Isu royalti minyak akan menjadi medan debat, Tuntutan RM1B, agihan wang royaiti minyak dan pembangunan desa bakal menjadi modal penceramah. Orang yang luar dari Kelantan pun akan mula bercakap macam orang Kelante. Ini semua demi undi. Demi memegang tampuk jawatan sebagai ADUN. Namun selepas undi diberi tak pasti di mana pergi janji. Tak pasti di mana ADUN tu pergi, tak pasti apakah nasib kita akan diperati seperti yang dijanji. Yang pasti, pekan GALAS akan kembali sunyi. Lalang depan rumah akan tumbuh kembali. ADUN baru akan dapan gaji. Ada rakyat yang akan terus mandi air perigi. Tak kiralah yang menang parti bulan mengambang tiap-tiap hari atau parti cap kati.
Monday, October 25, 2010
MengGALAS Tanggungjawab
Pilihanraya kecil GALAS akan diadakan sedikit masa lagi. Maka pada waktu inilah janji-janji manis ditabur, para pemimpin yang mewakili parti-parti yang bertandang akan turung "padang". Kalau depan rumah dah lama tak tebas lalang, bila sampai hari mengundi nanti, habis lalang depan rumah sebab semua proxi calun dok datang rumah kempen. Tak kira siang atau pun malam. Untuk para pemimpin, tidur pukul 10 malam dikira tidak bekerja.
Wahai pemimpin rakyat, bukan undi ini free. Ia datang dengan tanggungjawab pada rakyat dan Allah. Semuga yang terpilih akan mengerti akan diri pasti diadili apabila bertemu Allah nanti. Kepada rakyat GALAS, pangkahlah mereka yang pasti boleh mengGALAS tanggungjawab yang bakal diberi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment