWT agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Agar kita terpilih oleh Yang Maha Esa untuk memperhambakan diri kita pada bulan Ramadhan pada tahun depan. Bersedih kita akan perginya bulan yang penuh berkat tetapi pada awaktu yang sama kita bergembira atas kemenangan melawan hawa nafsu selama 30 hari. Bergembira atasa kemenangan yang bakal menjadi satu pengalaman yang perlu kita gunakan pasca Ramadhan.

Bak lagak seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian membawa segulung ijazah yang akan digunakan dalam kerjayanya. Bak lagak seorang pahlawan yang baru lepas ujian getir yang memberikan tali pinggang hitam di pinggangnya. Inilah latihan pada bulan Ramadhan yang akan membentuk peribadi muslim yang bertakwa. Membentuk akhlak muslim yang sentiasa ingatkan Allah.

Di bulan Ramadhan kita diajar erti integriti kepada Allah SWT, maka teruslah berintegriti bukan sahaja pada Allah tetapi dalam segala aspek kehidupan kita. Kita mampu bersolat tarawikh 8 atau 20 rakaat dalam bulan ini, maka tanamlah azam untuk kita mampu bersolat sunat dan tidak langsung meninggalkan solat wajib 5 waktu selepas Ramadhan ini. Kita berjinak-jinak mendirikan malam (qiamulail) semasa 10 malam terakhir, maka teruskan lah bersolat tahudjud selepas ini. Kita teguh berpuasa 30 hari dalam bulan Ramadhan, maka marilah kita berpuasa sunat 6 dalam syawal dan pada hari-hari yang disunatkan kita berpuasa. Kita terpanggil untuk berinfaq (sedekah) dalam bulan yang mulia ini, apalah kiranya kalau kita jadikan ia satu amalan yang terbawa-bawa selepas Ramadhan.

Dihari akhir Ramadhan ini, kita sayu akan perginya bulan yang didalamnya ada rahmat, yang didalamnya ada pengampuan dosa dan didalamnya ada pembebasan dari api neraka. Saya memohon kemaafan andai ada tulisan saya didalam bulan Ramadhan ini mengusik jiwa, terasa di hati. Saya berdoa agar semua pembaca blog saya akan sentiasa mendapat kerahmatan Allah, diterima amalan dibulan Ramadhan, keluar dari bulan Ramadhan sebagi seorang yang bertakwa, Insya-Allah. Terima kasih kerana mengikuti blog ini.

Semuga kita semua berjumpa lagi di bulan Ramadhan pada tahun depan, Insya-Allah.

Tuesday, August 31, 2010

Tazkirah Ramadhan: Medeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah detik kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan British. Dan hari ini, genaplah 53 tahun rakyat Malaysia ini meraikan ulangtahun kemerdekaan. Tahun ini juga, sambutan kemerdekaan jatuh dalam bulan yang mulia - Ramadhan. Pada waktu Ramadhan memasuki fasa terakhir iaitu "pembebasan dari api neraka" bertepatan lah dengan sambutan hari kemerdekaan ini. Cuma yang bezanya, pembebasan dari api neraka adalah lebih enak kemerdekaannya dari hanya bebas dari belenggu penjajah.

Medeka dalam erti sebernar bagi seorang muslim adalah ia menjadi "hamba" kepada yang maha Esa. Menjadi "hamba" bila dia bekerja 24 jam hanya untuk Allah SWT, 24 jam menjadi abdi kepada Allah SWT. Menyerah jiwa dan raga hanya kepada Allah SWT. Bergantung harap hanya pada Yang Maha Kuasa. Berharap ehsan dan kasih hanya dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kemerdekaan hanya tercapai apabila kita sedar yang kita sebenarnya hamba Allah.

Tidak lah seperti erti kemerdekaan yang cetek dimana bermaksud bebas. Bebas berfikir apa yang hendak dilakukan, bebas melakukan maksiat pada Allah SWT. Ya, kita mahu bebas, tetapi bebas dari api neraka. Bebas dari melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bebas dari membuat mungkar. Bebas dari melakukan dosa kepada Allah SWT.

Ayuhlah wahai saudara seIslamku, marilah kita memperhambakan diri kepada Allah SWT. Marilah kita bertekad untuk menyerah jiwa dan raga ini kepada Allah SWT sebagimana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya semasa di medan Badar kubro. Marilah kita bergantung harap hanya pada Allah SWT.

Tazkirah Ramadhan: Jom Cari Lailatul Qadr

Ramadhan datang hanya sekali sahaja setiap tahun.Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Orang yang cerdik dan pintar memburu lailatul Qadar bermula dari 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan. Juateru,tip-tip di bawah hanya sesuai untuk yang baru tersedar nak mencari Lailatul Qadar dari baki-baki malam Ramadhan yang masih berbaki.
 
1. Ulangkaji bersama keluarga mengenai hadis-hadis tentang Lailatul Qadar dan kelebihannya
2. Melakukan sunat Qoilullah sebelum zohor
3. Kurangkan aktiviti yang lasak dan  meletihkan disiang hari bulan puasa.
4. Kawal makan / minum semasa berbuka puasa.
5. Set jam loceng tepat jam 4.00 pagi.( letak jauh agar tidak sampai tangan nak mencapainya )
    atau .set telefon bimbit anda pada jam 3.45  dan 4.00 untuk bangun jam 4.00 pagi.( Spt di atas )
6. Berpakat dengan ahli usrah / halaqah untuk saling ingat-mengingati mengejutkan rakan lain bila dia terjaga awal.
7. Tugaskan setiap malam, individu yang berlainan di kalangan ahli usrah / halaqah untuk telepon atau miss call ahli yang lain.
8. Sebelum tidur, tanamkan niat dan azam yang tinggi untuk bangun beribadah di akhir malam ramadhan.
 
  Selamat  berjuang...................
 
Sumber: Ustaz Abdul Rahim Sudin, ISMA Penang

Thursday, August 26, 2010

Tazkirah Ramadhan: Nuzul Al-Quran

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?



This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being

Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!
 
 
 
Sumber: JIM-PP yahoo e-group

Monday, August 23, 2010

Tazkirah Ramadhan: Checkpoint

Insya-Allah pada hari ini, kita melangkah ke hari yang ke 13 dalam Ramadhan. Marilah kita sama- sama berhenti sejenak dari kesibukan urusan dunia dan membuat "audit" bulan Ramadhan kita. Budaya "audit" ini perlu dalam semua urusan. Malahan, dalam sukan merentas desa atau marathon juga da audit yang dipanggil "checkpoint". "Checkpoint" ini akan memastikan samada kita masih lagi dalam perlumbaan atau sudah kecundang di pertengahan perlumbaan. Marshal-Marshal perlumbaan akan meng"audit" siapa yang telah melepasi checkpoint dan siapa yang sudah tidak lagi meneruskan perlumbaan.




Apatah lagi dalam perlumbaan kita di bulan Ramadhan ini. Kena audit juga. Kena ada checkpoint juga. Bak kata orang: "if you don't inspect what you expect, you will never get what is expected out of you". Jadi marilah kita sama-sama audit "perlumbaan" kita di bulan Ramadhan ini:

  • Puasa: Berpuashatikah kita dengan puasa kita. Adakah hanya berlapar dahaga tetapi tidak berpuasa semua pancaindera?

  • Pembaziran: berapa banyak pembaziran yang kita lakukan dalam bulan puasa ini? Lihat bakul sampah kita yang menjadi tempat juadah pasar Ramadhan yang tidak habis. Lihat baju-baju yang di beli, lihat persiapan raya.

  • Solat: Masihkah kita solat sendiri di rumah? Berapa % kita bersolat jamaah? Masihkah hanya solat wajib dan tidak mula melakukan slat-solat sunat?

  • Tarawikh: Masih bertahankah kita dengan tarawikh?

  • Infaq: Masihkah terkedu apabila fikir untuk infaq? Dah beri makan orang yang berpausa?

  • Mengajak kebaikan: Ada tak ajak rakan, jiran atau sesiapa membuat kebaikan dalam bulan Ramadhan ini?

Dan banyak lagi soalan-soalan yang bolah kita fikirkan untuk melihat dimana kita sekarang ini. Adakah kita dilandasan yang betul untuk memenangi perlumbaan ini atau kita masih jauh ketinggalan dan mungkin akan kecundang sebelum ke garisan penamat?

