Sunday, October 10, 2010

Photography


Exam PMR tinggal satu hari lagi esok. Dalam kesibukan membantu Ariff mengulangkaji pelajaran, teringat yang dah beberapa lama dah tak sentuh DSLR. Sambil-sambil menerangkan kepada Ariff apa itu tanggam, bagaimana kerja-kerja paip dijalankan dan perbezaan antara sel kering dan sel basah (ini topik-topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup); sempat jugak ambil beberapa gambar. Ambil dalam rumah menggunakan subjek yang ada disekeliling :)


Gambar Lemon yang agak kecut. Lemon ni jumpa dalam freezer baki selepas buat teh limau. Nampak macam satu subjek yang menarik untuk melatih skill macro photography.

Gambar bawang putih yang ambil dari dapur. Dok fikir apa algi subjek yang menarik untuk dijadikan bahan camera. Dapat idea buat background hitam dgn subjek warna putik

Buah tomato yang baru keluar dari freeze.




Bawang putih dan cili merah juga namapk cantik dengan background hitam. Bila dah ambil gambar ni baru teringat cerita bawang putih dan bawang merah :)

Ni bawang putih yang nampak "naik" sebab background gelap. Selepas beberapa lama tak sentuh 5D, gambar namapk okay juga (masuk bakul angkat sendirilah).


2 comments:

  1. Salam saudara Kamaldin

    Cantik betul gambar yang saudara ambil

    Gambar memang jelas sangat

    Semoga cahaya mata saudara dapat menjawap semua soalan dengan tenang dalam peperiksaan PMR nanti

    ReplyDelete
  2. Azril, jazakallah KK atas encouragement & doa. Saya berdoa Allah membalas segala doa saudara dengan pahala yang berlipat ganda.

    ReplyDelete