Tuesday, November 30, 2010

Akidah Islamiah - Bhg 2: Bab Tanzihu

Masjid Jamek ArRahman, Jenun, Pendang
Dan bahawasanya Allah Subhanahu Wa Taala itu, iaNya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu, dan tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya, atas barang mana jalan pun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada yang menyamai Tuhan; dan tidak Tuhan itu mengenai tempat, masa, pihak, sukatan, bilangan; dan tidak Tuhan itu di atas sesuatu dan tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa Tuhan itu atas Arasy ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki Arasy; dan bukan makna atas itu pihak dan tempat.

Pintu Masuk Masjid Zaher, Alor Star, Kedah DA

Maka tidaklah sekali-kali Tuhan itu menerimai pihak dan tempat; dan tidak Tuhan itu di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya, tidak bercampur dengannya; dan tidak Tuhan itu di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan, tiada suatu apa pun yang menyamaiNya.

Maka sebelum ada masa, tempat, lapang, cahaya, warna, rupa, huruf, suara, sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap; dan sebelum ada arasy, kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya; dan sebelum ada apa-apa benda pun, barang yang diadakan oleh Allah Taala itu, maka Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu, iaNya ada sebagaimana ia ada itu juga; yang sentiasanya ia ada dan selama-lamanya ia ada; mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan; dan makna hampir tuhan itu ialah hampir rahmat dan nikmatNya; dan makna berserta tuhan itu ialah berserta rahmat pertolongan dan nikmatNya. Maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tiada menyamai zat makhluk; dan Tuhan itu tidak menerimai perubahan, perpindahan, sebagaimana juga Zat Tuhan itu tidak menyamai segala zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu menyamai Zat Tuhan, dan tidak Zat Tuhan itu masuk bersatupadu pada zat-zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu itu masuk bersatupadu pada Zat Tuhan, bahkan sentiasalah Allah itu dengan kemuliaan dan kesempurnaanNya yang tidak sekali-kali mengenai sebarang kekurangan, dan tidak sekalikali menyamai sesuatu daripada segala makhlukNya; dan tidak sekali-kali menerimai berlebih berkurang kemuliaan Allah Taala itu.
Masjid Al-Ghufran, Alor Star, Kedah DA

Dan bahawasanya pada Zat Tuhan itu diketahui adaNya dengan akal; dan dapat dilihat di akhirat kelak dengan pemandangan mata sebagaimana yang diketahui dengan akal itu juga, iaitu nikmat daripada Allah dan murah kurniaanNya kepada sekelian hambaNya yang ahli kebahagiaan dalam negeri akhirat kelak, iaitu bagi menyempurnakan segala nikmat yang ada disediakan di dalam syurga itu, dengan dapatnya melihat Zat Allah Yang Mulia itu.

Thursday, November 25, 2010

Akidah Islamiah - Bhg 1: Makna 2 Kalimah Syahadah

ASYHADU AN LA ILAHA ILLALLAH


"أشهد أن لا إله إلا الله"

Ia mengandungi fahaman maknanya, bahawa aku menaik saksi; memberi pengakuan yang teguh dengan lidah dan berkeyakinan penuh di hati; mengakui akan bahawasanya tiada yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah. Dengan kitabNya yang mulia, yang diturunkan kepada nabiNya yang dibangkitkan menjadi PesuruhNya (RasulNya) itu, mengetahuilah kita sekelian hamba Allah ini atas lidah rasulNya itu akan bahawasanya Allah Taala Tuhan kita Jalla Wa Azza itu iaNya ada maujudun (موجود), qadimun (قديم) , azaliun (ازلي), baqin (باق); dan adaNya Allah Taala itu iaNya ada sentiasa ada, selama-lamanya ada, tiada berkeputusan adaNya; dan adaNya Allah Taala itu, tiada bagiNya permulaan; dan tiada bagiNya kesudahan; dan Allah Taala itu, tidak ada bagiNya misal, tidak ada bagiNya bandingan, tidak ada bagiNya umpama dan tidak ada bagiNya keadaan yang berlawanan; dan sentiasalah Allah Taala itu mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan.

بل " هو الأول والأخـر والظاهر والباطن وهو بكل شئ عليم"

Bahkan “Allah Taala itu ialah yang awal yang tiada berawal bagiNya dan ialah yang akhir yang tiada berakhir bagiNya dan ialah yang zahir, aiy (yakni) al-a’ali yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan, yakni tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan olehNya; dan ialah yang batin, aiy (yakni):

(المحتجب عن الحواس بحجب كبريائه)

(al-Muhtajibu a’nil-hawasi bihijbi kibria-ihi) yakni ialah yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya; dan Allah Taala itu dengan tiap-tiap suatu ia amat mengetahui”.

Sumber: Kitab Terjemah Akidah Ahli Assunah Waljamaah oleh Al-Ustaz Haji Mohammad Ismail Salleh

Wednesday, November 24, 2010

Transformasi - Fish Pond

The 1st fish pond
Construction of fish pond is not a child play. I decided to outsource the construction of fiosh pond for my renovated house in the month of April - May 2010. After it was completed, the problem started. It stated with leaking where we could not figure out how to resolve it without having to re-construct it. Then the water clearity. It only last for 10 days the most. After that I need to change the water and wash the bio filter. After months of agony, I decided to re-contruct the fish pond. This time I managed to find a subject matter expert in this field. He had done this business for the last 14 years. The only "agony" is a hole in my pocket. We kept our fingers crossed as the contractor promised that it will guarentee the water clearity will not be an issue. I just need to change the water once in every 2 years... YES, 2 years not 2 weeks.



Re-constructed fish pond that gives crystal clear water
Meletakkan sesuatu kepada ahli-nya (subject matter expert) adalah sesuatu yang perlu dilakukan dalam hal ini. Saya sepatutunya dapat mengurangkan kos pembuatan kolam ini jika melakukukan dengan betul pada pertama kali - "do it right for the first time". Ini adalah satu pengajaran yang penting dalam kehidupan ini. To have a fish pond with crystal clear water is a dream of every one who owns it. Today I realized it.



Another view - fish eye lense

Tuesday, November 16, 2010

89 Pelajar Raih 5A di SK Bertam Indah

Standing in the eyes of the World


Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010. Alhamdulillah SK Bertam Indah menjadi sekolah terbaik dari segi jumlah yang mendapat 5A dengan 89 pelajar. Lihat berita penuh di http://www.nst.com.my/nst/articles/13upx/Article/
89 pelajar SK Bertam Indah: 5A
Syukur pada Allah SWT yang telah memperkenankan doa kami dan Nadirah berjaya mendapat 5A. Kami berdoa agar pencapaian ini tidak membawa kepada sifat-sifat mazmumah.


Dear Parents, here are our return on investment (ROI)

Terima Kasih Cikgu!!!

Kepada semua guru-guru SK Bertam Indah, jutaan terima kasih atas didikan kepada mereka yang telah berjaya dan kepada semua lebih 200 pelajar yang mengambil UPSR 2010. Tiada balasan yang dapat pelajar ini berikan kepada warga pengajar kecuali mengharap Allah SWT membalas dengan ganjaran berlipat ganda, Insya-Allah.


Monday, November 1, 2010

Menara Warisan... akan tinggikah iman kita?


Petronas Twin Tower

Dalam budget 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembinaan Menara Warisan di sekitar Stadium Merdeka dan Negara. Sejak itu ramai yang mengeluarkan pendapat menyokong dan menentang. Jika membaca media arus perdana, pembinaan ini akan mempamirkan betapa "gah"nya kita dalam perlumbaan membina menara yang tinggi. Dan jika membaca media alternatif, maka perlaburan RM5B untuk menaikan 100 tingkat banggunan akan menjadi satu ikon pembaziran.


Sears Tower @ Chicago

Satu facebook (1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower) telah dilancarkan sebagai protes pembinaan menara ini. Setakat pukul 3.20pm hari ini, telah ada 216,883 orang yang menolak pembinaan Menara Warisan. Suara lebih dari 200,000 rakyat Malaysia ini tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan. Walaupun tidak pasti berapa ramaikah dari 200,000 ini yang akan menggunakan isu Menara Warisan sebagai landasan membuat keputusan dalam memilih kerajaan PRU 13 nanti, ianya tidah harus ditolak begitu sahaja. Jika dilihat dari profile pengguna facebook, rata-rata adalah remaja dan pengundi muda. Ini mungkin akan mempengaruhi sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan BN.


101 Tower @ Taipei
Pada waktu yang sama, satu laman facebook yang menyokong pembinaan ini juga telah dilancarkan sebagai satu usaha untuk mengimbangi pendapat. Namun sokongan yang diterima hanyalah dalam 10% dari yang menentang.

Hong Kong @ Nite - Light Show
Andai ada Pak Menteri dan ADUN yang turun padang membuka "klinik" agar dapat merawat "penyakit" rakyat dalam kawasannya, tetapi suara 216,883 rakyat ini juga satu simpton yang bakal mengundang lebih besar penyakitnya pada senario politik negara. Mungkin ini yang akan dipangging demam "super bug" politik Malaysia.

Ketinggian bangunan bukanlah penentu tinggi mana Iman seseorang rakyat negara tersebut. Namun, sebagai seorang Muslim yang berusaha kearah menjadi Mukmin, kita berharap, perlaburan yang setara banyaknya digunakan agar ketinggian bangunan di negara ini sama juga dengan tingginya iman pada Allah SWT dan akhlak yang mulia. Andai ini dapat dicapai, maka ianya seimbang pembangunan rohani dan jasmani, akhlak dan fizikal; insya-Allah.


Renung-renunglah....