Thursday, August 19, 2010

TAzkirah Ramadhan: Live the Life


Agar renungkan ringkas ini memberi ingatan bahawa Allah menjadikan Jin & Manusia supaya kita semua akan berbahagia di akhirat nanti atas ibadah kita kepada Allah SWT. Dalam kesibukan belajar, kerjaya, keluarga & mengumpul harta, kita tidak lupa bahawa Islam itu adalah satu cara hidup.

Dan kita sama-sama berusaha agar kita dapat menyelamatkan diri dan keluarga dari api neraka. Insya-Allah.

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah Ramadhan: Sumber Dosa

Tak kala iblis engkar kepada Allah kerana atas suruhan sujud kepada Nabi Adam A.S, iblis mendabik dada (takabur) kerana kenapa ia harus sujud pada makhluk yang diperbuat dari tanah sedangkan ia dijadikan dari api. Sumber keingkaran ini adalah takabur dengan Allah. Bongkak dengan Allah. Sombong dengan Allah. Maka Allah mencampakkan iblis laknatullah ke muka bumi tanpa ada peluang untuk dimaafkan.




Pada zaman Nabi Musa A.S, iblis ada berjumpa dengan Nabi Musa A.S dan meminta Nabi Musa A.S untuk berjumpa dengan Allah SWT dan memberitahu Allah SWT yang dia (Iblis) ingin meminta keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Nabi Musa A.S amat gembira kerana andainya Allah mengampunkan dosa Iblis ini, nescaya semua anak-anak Nabi Adam A.S tak akan ada yang menghasut untuk berbuat dosa. Jawapan yang diberi oleh Allah SWT amat mudah pada Nabi Musa A.S. Allah meminta iblis sujud di kubur Nabi Adam A.S. Ini bukanlah satu syarat yang susah untuk dipenuhi. Namun apabila diberitahu akan Nabi Musa A.S kepada Iblis, Iblis dengan sombongnya berkata yang mana mungkin dia sujud pada kubur Nabi Adam A.S. Sedangkan pada waktu Nabi Adam A.S masih hidup pun dia tidak sujud pada Nabi Adam A.S. Ini sekali lagi menunjukkan betapa takburnya Iblis pada Allah SWT.



Nabi Adam A.S yang termakan pujuk rayu Iblis telah melakukan kesalahan setelah memakan buah yang diharamkan baginya di Syurga. Namum, Allah SWT telah memaafkan dosa Nabi Adam ini. Apakah sumber dosa Nabi Adam A.S? Jika diteliti dari kitab sirah, dosa Nabi Adam A.S adalah bersumberkan nafsu Nabi Adam yang ingin merasai buah terlarang tersebut.



Beberapa ahli fiqh berpendapat, jika umat manusia membuat maksiat atas sebab sombong, bongkak, takabur dan meninggi diri; adalah dikhuartiri Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa-dosa itu seperti mana Allah SWT tidak mengampunkan dosa Iblis laknatullah.



Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita berazam untuk tidak berjalan di muka bumi Allah ini dengan sombong dan bongkak. Tidak membuat maksiat atas sumber sombong dan bongkak. Marilah kita sama-sama ingat yang satu hari nanti kita akan masuk ke purit bumi seperti mana yang di peringatkan oleh Anas Bin Malik RA.

Monday, August 16, 2010

Tazkirah Ramadhan: Bila Bumi Berkata-Kata...

Semasa menunggu solat tarawikh semalam, Ustaz Riduan memberi tazkirah. Selalunya, tazkirah 15 minit je, tapi kali ni sampai lebih dari 30 minit. Solat tarawikh start pukul 9.45pm. Ustaz tu bercerita tentang apa yang riwayatkan oleh Anas bin Malik RA. Hari ini, search internet tentang topik berkenaan dan jumpa di laman blog http://haronwahabsideksulong.blogspot.com Berikut adalah apa yang di huraikan oleh Ustaz Riduan.


ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-


Wahai anak Adam!

  • Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak!

  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan diazab dalam perutku!

  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam perutku!

  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa dalam perutku!

  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan menyesal dalam perutku!

  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dimakan oleh ulat dalam perutku!

  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam perutku!

  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!

  • Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!

  •  Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan keseorangan di dalam perutku!"

Sunday, August 15, 2010

Tazkirah Ramadhan: Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Datangnya Ramadhan


“Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. 
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. 
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”

Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”
“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”
“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah)
Sumber: http://syabab.com


Saturday, August 14, 2010

Tazkirah Ramadhan: Seloka Ramadhan


Dah 4 hari Ramadhan menjelang
Bagaimana puasa kita adik abang
adakah hanya tahan lapar dahaga pagi-petang
tapi mata dok tngok aurat orang lalu-lalang
jika inilah cara kita berpuasa adik-abang
habis pahala kita kering kontang

Dah 4 hari Ramadhan menjelang
Mari kita semua cuba bilang
Dah berapa hari tarawikh kita tuang
Dah berapa ramai orang di surau kurang
Macamana nak bilang kalau kita pun dok hilang

Dah 4 hari Ramadhan menjelang
bazar ramadhan penuh dgn orang tiap petang
beli nasi kerabu, nasi ayam, nasi padang
tambah kuih talam, ayaq soya dan ayam panggang
dah nak balik, sambaq mihun sup gerai tepi bendang
tapau tepung bungkus dan pulut panggang
bila bukak puasa, makan sampai perut tegang
akhirnya tak habis, buang dalam longkang 
badan jadi berat, mata jadi buntang
tak boleh nak tarawikh sebab dah terlentang

Dah 4 hari Ramadhan menjelang
Mari kita cuba bilang
Dah berapa juzuk al-quran kita ulang
jangan dok kata duduk baca quran lenguh belakang
bacalah quran, pahala tak terbilang
jiwa jadi tenteram, hati jadi tenang
mari target 30 juzuk sebelum shawal menjelang

Dah 4 hari Ramadhan menjelang
baju raya mesti dah berbilang-bilang
tapi ingat sama saudara kita yang susah pagi petang
yang di gaza, afghanistan, kemboja , acheh  hidup malang 
mengharap simpati yang tak kunjung datang
marilah kita cuba beri peluang
pada mereka yang hidup malang
untuk merasa makanan sedap walaupun tak semewah nasi padang
kita tak pi lunch pabila Ramadhan menjelang
apa kata kita simpan duit lunch dalam balang
bukan sebab nak pulun bila bulan depan datang
tapi nak infaq pada mereka yang badan dah tinggal tulang
agar tersenyum bila azan berkumandang
sebab ada sedikit rezeki yang kita sumbang


Selamat Berpuasa & teruskan merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Maksimunkan ibadah & bergantung harap pada Allah SWT akan rahmat dan keberkatan-Nya.

Friday, August 13, 2010

Tazkirah Ramadhan: Jom Pi Shopping!

Apabila sahaja masuk bulan Ramadhan, kita akan "dilambakkan" dengan bazar-bazar Ramadhan, promosi jualan murah, promosi big discount dan perbagai lagi strategi serta teknik untuk menambat hati pengguna-pengguna. Pada waktu yang sama, permintaan pakaian, barangan elektrik, perkakas rumah, hinggalah ke nasi kerabu, ayam panggang dan lain-lain lagi. Pada setiap petang, kita dapat lihat setiap bazar Ramadhan akan penuh dikunjungi. Inilah yang dikatakan rezeki Ramadhan bagi peniaga-peniaga.

Tapi yang hendak kita bicara hari ini bukanlah jom pi shopping kat bazar-bazar atau kat shopping mall. Hari ni, kita nak ajak hati-hati kita untuk "shopping" ibadah dalam bulan Ramadhan ini. Allah menjanjikan ganjaran yang berganda untuk ibadah yang sama. Tawaran ini hanya sah dari 1 Ramadhan - 30 Ramadhan. Kita ada 30 hari saja untuk rebut. Dan yang istimewanya, tidak ada syarat "hingga stok habis (while stock last)". Inventori ibadah cukup untuk setiap orang pada setiap hari. Tak perlu risau yang kehabisan saiz, warna atau design. Apa yang perlu hanyalah kemahuan untuk ber"shopping" ibadah dalam bulan yang penuh dengan kemurahannya. Sebab tu lah, selalu orang kata Ramadhan Kareem!


