Friday, August 13, 2010

Tazkirah Ramadhan: Jom Pi Shopping!

Apabila sahaja masuk bulan Ramadhan, kita akan "dilambakkan" dengan bazar-bazar Ramadhan, promosi jualan murah, promosi big discount dan perbagai lagi strategi serta teknik untuk menambat hati pengguna-pengguna. Pada waktu yang sama, permintaan pakaian, barangan elektrik, perkakas rumah, hinggalah ke nasi kerabu, ayam panggang dan lain-lain lagi. Pada setiap petang, kita dapat lihat setiap bazar Ramadhan akan penuh dikunjungi. Inilah yang dikatakan rezeki Ramadhan bagi peniaga-peniaga.

Tapi yang hendak kita bicara hari ini bukanlah jom pi shopping kat bazar-bazar atau kat shopping mall. Hari ni, kita nak ajak hati-hati kita untuk "shopping" ibadah dalam bulan Ramadhan ini. Allah menjanjikan ganjaran yang berganda untuk ibadah yang sama. Tawaran ini hanya sah dari 1 Ramadhan - 30 Ramadhan. Kita ada 30 hari saja untuk rebut. Dan yang istimewanya, tidak ada syarat "hingga stok habis (while stock last)". Inventori ibadah cukup untuk setiap orang pada setiap hari. Tak perlu risau yang kehabisan saiz, warna atau design. Apa yang perlu hanyalah kemahuan untuk ber"shopping" ibadah dalam bulan yang penuh dengan kemurahannya. Sebab tu lah, selalu orang kata Ramadhan Kareem!


Apakah yang ada untuk kita shopping? Allah menyediakan menu yang tak mungkin kita tolak:
  • Berpuasa dengan sempurna: bukan sahaja berlapar dahaga tetapi berpuasa nafsu dan pancaindera
  • Solat tarawikh: dengan kesihatan yang ada, boleh tak kita buat lebih dari 8 rakaat?
  • Solat-solat sunat: buatlah solat sunat sebelum dan selapas solat wajib
  • Mendirikan malam dengan beribadah pada Allah: bulan lepas kita dah "warm-up" bangun malam tengok bola world cup. Inilah masanya untuk menggunakan skill bangun malam tersebut.
  • Infaq: InsyaAllah, kita tidak akan jatuh miskin dengan infaq. Kalau sebelum ini kita bagi yang warna merah, boleh tak kali ini kita cuba bagi yang warna biru atau yang warna ungu. Infaq perlu praktis. Kalau dah biasa bagi yang warna ungu, untuk keluar yang warna lain, pasti tak rasa berat.
  • Beri makan orang yang berpuasa: ini besar ganjarannya. Bukan susah pun, bila masak untuk berbuka, masaklah lebih sikit. Boleh beri pada jiran-jiran. Kalau ada yang mampu, boleh sponsor buka puasa untuk orang-orang susah, anak-anak yatim. Dunia tanpa sempadan hari ini telah memberi ruang untuk kita memberi pada saudara-saudara kita di kemboja, afghanistan, palestine, indonesia, selatan filipina dan lain-lain negara. kita hanya perlu pilih dan beri.
  • Baca Al-Quran: Ini mudah sangat hari ni. Ada MP3, ada smart phone yang boleh download perisian Al-Quran. Al-Quran sekarang ini pun ada saiz poket. Tidak ada alasan susah nak bawak Al-Quran yang besar. Mari baca satu juzuk satu hari. Nak dapat Satu juzuk satu hari senang je. Baca 4 muka surat setiap selepas solat, insya-allah cukup 5 waktu, kita dapat satu juzuk.

Menu diatas, boleh terus ditambah mengikut citarasa dengan adanya kemahuan serta tarikan untuk melakukan lebih lagi. Selalunya, nak shopping sorang-sorang ni, kurang seronok. Ajaklah kawan-kawan sama shopping ibadah dalam bulan ni. Bolehlah berkongsi pengalaman dan saling bersaing secara baik. Seekor kambing di gurun, sudah pasti akan menjadi habuan serigala. Tetapi jika sekumpulan kambing di gurun tidak mudah menjadi mangsa serigala.

Kalau kita pi shopping di shopping mall atau dibazar Ramadhan, wallet kita mesti kempis selepas shopping atau bawak balik hutang kad kredit. Tetapi ber"shopping" pada jalan Allah, insya-Allah ganjaranya syurga!!

No comments:

Post a Comment