Monday, August 15, 2011

13 Ramadhan 1432: Kita Serupa


Bulan Ramadhan adalah bulan yang membentuk sifat kesamarataan. Tak kiralah samada seseorang itu kaya atau miskin, berada atau fakir, berpangkat atau pekerja am, bergelaran atau manusia kebayakan, berdarah raja atau berketurunan hamba. Dalam bulan ini semuanya sama. Samalah seperti di musim haji di mana semuanya berpakaian kain ihram yang putih tanpa ada perbezaan walaupun ada yang datang dengan berjalan kaki atau menaiki kapal terbang esekutif kelas pertama.

Apabila azan maghrib berkumandang memuji kebesaran Ilahi, semua orang akan berbuka puasa. Tidaklah Agong atan Raja berbuka dahulu manakala si penjaga istana berbuka di wakti Isyak. Mungkin juadahnya berbeza, tapi bukanya tetap pada minit yang sama.

Tidak lah pula pembesar negara boleh "bersama" isteri di siang hari dan kerani hanya boleh di malam hari. Semuanya sama. Tidak lah pula si Dato' dan Tan Sri boleh meneguk air di tengahari dan si pencuci hanya boleh bila berbuka nanti.

Inilah hikmah Ramadan. Jika tiada fardu puasa, kita pasti yang si kaya raya tidak mengerti apa itu lapar, tidak mengerti apa itu dahaga dan tidak mengerti nikmatnya berbuka puasa. Tiada terasa akan sesuatu tu sehinggalah kita kehilangannya. Allah menjanjikan 2 nikmat pada orang yang berpuasa. Nikmat takkala berbuka puasa dan nikmat apabila bertemu Allah nanti.

Hikmah kesamarataan ini membentuk jiwa-jiwa agar menjadi rendha diri, supaya mengerti keperitan si miskin dan fakir. Mengikis sifat pekin & kedekut. Membuka hati untuk meninfaq harta dan jiwa pada jalan Allah.

12 Ramadhan 1432: Seloka

Separuh Ramadhan dah nak berlalu pergi
Fasa Rahmat Allah dah tak boleh kembali
Hanya harap tahun depan kita hidup lagi

Sekarang fasa keampuanan Ilahi
Jangan kita lepas peluang ini
Marilah kita mintak ampun setiap hari
Mintak dapat keredhaan Ilahi
Mintak dapat masuk syurga Jannati
Mintak elak api neraka dari membakar diri

Nabi Muhammad SAW istigfar 70 kali sehari
Kita patut istigfar 70,000 kali
Tapi kita tak mampu nak buat sebegitu sekali
Maka lailatu-qdr patut kita cari
Sebab inilah subsidi Allah SWT beri
Pada umat Muhammad SAW yang cepat mati

Lailatul-qdr malam istemewa kurniaan ilahi
Semua ibadah mendapat gandaan tak peri
Umpama 87 tahun ibadah tak berhenti-henti
Inilah hadiah istemewa umat Nabi
Bagi yang istoqomah mencari
Bukan untuk yang buat tak peduli
Bagi yang rajin ibadah setiap hari
Bukan untuk yang fikir juadah bila dah petang mari
Bagi yang berdoa pada awal pagi
Bukan yang tidur sampai tengahari
Bagi yang masjid di hati
Bukan yang do kira supermaket mana yang tak pi lagi

Annuar Ridwan kata nak hidup 1000 tahun lagi
Sedarlah mungkin esok kita akan mati
Doalah kita dapat habiskan Ramadhan 30 hari
Agar diri ini bersih dari dosa macam baby
Semuga sejastera bila di hari ibadah di adili




Sunday, August 14, 2011

11 Ramadhan 1432: More is Better...!

Ramdhan is the month that educates us to work in a Jamaah. Despite the fasting routine is a very individual commitment to Allah, the majority of other routines in the month of Ramadhan are in congregation (Jamaah). No doubt that you can still perform that alone but "more is better".

  • Tarawikh prayer: It has been a tradition and routine that it is a congregation prayer performed after solat Isya'. Imagine if you want to perform 20 rakaat solat tarawikh alone for 30 days, it will not be that easy to have the on-going motivation to complete that routine.
  • Iftar: Islam propagates for the believers to provide foods for the people who are fasting. And while providing the food, breaking the fast with family and friends make it much better. More is better. 
  • Tadarus: The Prophet Muhammad SAW did the muraja'ah or tadarus of Al-Quran with Jibrail AS every Ramadhan. Tadarus cannot be done alone, it has to be in a group where the reader will be monitored by the other members in the circle to ensure the reading of Al-Quran is correct.
The above are some simple example where life in Jamaah is something that Allah SWT encourages. It is like a group of animals protecting themselves from the thread from wild wolfs. Jamaah Islami or Islamic group movement is a way of a Muslim should operates. 

Thursday, August 11, 2011

10 Ramadhan 1432: Fasa ke-2

Sedar tak sedar, dah 10 Ramadhan 1432. Maksudnya, dah 1/3 bulan Ramadhan ini kita semua lalui. Fasa pertama iaitu Rahmat, fasa kedua adalah pengampunan dan fasa terakhir adalah pembebasan dari api neraka.
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami berdoa kepada mu yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Yang berjanji menunaikan doa-doa dan Allah yang tidak memunkiri janji. Makhbulkan doa kami ya Allah. Kami memohon agar kami diberi Rahmat-Mu pada 10 malam Ramadhan yang lalu. Terimalah ibadah kami, ampunilah dosa-dosa kami, berilah kerehaan-Mu ya Allah kepada kami"
 Bagus juga kalau kita melihat jadual muhasabah diri yang dirangka pada awal Ramadhan di mana kita sekarang ini:

  • Adakah kita semakin bertenaga untuk mengerjakan ibadah-ibadah atau stamina dah menurun?
  • Adakah kita semakin bermotivasi untuk bersolat tarawikh atau dah mula letih?
  • Adakah dah mula rasa biasa puasa dan dah lupa matlamat bulan ini yang mana Rasulullah SAW berkata barangsiapa tahu akan kelebihan bulan Ramadhan, nescaya dia mahu tiap-tiap bulan itu bulan Ramadhan
  • Sudahkah kita mengenalpasti ibadah mana yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang akan kita kekalkan di bulan-bulan yang lain?
Ini adala beberapa soalan yang boleh menjadi panduan kepada kita dalam bermuhasabah diri. Insya-Allah, dengan azam dan doa, kita mampu terus bertenaga, bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk mengaut segala kelebihan dalam bulan Ramadhan ini. Dan kita jadikan 10 Ramadhan yang lepas dan 10 hari Ramadhan yang akan kita tempuhi sebagai "launching pad" untuk kita bersungguh-sungguh dalam ibadah kita di 10 hari terakhir Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan 1432: Hebatnya Ramadhan

Bulan Ramdhan sering dikaitkan dengan keletihan, lapar & dahaga, tidak bersemangat dan lesu. Ini semua kerana perut tidak diisi pada waktu siang. Manakala pada waktu malam pula, kita keletihan kerana banyak makan semasa berbuka puasa. Namun sejarah membuktikan sebaliknya. Berikut adalah sebahagian rentetan sejarah yang menyaksikan bertapa gagah dan hebatnya umat Islam pada bulan yang mulia ini:
  • Perang Badar: Berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah, dan umat Islam telah mencapai kejayaan
  • Pembukaan Kota Mekah: Berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun ke-8 hijrah
  • Pembersihan Kota Mekah: Kota Mekah yang dipenuhi dengan berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dihancurkan pada tahun ke-8 hijrah
  • Parsi Tewas: Kerajaan besar Parsi tumbang di tangan Kerajaan Islam pada bulan Ramadhan tahun 15 hijrah
  • Tentera Salib Tewas: Salahuddin Al-Ayubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 548 hijrah
  • Israel Tewas: Mesir dan Syria menewaskan Israel di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah
Peristiwa-peristiwa besar di atas berlaku pada bulan Ramadhan dimana umat Islam sedang berpuasa dan masih mampu melorek sejarah tersebut. Kalaulah umat Islam pada zaman-zaman tersebut berfikir bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang mana umat Islam adalah lesu, tak bermaya, rendah produktivitinya dan keletihan, pasti sejarah tidak sedemikian. Insya-Allah, umat Islam lebih cergas pada bulan puasa sebab kurang darah yang diperlukan di perut dan banyak darah yang membawa oksigen boleh ke otak kita dan mengerakkan anggota tubuh yang lain.

Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan 1432: Bonus Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

  1. Bau mulut orang yang perpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah
  2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
  3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan perbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu". (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagian di dunia dan di akhirat
  4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiar lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan
  5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka selesai mengerjakannya. Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w "Ya Rasulullah apakah itu malam lailatulqadr?" Baginda menjawab "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya" (riwayat Ahmad)

7 Ramadhan 1432: Azam

Along terbaring atas sofa menunggu masuk waktu isyak. Sudah berbaju melayu sutera thai berwarna jingga dan berseluar khaki. Mungkin keletihan berbuka puasa. Manakan tidak, perut yang sehari tidak bertugas tiba-tiba masuk macam-macam juadah berbuka puasa ditambah dengan air manisan sejuk. Darah dalam badan yang jumlahnya 5 liter terpaksa menderu ke perut untuk mencerna makanan. Tidak banyak yang berada di kepala. Maka rasa letih, mengantuk dan tidak bermaya mula mengigit along. Afiff, adik bongsu along, sedang mengenakan baju kurta berwarna hijau muda. Baju ni mamanya beli semasa Afiff, along, angah and uda mengikut mama dan baba pergi menunaikan umrah 2 bulan yang lalu.

masjid nabawi selepas maghrib
"Apip!" sapa along. Apip adalah panggilan rumah kepada Afiff. Afiff menoleh kepada along dan mengangkat kepada tanda menyahut sapaan abang sulungnya. "Malam ni nak buat berapa rakaat solat tarawikh?" Soalan diaju kepada Afifi. "Along nak buat 8 rakaat, kita buat lapan je lepas tu kita balik" along mengemukakan cadangan. "Apip nak buat 23 rakaat!" jawab Afiff selamba. Along mula curiga dengan keyakinan adik bongsunya untuk membuat solat tarawikh 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat. Fikir along, solat tarawikh sebanyak itu akan mengambil masa yang panjang dan mungkin habis hampir kepukul 11 malam. "Aleh... Apip nak buat solat subuh 2 rakkat pun susah, ini kan pula 23 rakaat. Sure or not?" Along mula mencari ruang untuk menutup kelemahan diri disamping cuba meruntuhkan keyakinan adiknya.

Along pasti, attacking while creating doubt is a strategy to shake the confidence of his brother. Along sebenarnya mencari sokongan untuk membuat 8 rakaat kerana baba pasti akan mencadangkan membuat 23 rakaat. Pada waktu baba telah berada di meja komputer dan mendengar semua perbualan anak-anak lelakinya. Dia dia dan menunggu apa reaksi Afiff.

"Along!, kita ni nak azam untuk buat yang terbaik, insya-Allah, Allah akan bantu kita" Jawab Afiff selamba sambil mengambil kunci rumah. Pada ketika ini, muazzin surau as-salikin dah mula memanggil dan memuji Allah SWT. Along tersedu mendengar bagaimana adiknya yang disangka mudah diratah, menjawab dengan selamba dan tidak mudah goyah. Baba muncul dan mencelah "good answer Apip... Well done!" sambil tersenyum sinis kapada along.

Mereka tiga beranak kemudiannya berjalan ke surau untuk mendirikan solat fardu isyak dan mendirikan Ramadhan dengan mengerjakan solat tarawikh. Afif istiqamah dengan apa yang dinyatakan dengan mendirikan 2o rakaat solat tarawikh dan 3 solat sunat witir.

Morale of the story:

  • Berbuka puasa tidak boleh makan terlalu banyak. Makan makanan yang berkabohidrat tinggi adalah makanan yang kompleks dan perlu banyak tenaga untuk dicerna. Ini meletihkan sistem badan dan akan membuat kita letih dan lesu.
  • Azam untuk mencapai yang terbaik perlu dalam kehidupan. Minda kita bergerak dengan apa yang kita lafazkan. Lafazla sesuatu yang positif dan berazam untuk melakukannya dengan baik.

Saturday, August 6, 2011

6 Ramadhan 1432: Check point

Merentas desa atau lari marathon, pasti ada check point. Check point adalah satu proses mengenalpasti pelari-pelari tidak membuat larian pintas atau tidak melalui jalan yang ditetapkan. Ini kerana peserta larian tersebut tidak boleh dikawal sepenuhnya setiap masa. Setiap peserta dikhendaki melalui setiap checkpoint sebagai pra syarat menamatkan larian mereka.

Kini Ramadhan memasuki hari ke 6. Ini bermakna kita telah melalui 20% bulan ramadhan pada akhir petang hari ini. Sesungguhnya amat wajar untuk kita melakukan check point atas amal ibadah kita selama 6 hari ini.
IF WE DON'T INSPECT WHAT WE EXPECT, WE WILL NEVER GET WHAT WE EXPECT!
Maka inspection atas amal ibadah kita akan memberi kita "line of sight" atau penanda aras samada kita berada di landasan yang betul atau sudah pun tergelincir. Mari kita sama-sama lihat di mana kita sebenarnya:

  • Kualiti Puasa: adakah kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja? Atau puasa kita semakin meningkat kualitinya kerana kita menjaga semua pancaindera.
  • Solat Fardu: Solat fardu berjamaah setiap waktu.
  • Solat Tarawikh: Setiap malam mendirikan solat tarawikh & witir berjamaah (minima 8 rakaat)
  • Solat Tahajjud: Setiap malam mendirikan solat tahajjud (minima 8 rakaat)
  • Solat Rawatib: Mendirikan solat rawatib setiap kali solat fardu
  • Infaq: Melalukan infaq setiap hari
  • Tadarus Al-Quran: Bertadarus Al-Quran setiap hari
  • Membaca Al-Quran: Satu juzuk setiap hari. Mungkin kena lebih sebab puasa dijangka hanya 29 hari tahun ini
Ini adalah sedikit proses check point untuk kita melihat dimana kita pada 20% bulan Ramadhan. Dan dengan mengetahui dimana kita hari ini, ini memberi peluang untuk kita meletakkan matlamat untuk mempertingkatkan amalan-amalan kita dalam meneruskan 80% lagi perjalanan bulan Ramadhan ini.

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432: Universiti Ramadhan

Ramadhan adalah bulan mendidik. Andai kita umpamakan bulan Ramadhan ini sebagai sebuah universiti atau madrasah, maka kita sudah pun "enrolled" 5 hari yang lalu. Di dalam universiti yang kita masuki setiap tahun (insya-Allah) tidak memberi segulung ijazah untuk kita bawak balik dan gantung di dinding rumah tetapi pulangan sebulan di universiti ini lebih dari itu jika kita lulus.

