Anak: Baba, kawan along ada email fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, KL yang kata ESQ itu boleh memesong aqidah. Beberapa hari yang lalu along baca dalam akhbar, yang ESQ Malaysia dapat kelulusan Malaysia Standard (MS) Syariah. Dan ada ahli majlis syariah yang terdiri dari Mufti Perak dan bekas Mufti Kedah
Ayah: (Terdiam...Sambil mengurut dahi)
Anak: Dan pada waktu yang sama, Mufti Penang dan Pahang kata tak ada masalah untuk ESQ dijalankan di negeri-negeri mereka. Mana satu yang betul? Mufti Wilayah atau Mufti-Mufti yang lain. Kat Malaysia ni ada tak Chief Mufti yang boleh decide siapa yang betul?
Ayah: (Masih diam dan mencari-cari jalan untuk memulakan bicara)
Anak: Haa... ni dalam internet kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata, kita kena berhati-hati dalam menyatakan sesuatu itu halal atau haram sebab ESQ ni berniaga. Jangan sampai tak boleh nak berniaga nanti.
Inilah persoalan yang dikemukakan oleh anak sulong saya apabila dia mula "confuse" dengan keputusan Mufti-Mufti yang tidak selaras/selari. Apa nak jadi hari ni? Bolehkah kita sebagai orang awam bergantung harap pada SS Mufti-Mufti dalam menafsir sesuatu permasalahan? Tanpa mereka, siapakah lagi yang mempunyai "authority" dalam membantu rakyat jelata?
Jika saya tak silap, fatwa sesebuah negeri hanya terpakai dinegeri tersebut dan sesiapa yang melanggar fatwa boleh dibawa didakwa. Dalam kes ESQ, diberitakan semua latihan ESQ yang dijadualkan di WP Kuala Lumpur dipindahkan ke negeri yang berhampiran. Saya berharap agar Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengambil keputusan samada ESQ ini dijalankan atas landasan yang betul atau pun tidak. Ada seorang rakan yang menyatakan bahawa kenapa nak bising-bising pasa ESQ sebab banyak benda-benda lain yang harus kita peduli dan kita ambil kira bukan perkara yang remeh temeh ini. Bila tanya punya tanya barulah tahu yang rakan ni dah attend ESQ dan dok attend alumni ni. Patutlah tak mahu berbicara tentang ini. Ini juga mengambarkan generasi kita hari ini mungkin tidak berani untuk bercakap benar jika terkena batang hidung sendiri. Ini belum lagi jika ianya membawa keuntungan kewangan.
Saya amat takut jika suatu hari nanti sesebuah negeri mengeluarkan fatwa bahawa sejenis makanan itu haram sebab ada unsur-unsur tidak halal seperti babi. Dan negeri yang lain akan mengatakan... dibenarkan untuk terus menjual dan beroperasi dengan syarat mengikuti lunas-lunas Islam. Persoalannya: Susah sangatkah nak berkata ianya halal atau haram. Apakah "authority" ini akan mengeluarkan kenyataan seperti ahli politik yang sering gemar membuat kenyataan "atas pagar" untuk mengambil hati semua pihak.
Sesungguhnya, yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tidak ada kesamaran! Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment