Showing posts with label Ustaz Haji Muhammad Ismail Salleh. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Haji Muhammad Ismail Salleh. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Akidah Islamiah - Bhg 2: Bab Tanzihu

Masjid Jamek ArRahman, Jenun, Pendang
Dan bahawasanya Allah Subhanahu Wa Taala itu, iaNya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu, dan tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya, atas barang mana jalan pun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada yang menyamai Tuhan; dan tidak Tuhan itu mengenai tempat, masa, pihak, sukatan, bilangan; dan tidak Tuhan itu di atas sesuatu dan tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa Tuhan itu atas Arasy ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki Arasy; dan bukan makna atas itu pihak dan tempat.

Pintu Masuk Masjid Zaher, Alor Star, Kedah DA

Maka tidaklah sekali-kali Tuhan itu menerimai pihak dan tempat; dan tidak Tuhan itu di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya, tidak bercampur dengannya; dan tidak Tuhan itu di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan, tiada suatu apa pun yang menyamaiNya.

Maka sebelum ada masa, tempat, lapang, cahaya, warna, rupa, huruf, suara, sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap; dan sebelum ada arasy, kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya; dan sebelum ada apa-apa benda pun, barang yang diadakan oleh Allah Taala itu, maka Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu, iaNya ada sebagaimana ia ada itu juga; yang sentiasanya ia ada dan selama-lamanya ia ada; mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan; dan makna hampir tuhan itu ialah hampir rahmat dan nikmatNya; dan makna berserta tuhan itu ialah berserta rahmat pertolongan dan nikmatNya. Maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tiada menyamai zat makhluk; dan Tuhan itu tidak menerimai perubahan, perpindahan, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tidak menyamai segala zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu menyamai Zat Tuhan, dan tidak Zat Tuhan itu masuk bersatupadu pada zat-zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu masuk bersatupadu pada Zat Tuhan, bahkan sentiasalah Allah itu dengan kemuliaan dan kesempurnaanNya yang tidak sekali-kali mengenai sebarang kekurangan, dan tidak sekalikali menyamai sesuatu daripada segala makhlukNya; dan tidak sekali-kali menerimai berlebih berkurang kemuliaan Allah Taala itu.
Masjid Al-Ghufran, Alor Star, Kedah DA

Dan bahawasanya pada Zat Tuhan itu diketahui adaNya dengan akal; dan dapat dilihat di akhirat kelak dengan pemandangan mata sebagaimana yang diketahui dengan akal itu juga, iaitu nikmat daripada Allah dan murah kurniaanNya kepada sekelian hambaNya yang ahli kebahagiaan dalam negeri akhirat kelak, iaitu bagi menyempurnakan segala nikmat yang ada disediakan di dalam syurga itu, dengan dapatnya melihat Zat Allah Yang Mulia itu.

Thursday, November 25, 2010

Akidah Islamiah - Bhg 1: Makna 2 Kalimah Syahadah

ASYHADU AN LA ILAHA ILLALLAH


"أشهد أن لا إله إلا الله"

Ia mengandungi fahaman maknanya, bahawa aku menaik saksi; memberi pengakuan yang teguh dengan lidah dan berkeyakinan penuh di hati; mengakui akan bahawasanya tiada yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah. Dengan kitabNya yang mulia, yang diturunkan kepada nabiNya yang dibangkitkan menjadi PesuruhNya (RasulNya) itu, mengetahuilah kita sekelian hamba Allah ini atas lidah rasulNya itu akan bahawasanya Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu iaNya ada maujudun (موجود), qadimun (قديم) , azaliun (ازلي), baqin (باق); dan adaNya Allah Taala itu iaNya ada sentiasa ada, selama-lamanya ada, tiada berkeputusan adaNya; dan adaNya Allah Taala itu, tiada bagiNya permulaan; dan tiada bagiNya kesudahan; dan Allah Taala itu, tidak ada bagiNya misal, tidak ada bagiNya bandingan, tidak ada bagiNya umpama dan tidak ada bagiNya keadaan yang berlawanan; dan sentiasalah Allah Taala itu mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan.

بل " هو الأول والأخـر والظاهر والباطن وهو بكل شئ عليم"

Bahkan “Allah Taala itu ialah yang awal yang tiada berawal bagiNya dan ialah yang akhir yang tiada berakhir bagiNya dan ialah yang zahir, aiy (yakni) al-a’ali yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan, yakni tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya; dan ialah yang batin, aiy (yakni):

(المحتجب عن الحواس بحجب كبريائه)

(al-Muhtajibu a’nil-hawasi bihijbi kibria-ihi) yakni ialah yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya; dan Allah Taala itu dengan tiap-tiap suatu ia amat mengetahui”.

Sumber: Kitab Terjemah Akidah Ahli Assunah Waljamaah oleh Al-Ustaz Haji Mohammad Ismail Salleh

Thursday, July 22, 2010

Doa Nabi Allah Hidzir Allaihis Salam

Berikut adalah terjemahan Doa Nabi Allah Hidzir A.S:

Ya Allah! Sebagaimana engkau amat mengasihani kepada kebesaran engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang engkau dan engkau mengatasi dengan kebesaran engkau ke atas kebesaran (makhluk) engkau dan engkau amat mengatahui barang apa yang di bawah bumi engkau sebagaimana engkau amat mengatahui dengan barang apa dia atas arasy engkau, dan segala was-was dalam dada adalah seperti terdedah di sisi engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada ilmu engkau dan patuh setiap sesuatu pada kebesaran engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasan engkau, jadikanlah bagiku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan.
Ya Allah! Bahawasanya kemaafan engkau daripada dosa-dosaku dan keampunan engkau akan kesilapanku dan penutupan engkau akan amalan burukku, engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kapada engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya, aku berdoa kepada engkau dalam keadaan aman dan aku pohon kepada engkau dalam keadaan (kemesraan) dan engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diriku sendiri pada barang di antara aku dan diantara engkau, engkau mengasihani kepada ku dangan nikmat-nikmat engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercaayan dan keyakinan aku kepada engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas engkau, maka engkau berilah dengan kelebihan ikhsan belas engkau keatasku. Bahawasanya engkau amat menerima taubat dan amat mengasihi. Ameen.

Doa ini diterjemah oleh Ustaz Haji Muhammad Ismail bin Salleh. Text dalam bahasa arab boleh dimuat turun malalui "Shared File by BOX" dalam blog ini. Semuga bermanafaat.