Menghadapi peperiksaan universiti merupakan waktu yang cukup tertekan kerana perlu persiapan dan tidak pasti soalan yang akan timbul. Ini tidak berlaku di Universiti Ramadhan. Universiti Ramadhan telah memberi semua soalan dan assignment. Apa yang kita perlu hanya melaksanakan tugasan dengan penuh berhati-hati dan seterusnya mendapat markah atau pahala yang berlipat-ganda. Bahkan Universiti Ramadhan ini memberi tugasan yang sama pada setiap tahun. Kita hanya perlu "meniru" apa yang kita lakukan pada tahun-tahun yang lalu disamping membaiki persembahan tugasan tersebut.

Lazimnya, orang yang keluar dari Universiti di panggil mahasiswa. Tetapi untuk Universiti Ramadhan, insya-Allah, keluarnya dari Universiti Ramadhan mendapat gelaran insan bertakwa. Dengan hanya berpuasa di bulan Ramadhan, orang-orang yang beriman akan mendapat gelaran insan bertakwa. Gelaran ini jauh lebih baik dari TanSri, Datuk Sri malahan lebih baik dari Tun!

Setelah 5 hari di dalam Universiti, marilah kita menoleh kebelakang sebentar. Tanyalah pada diri kita:
Brac University in Dhaka
  • Layakkah kita mendapat gelaran insan bertakwa?
  • Selesaikah kita akan semua tugasan-tugasan yang diberi?
  • Bagaimana kualiti tugasan-tugasan kita?
  • Apakah ada ruang untuk kita perbaiki tugasan-tugasan ini?
  • Apakah persediaan kita untuk memasuki hari 6 esoknya dan hari-hari seterusnya?
  • Andainya ini hari terakhir kita di Universiti, cukupkah apa yang kita sudah lakukan?
Leaning happens when the mindset of the learners start to focus on development. Continue to ask what I have learn today and what I want to learn tomorrow. The graduate of the university will surely want to prove that he or she is much better comparing before enrolling into the university. So how are we doing?

4 Ramadhan 1432: Bulan Infaq

Ramadhan yang bermaksud panas terik mengajar kita erti dahaga. Mengajar kita erti kehilangan sesuatu. Hilang hak untuk makan dan minum di siang hari. Maka, selalunya kita hanya akan mengerti bertapa nikmat sesuatu itu selepas ianya hilang dari kita. Fikirlah bertapa enaknya teh tarik pad apukul 10 pagi di bulan Ramadhan. Bertapa sedapnya sirap ais pada pukul 2 petang semasa berjalan pulang dari mendirikan solat jumaat di hari yang panas terik.

tangisan seorang peminta sedekah jalanan di dakha
Andainya kita berfikir, pasti kita akan berasa insaf dan mengerti bagaimana rasanya bagi orang yang tidak dapat merasa teh tarik atau sirap air pada bulan-bulan yang bukan bulan Ramadhan. Sebuah kampung di Kemboja yang tidak pernah menjamah daging kecuali ada orang datang di Eidul Adha mengadakan ibadah korban. Sedangkan kita mempunyai daging untuk dimakan setiap hari. Anak-anak palestin yang tak punya apa-apa selain dari bom dan serangan Israel laknatullah saban masa. Mereka tak mengerti apa itu Ice-Cream Walls atau Conetto. Tak mengerti apa itu Fried Chicken atau Beef Burger.

Allah menjanjikan bahawa orang yang mengorbankan harta-benda pada jalan Allah sudah pasti mendapat ganjaran yang tidak terbatas. Apatah lagi jiak pengorbanan harta benda tersebut dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat-gandakan bagi sesiapa yang Dia khendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." 2:261
 Sebagai peringatan, setelah mengeluarkan sedekah, Allah bersabda:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfaqkan hartanya kerana ria' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir." 2: 264
Di bulan Ramadhan ini merupakan satu motivasi kembar yang pasti dapat membatu kita beriman dengan ayat-ayat Allah di atas.

  • Motivasi memberi: Puasa mengajar erti hilangnya sesuatu, maka ini akan memberi motivasi untuk kita memberi kepada yang tiada.
  • Motivasi menjaga hati: Puasa mengajar erti integriti dan tidak menunjuk-nunjuk. Puasa adalah ibadah rahsia antara hamba dan Allah. Maka rahsiakan lah apa yang kita beri (infaq) agar tangan kanan memberi dan tangan kiri tidak mengetahuinya.

 
 

3 Ramadhan 1432: Beniaga Dengan Allah

Pasar Ramadhan adalah cukup sinonim di bulan puasa ini. Kalau pun kita tidak mengujunginya, kita pasti dapat melihat ramai orang-orang Islam yang hadir membeli-belah sebelum tibanya waktu iftar. Kadang-kadang kita hairan kerana ada gerai-gerai di Pasar Ramadhan yang mula berniaga seawal pukul 3 petang dan yang lebih "menakjubkan" lagi adalah pengunjung-pengunjung yang datang seawal demikian. Apakah tidak terlalu awal untuk membeli makanan pada pukul 3 petang. Namun demi menjaga hati, kita mendidik hati untuk bersangka baik.

Berniaga di pasar Ramadhan akan membawa kepada hasil jualan (revenue). Hasil jualan ini jika ditolak kos jualan akan memberi untung dan rugi. Insya-Allah, di bulan Ramadhan ini, rezeki orang-orang Islam akan melimpah ruah. Namun, apakah hasil jika kita berniaga dengan Allah? Allah berfirman dalam Surah Saff ayat 10-13:
"Wahai orang-orang yang berimanI Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" 61:10
"(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." 61:11
"Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'adn. Itulah kemenangan yang agung." 61:12
"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Mukmin." 61:13

Perniagaan dengan Allah pada bulan Ramadhan ini adalah:

  • Berpuasa dengan berlapar dahaga & menjaga semua anggota pancaindera dengan tidak melakukan dosa
  • Mengerjakan semua amalan sunnah-sunnah Rasul SAW
  • Mengeluarkan zakat dan infaq demi Allah SWT
  • Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  • Berjihad dengan nafsu seperti mana yang Rasul SAW menyatakan selapas pulang dari peperangan Badar yang mana peperangan yang lebih besar adalah melawan nafsu

Insya-Allah perniagaan ini pasti tidak ada ruginya!
 
 
 

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432: Tips Kesihatan

Menjaga kesihatan agar cergas dan cerdas adalah penting dalam mengharungi puasa hampir 14 jam setiap hari. Dr. Zulkifli Yusof, doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyyah mengariskan beberapa tips kesihatan untuk kita praktiskan didalam bulan Ramadhan ini:

  1. Lewatkan Sahur: Kajian membuktikan bahawa sarapan (makan pagi) adalah cukup penting bagi kesihatan tubuh badan. Ini terutama kepada kanak-kanak yang berpuasa kerana penggunaan tenaga yang banyak.
  2. Banyakkan Meminum Air: Puasa tidak memberi peluang kepada kita meminum air pada siang hari, namun kita hendaklah meminum air sekurang-kurangnya tujuh gelas setiap hari. Air kosong adalah cukup baik untuk tubuh badan. Tidak perlu air sirap ataupun air berkabonat. Amalkan meminum air kosong.
  3. Bersegera Berbuka Puasa: Berbuka puasa dengan rotob (kurma "fresh") adalah yang terbaik. Jika tiada rotob, maka tamar (kuma kering) adalah pengganti. Rasulullah SAW juga ada bersabda mengenai berbuka dengan kurma. Kurma adalah makanan ideal yang mempunyai tinggi serat dan rendah lemak. Juga, takkala badan memerlukan tenaga, kurma mempunyai "simple glucose" yang dapat diurai menjadi tenaga dengan cepat tanpa memerlukan tenaga dari badan untuk memprosesnya. Makanan lain yang mempunyai kabohaidrat yang kompleks (nasi, ayam, daging) memerlukan tenaga dari badan untuk memprosesnya. Kita perlu tenaga untuk aktiviti tarawikh, oleh itu kurma cukup ideal sebagai makanan berbuka puasa.
  4. Tiada "qada" dalam jumlah makan: Berbuka puasa seperti makan seperti waktu makan biasa. Berpuasa bukanlah sebab untuk menggandakan jumlah makanan yang diambil memandangkan kita tidak makan tengahari. Jumlah makanan yang diambil sederhana jumlahnya akan mengurangkan penggunaan tenaga untuk mencerna makanan. Ini memberi lebih tenaga untuk kita solat tarawikh.
  5. Elakkan Buffet Ramadhan: Buffet ramadhan mahal, menjurus kepada makan berlebihan dan membawa kepada pembaziran. This is a lost-lost proposition.
  6. Kurangkan/Elakkan Minuman Berkefein: Minuman berkeifein seperti teh dan kopi akan membuka ruang di kerongkong. Ini membolehkan asid bergerak ke atas. Ia boleh membawa masalah kepada kesihatan.
  7. Banyakkan Makan Buah: Banyakkan memakan buah-buahan terutama yang mempunyai serat yang tinggi. Serat yang tinggi akan mengenyangkan perut.
  8. Jangan Tidur Selepas Makan: Tidur hanya selepas 1-2 jam selepas makan. Makanan perlu dicerna dengan baik sebelum kita rehat.
  9. Jangan Tidur Siang: Jangan tidur diwaktu siang kecuali sebentar sebelum masuk waktu zuhur. Banyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini.
Semuga kita diberi kesihatan yang baik untuk "pulun" pahala di bulan ramadhan ini.

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432: Ramadhan Al-Mubarak

1 Ramadhan 1432H. Tak ramai dari kita yang mengingati tarikh bulan Islam. Namun 1 Ramadhan adalah tarikh yang pasti semua umat Islam di negara ini mampu mengetahui bila ia hadir. Ramdhan yang penuh berkat hadir pada hari ini. Hadir atas kehendak-Nya yang terus memberi peluang kepada kita untuk kita "mengaut" segala "offer" sempena bulan mulia ini.

Fikirkanlah, jika Pavillion KL mengadakan jualan hebat dengan tawaran potongan harga yang tinggi, sudah pasti ramai diantara kita yang akan beratur pagi-pagi lagi untuk jadi orang pertama memasuki butik-butik barangan berjenama tersebut. Kita tidak mahu ketinggalan. Kalau di luar negara, ada orang yang sanggup membawa khemah dan mula beratus pada pukul 2 pagi semata-mata untuk menjadi orang pertama memasuki gedung perniagaan.

Apakah Ramadhan yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW kurang hebatnya dari jualan hebat di Pavillion atau di luar negara? Ramadhan yang mana amalan sunat di kira pahala seperti amalan wajib. Amalan wajib yang digandakan pahala. Dan tak sudah di situ, satu malam yang bersamaan 1000 malam juga ada di bulan ini. Ianya lebih hebat, lebih canggih dan lebih teruja dari sebarang jualan murah yang ada jika dibandingkan tawarannya. Marilah kita bersama-sama bertekad untuk merebut semua peluang membuat kebajikan pada bulan yang pada awalnya rahmat, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Merebut peluang ini perlu perancangan. Maka rancanglah strategi dari hari ini supaya lailatul-qadr menjadi matlamat Ramadhan 1432. Inilah hadiah bonanza Ramadhan!!

Membuat checklist atau borang muhassabah perlu sebagai "tool" dalam menghadapi Ramadhan pada tahun ini. Catatan yang terperinci perlu sebagai satu cara untuk menjadikan amalan-amalan sebagai tabiat. Tabiat akan menjadi kekal dengan kuasa melatih-tubi.
Ramadhan Planner: Inspect what we expect!

Puasa yang sempurna akan membawa kepada takwa.