Masjid Jamek ArRahman, Jenun, Pendang |
Dan bahawasanya Allah Subhanahu Wa Taala itu, iaNya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu, dan tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya, atas barang mana jalan pun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada yang menyamai Tuhan; dan tidak Tuhan itu mengenai tempat, masa, pihak, sukatan, bilangan; dan tidak Tuhan itu di atas sesuatu dan tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa Tuhan itu atas Arasy ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki Arasy; dan bukan makna atas itu pihak dan tempat.
Pintu Masuk Masjid Zaher, Alor Star, Kedah DA |
Maka tidaklah sekali-kali Tuhan itu menerimai pihak dan tempat; dan tidak Tuhan itu di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya, tidak bercampur dengannya; dan tidak Tuhan itu di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan, tiada suatu apa pun yang menyamaiNya.
Maka sebelum ada masa, tempat, lapang, cahaya, warna, rupa, huruf, suara, sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap; dan sebelum ada arasy, kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya; dan sebelum ada apa-apa benda pun, barang yang diadakan oleh Allah Taala itu, maka Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu, iaNya ada sebagaimana ia ada itu juga; yang sentiasanya ia ada dan selama-lamanya ia ada; mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan; dan makna hampir tuhan itu ialah hampir rahmat dan nikmatNya; dan makna berserta tuhan itu ialah berserta rahmat pertolongan dan nikmatNya. Maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tiada menyamai zat makhluk; dan Tuhan itu tidak menerimai perubahan, perpindahan, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tidak menyamai segala zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu menyamai Zat Tuhan, dan tidak Zat Tuhan itu masuk bersatupadu pada zat-zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu masuk bersatupadu pada Zat Tuhan, bahkan sentiasalah Allah itu dengan kemuliaan dan kesempurnaanNya yang tidak sekali-kali mengenai sebarang kekurangan, dan tidak sekalikali menyamai sesuatu daripada segala makhlukNya; dan tidak sekali-kali menerimai berlebih berkurang kemuliaan Allah Taala itu.
Masjid Al-Ghufran, Alor Star, Kedah DA |
No comments:
Post a Comment