Ikhwah & Ikhwawat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya hari ni adalah hari terakhir kita berpuasa. Apabila berkemandang azan maghrib nanti, maka syaitan dan iblis akan bertempik kegembiraan kerana telah terlepas dari ikatan dan kongkongan selama sebulan Ramadahan. Malam yang penuh berkat dengan 1000 bulan pun telah pergi. Kelebihan membuat ibadah yang dijanjikan gandaan juga tiada lagi. Keseronokan bertarawikh juga tinggal kenangan. Kegembiraan yang dijanjikan Allah bagi orang-orang yang berpuasa iaitu takkala berbuka puasa cuma tinggal hari ini sahaja.
Marilah kita berdoa agar semua amalan di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa, Insya-Allah. Kita juga mengharap belas ihsan Allah SWT agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Agar kita terpilih oleh Yang Maha Esa untuk memperhambakan diri kita pada bulan Ramadhan pada tahun depan. Bersedih kita akan perginya bulan yang penuh berkat tetapi pada awaktu yang sama kita bergembira atas kemenangan melawan hawa nafsu selama 30 hari. Bergembira atasa kemenangan yang bakal menjadi satu pengalaman yang perlu kita gunakan pasca Ramadhan.
Bak lagak seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian membawa segulung ijazah yang akan digunakan dalam kerjayanya. Bak lagak seorang pahlawan yang baru lepas ujian getir yang memberikan tali pinggang hitam di pinggangnya. Inilah latihan pada bulan Ramadhan yang akan membentuk peribadi muslim yang bertakwa. Membentuk akhlak muslim yang sentiasa ingatkan Allah.
Di bulan Ramadhan kita diajar erti integriti kepada Allah SWT, maka teruslah berintegriti bukan sahaja pada Allah tetapi dalam segala aspek kehidupan kita. Kita mampu bersolat tarawikh 8 atau 20 rakaat dalam bulan ini, maka tanamlah azam untuk kita mampu bersolat sunat dan tidak langsung meninggalkan solat wajib 5 waktu selepas Ramadhan ini. Kita berjinak-jinak mendirikan malam (qiamulail) semasa 10 malam terakhir, maka teruskan lah bersolat tahudjud selepas ini. Kita teguh berpuasa 30 hari dalam bulan Ramadhan, maka marilah kita berpuasa sunat 6 dalam syawal dan pada hari-hari yang disunatkan kita berpuasa. Kita terpanggil untuk berinfaq (sedekah) dalam bulan yang mulia ini, apalah kiranya kalau kita jadikan ia satu amalan yang terbawa-bawa selepas Ramadhan.
Dihari akhir Ramadhan ini, kita sayu akan perginya bulan yang didalamnya ada rahmat, yang didalamnya ada pengampuan dosa dan didalamnya ada pembebasan dari api neraka. Saya memohon kemaafan andai ada tulisan saya didalam bulan Ramadhan ini mengusik jiwa, terasa di hati. Saya berdoa agar semua pembaca blog saya akan sentiasa mendapat kerahmatan Allah, diterima amalan dibulan Ramadhan, keluar dari bulan Ramadhan sebagi seorang yang bertakwa, Insya-Allah. Terima kasih kerana mengikuti blog ini.
Semuga kita semua berjumpa lagi di bulan Ramadhan pada tahun depan, Insya-Allah.
assalamualaikom,
ReplyDeleteDah dapat masuk dalam flikr tu, Thanks.
boleh layar blog saya di, www.wartashubhi.blogspot.com