Petronas Twin Tower |
Dalam budget 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembinaan Menara Warisan di sekitar Stadium Merdeka dan Negara. Sejak itu ramai yang mengeluarkan pendapat menyokong dan menentang. Jika membaca media arus perdana, pembinaan ini akan mempamirkan betapa "gah"nya kita dalam perlumbaan membina menara yang tinggi. Dan jika membaca media alternatif, maka perlaburan RM5B untuk menaikan 100 tingkat banggunan akan menjadi satu ikon pembaziran.
Sears Tower @ Chicago |
Satu facebook (1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower) telah dilancarkan sebagai protes pembinaan menara ini. Setakat pukul 3.20pm hari ini, telah ada 216,883 orang yang menolak pembinaan Menara Warisan. Suara lebih dari 200,000 rakyat Malaysia ini tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan. Walaupun tidak pasti berapa ramaikah dari 200,000 ini yang akan menggunakan isu Menara Warisan sebagai landasan membuat keputusan dalam memilih kerajaan PRU 13 nanti, ianya tidah harus ditolak begitu sahaja. Jika dilihat dari profile pengguna facebook, rata-rata adalah remaja dan pengundi muda. Ini mungkin akan mempengaruhi sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan BN.
101 Tower @ Taipei |
Pada waktu yang sama, satu laman facebook yang menyokong pembinaan ini juga telah dilancarkan sebagai satu usaha untuk mengimbangi pendapat. Namun sokongan yang diterima hanyalah dalam 10% dari yang menentang.
Hong Kong @ Nite - Light Show |
Andai ada Pak Menteri dan ADUN yang turun padang membuka "klinik" agar dapat merawat "penyakit" rakyat dalam kawasannya, tetapi suara 216,883 rakyat ini juga satu simpton yang bakal mengundang lebih besar penyakitnya pada senario politik negara. Mungkin ini yang akan dipangging demam "super bug" politik Malaysia.
Ketinggian bangunan bukanlah penentu tinggi mana Iman seseorang rakyat negara tersebut. Namun, sebagai seorang Muslim yang berusaha kearah menjadi Mukmin, kita berharap, perlaburan yang setara banyaknya digunakan agar ketinggian bangunan di negara ini sama juga dengan tingginya iman pada Allah SWT dan akhlak yang mulia. Andai ini dapat dicapai, maka ianya seimbang pembangunan rohani dan jasmani, akhlak dan fizikal; insya-Allah.
No comments:
Post a Comment