Apakah yang ada untuk kita shopping? Allah menyediakan menu yang tak mungkin kita tolak:
  • Berpuasa dengan sempurna: bukan sahaja berlapar dahaga tetapi berpuasa nafsu dan pancaindera
  • Solat tarawikh: dengan kesihatan yang ada, boleh tak kita buat lebih dari 8 rakaat?
  • Solat-solat sunat: buatlah solat sunat sebelum dan selapas solat wajib
  • Mendirikan malam dengan beribadah pada Allah: bulan lepas kita dah "warm-up" bangun malam tengok bola world cup. Inilah masanya untuk menggunakan skill bangun malam tersebut.
  • Infaq: InsyaAllah, kita tidak akan jatuh miskin dengan infaq. Kalau sebelum ini kita bagi yang warna merah, boleh tak kali ini kita cuba bagi yang warna biru atau yang warna ungu. Infaq perlu praktis. Kalau dah biasa bagi yang warna ungu, untuk keluar yang warna lain, pasti tak rasa berat.
  • Beri makan orang yang berpuasa: ini besar ganjarannya. Bukan susah pun, bila masak untuk berbuka, masaklah lebih sikit. Boleh beri pada jiran-jiran. Kalau ada yang mampu, boleh sponsor buka puasa untuk orang-orang susah, anak-anak yatim. Dunia tanpa sempadan hari ini telah memberi ruang untuk kita memberi pada saudara-saudara kita di kemboja, afghanistan, palestine, indonesia, selatan filipina dan lain-lain negara. kita hanya perlu pilih dan beri.
  • Baca Al-Quran: Ini mudah sangat hari ni. Ada MP3, ada smart phone yang boleh download perisian Al-Quran. Al-Quran sekarang ini pun ada saiz poket. Tidak ada alasan susah nak bawak Al-Quran yang besar. Mari baca satu juzuk satu hari. Nak dapat Satu juzuk satu hari senang je. Baca 4 muka surat setiap selepas solat, insya-allah cukup 5 waktu, kita dapat satu juzuk.

Menu diatas, boleh terus ditambah mengikut citarasa dengan adanya kemahuan serta tarikan untuk melakukan lebih lagi. Selalunya, nak shopping sorang-sorang ni, kurang seronok. Ajaklah kawan-kawan sama shopping ibadah dalam bulan ni. Bolehlah berkongsi pengalaman dan saling bersaing secara baik. Seekor kambing di gurun, sudah pasti akan menjadi habuan serigala. Tetapi jika sekumpulan kambing di gurun tidak mudah menjadi mangsa serigala.

Kalau kita pi shopping di shopping mall atau dibazar Ramadhan, wallet kita mesti kempis selepas shopping atau bawak balik hutang kad kredit. Tetapi ber"shopping" pada jalan Allah, insya-Allah ganjaranya syurga!!

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah Ramadhan: Puasa dan Integriti

Ibadah puasa di bulan Ramadhan difardukan keatas setiap Muslim yang cukup syarat untuk berpuasa. Puasa adalah satu-satunya ibadah "sulit" yang mana hanya orang yang berpuasa dan Allah sahaja yang tahu. Tidak seperti ibadah yang lain seperti solat, zakat dan haji yang melibatkan perlakuan fizikal serta melibatkan orang lain. Ibadah puasa hanya menahan lapar dan dahaga serta menjaga kesempurnaan puasa. Ianya tidak melibatkan perlakuan fizikal yang specifik. Dalam erti kata yang lain, kalau kita tak cakap yang kita ini berpuasa, nescaya tidak akan ada manusia lain yang tahu kita ini berpuasa.



Allah SWT menjadikan ibadah puasa ini satu ibadah yang sulit untuk menguji tahap integriti seseorang individu serta imannya pada Allah SWT. Andainya seseorang muslim itu tidak ada integriti, nescaya ia tidak akan berpuasa tetapi berpura-pura berpuasa apabila berada didepan orang ramai. Inilah yang kita dapat lihat hari ini dimana kedai-kedai menjual makanan melalui pintu belakang dan makananyang dijual itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Sedangkan pada bulan-bulan yang lain, kedai yang sama menggunakan beg plastik yang telus warna. Dan pelanggan yang datang membeli bukannya pada waktu munasabah untuk berbuka puasa. Kita dapat lihat mereka ini membeli makanan pada waktu tengahari yang mana masih ada hampir 8 jam sebelum berbuka puasa.


Hikmah ujian integriti ini akan mendidik kita akan keikhlasan mengerjakan ibadah ini. Tanpa pengawasan oleh individu yang lain dan tanpa perlu ada orang lain untuk menyempurnakan ibadah puasa; individu muslim yang taat akan berpuasa kerana Allah SWT. Ini adalah satu didikan rohani selama 30 hari dalam setahun membentuk jiwa yang ikhlas dan hati yang telus. Didikan ini dapat menjadikan individu muslim ini beretika dalam urusan dunianya. Andainya dia boleh melakukan ibadah puasa dengan ada sebarang pengawasan, sudah pasti dia juga boleh melakukan tugasan lain dalam tahap yang sama. Dan jika ini dapat dicapai, insya-Allah muga-muga kita tergolong dalam orang yang bertakwa pada Allah SWT.


Berbicara tentang beribadah kepada Allah SWT, marilah kita bermunasabah tahap ibadah kita kepada Allah Rabbul Jalil.

  • Kerana diperintah oleh Allah
  • Kerana inginkan balasan baik dari Allah
  • Kerana takutkan azab Allah
  • Kerana cintakan Allah

Ibadah kerana cintakan Allah adalah ibadah yang perlu kita capai. Andainya kerana cinta, nescaya kita akan melakukan yang terbaik malah akan memberi lebih dari apa yang difardukan. Kita pasti tanpa rasa berat untuk melakukan ibadah sampingan dalam bulan Ramadhan ini seperti membaca Al-Quran, Bertarawikh, melakukan infaq, qiam pada malam hari dan yang lain-lain lagi. Ini semua kerana cinta kita pada Allah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk "bercinta" dengan Allah, muga-muga pada akhir Ramadhan ini, kita mendapat gelaran mutaqqin (orang yang bertakwa). Satu gelaran yang diberi oleh Allah SWT. Gelaran yang jauh lebih besar ganjarannya dari gelaran Professor, Datuk, Tan Sri dan lain-lainnya. Insya-Allah.

Wednesday, August 11, 2010

Tazkirah Ramadhan: Jom Pasang Azam!!

Masjid Abu Bakr - Johor DT
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Alhamdulillah pada saat ini kita masih dipinjamkan oleh Allah SWT akan hayat kita untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmat ini. Alhamdulillah, Allah SWT telah makhbulkan doa kita pada akhir Ramadhan yang lalu untuk kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini.

Kami berdoa pada mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, Tuhan yang menjanjikan doa-doa akan dimakhbulkan, berilah kepada kami semua kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Mu di bulan Ramadhan ini, berilah kepada kami kekuatan untuk beristiqamah dalam ibadah kami kepada Mu, berilah kemanisan serta keseronokan ibadah kami kepada Mu, bantulah kami Ya Allah untuk mencapai tahap ibadah yang lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Ya Allah ketemukan kami akan malam lailatu-qadr pada tahun ini Ya Allah. Amin.
  • Insya-Allah, marilah kita sama-sama berazam:
  • Meninggalkan aktiviti-aktiviti yang lalai (lagho) dan tidak membawa kebaikan
  • Menunaikan solat berjemaah
  • Tidak meninggalkan solat tarawikh setiap malam. Sedaya upaya kita bersolat jemaah di masjid/surau
  • Menjaga kesempurnaan puasa
  • Membaca Al-Quran setiap hari dan menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dalam bulan Ramadhan
  • Memberi zakat/sedekah pada bulan ini
  • Mendirikan malam (qiam) pada 10 malam terakhir Ramadhan
  • Solat 5 Waktu pada awal waktu
  • Memberi makan untuk orang yang berpuasa (sedekah makanan di surau, jiran dll)
  • Tidak membazir dalam menyediakan juadah berbuka puasa (menahan nafsu semasa di pasar Ramadhan)
  • Mengajak rakan-rakan/sanak saudara/ahli keluarga melakukan kebaikan di bulan Ramadhan

Selepas berazam, marilah kita sama-sama berusaha untuk memenuhi azam ini dalam tempoh 30 hari dari hari ni. Jadikan ianya matlamat bulan Ramadhan tahun ini.
Selamat berpuasa & beribadat dalam bulan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya keampuan dan diakhirnya perlepasan dari api neraka.

Monday, August 9, 2010