Thursday, June 24, 2010

Dah siap nak berperang...?

"Dah bulan Rejab nih..." begitulah ucapan seorang ibu bila anaknya berbual pada pagi tadi. Ingatan yang pendek ini membawa kepada maksud:
  • dah mulakah berjinak-jinak untuk berpuasa agar bila tiba Ramadhan nanti tidaklah matu kuyu dan badan lesu sebab baru nak berpuasa?
  • dah habiskah segala hutang-hutang puasa (jika ada)?
  • dah mulakah untuk bangun malam agar tidak liat untuk mendirikan malam sepanjang Ramadhan nanti. Andainya dapat mendirikan malam pada setiap Ramadhan, sudah tentunya tidak terlepas malam yang lebih baik dari 1000 malam?
  • dah mulakah meningkatkan komitmen kita pada Al-Quran agar bila tiba Ramadhan nanti tidak kekok untuk cuba khatam dalam tempoh 30 hari?
Kedatangan bulan Rejab selalunya menandakan "prelude" kepada kedatangan bulan Ramadhan. Kalau selalunya ramai daripada kita tak ingatpun bulan Islam, namun Rejab dan Syaaban akan membuat kita sedar akan kehadiran bulan yang penuh dengan, rahmat, berkat dan keampunan ini. Andainya pada akhir Ramadhan 1430 yang lalu kita menangis akan pemergiannya dan berdoa agar dipanjangkan umur dan dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan 1431, maka kita semakin hampir untuk melihat yang doa' kita dimakhbulkan Allah SWT.

Banyak tulisan-tulisan yang memaparkan kelebihan bulan Rejab dan Syaaban dalam meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT. Tak lain tak bukan adalah untuk menyuntik motivasi diri agar terus komited untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri dalam menghadapi peperangan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan nanti, Insya-Allah. Setiap peperangan memerlukan persiapan. Ayuhlah persiapkan diri dengan persiadiakan mental, fizikal dan sokongan. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah atas prestasi kita pada Ramadhan yang lalu dan mengambil langkah-langkah awal agar prestasi kita dalam mengharungi peperangan hawa nafsu mencapai kejayaan, Insya-Allah.

Saturday, June 19, 2010

Part II: Management & Solat


Konsep Pengurusan 3: Leadership

Leadership atau kepimpinan adalah suatu konsep yang tidak boleh dipisahkan dari teori-teori pengurusan. Banyak teori-teori kepimpinan yang ditulis dan dipraktik oleh guru-guru pengurusan di barat. Lazimnya ianya tidak boleh lari dari memilih seorang pemimpin yang baik untuk mengurus sesebuah organisasi. Seorang pemimpin yang baik selalunya bakal membawa kepada kejayaan kepada organisani tersebut. Dalam buku "good to great" karya Jim Collins bercerita tentang pemimpin dapa tahap 5 (lever five leaders). Iaitu seorang pemimpin yang tak perlu diagungkan (mendapat kredit) atas apa yang dipimpinnya. Dan beribu lagi teori kepimpinan dan semuanya berkisar tentang pemilihan pemimpin yang baik.


Pengajaran dari Solat: Imam

Imam dalam solat juga seorang pemimpin. Dia memimpin solat jemaah dan bertanggungjawab untuk menunaikan tugasan sebagai seorang pemimin untuk melunaskan rukun-rukun solat. Pemilihan imam bukanlah melalui undian tetapi melalui siapa yang terbaik dikalangan jemaah yang ada atau didalam kariah untuk memimpin solat. Seseorang imam perlulah seseorang yang waras akalnya, tahu hukum-hukum solat, baik bacaan al-qurannya, baik akhlaknya dan boleh menjadi contoh. Imam akan mendahului rukun solat dan makmum tidak boleh mendahului imam. Kedudukan imam di baris hadapan sekali memberi gambaran fizikal tentang "authority" yang ada padanya. Konsep "walk the talk" amat bertepatan dengan apa yang Islam letakkan pada imam. Imam bukanlah seorang yang akan "memerintah" atau "memberi arahan" tanpa melakukannya. Imam melakukan rukun dahulu sebelum makmum melakukannya. Tidak seperti dalam konsep pengurusan barat yang mana rata-rata pemimpin hanya memberi "direction" dan "instruction". Islam juga memberi ruang pada makmum untuk memisahkan diri dari imam andainya imam yang diikutinya tidak mematuhui rukun solat. Makmum boleh "mufarakah". Ini memberi makna bahawa pengikut (makmum) tidak mengikut secara membuta-tuli.


Konsep Pengurusan 4: Followership

Tidak banyak penulisan membicarakan tentang "followership" dalam konsep pengurusan. Kalau ada pun, tak banyak yang diperkatakan berbanding dengan "leadership". Konsep followership adalah membawa maksud peranan seorang pengikut atau pekerja dalam organisasi dalam mencapai matlamat sesebuah syarikat.


Pengajaran dari Solat: Makmum

Tiada imam tanpa makmum. Makmum mempunyai peranan untuk tidak mendahului imam dan kedudukan makmum juga dibelakang imam sebagai simbolik sebagai seorang pengikut. Aturan makmum juga memberi ruang yang depan kepada yang sudah baligh dan tempat yang belakang kepada yang belum baligh. Cantiknya solat ini apabila peranan makmum itu harus mengikut imam walaupun imam telah memulakan solat dengan konsep masbuk. Makmum juga boleh "berkomunikasi" dengan imam andainya imam melakukan kesilapan atau lupa pada rukun solat. Ini menunjukan bahawa seorang pemimpin itu tidak semestinya tidak melakukan kesilapan. Dan Imam harus melakukan dengan betul selepas mendapat teguran. Andainya Imam terus melakukan kesilapan, makmum boleh membuat keputusan untuk mufarakah. Pemimpin dalam Islam harus bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.


Konsep Pengurusan 5: Succession Planning

Succession planning atau persediaan mengganti pemimpin juga amat penting dalam pengurusan demi memastikan sesebuah organisasi itu terus beroperasi. Sesebuah organisasi yang baik perlu ada succession planning agar tidak mempunyai barisan pemimpin pada setiap lapisan.


Pengajaran dari Solat

1400 tahun dahulu Islam telah memberi konsep "succession planning" ini dalam solat yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Seorang imam yang sedang mengerjakan solat harus mempunyai makmum yang sedia mengambil tempatnya sebagai Imam andainya Imam ini perlu memberhentikan solat atas sebab-sebab tertentu. Makmum yang berada dibelakangnya harus bergerak kehadapan dan menerajui solat. Solat tidak perlu diberhentikan dik kerana seorang imam batal solatnya. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sesebuah organisasi yang baik akan tidak terhenti operasinya kerana kehilangan pemimpin.


Andainya kita merenung dan berfikir, banyak lagi konsep-konsep pengurusan yang boleh dicungkil dari solat dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Inilah indahnya Islam. Dalam entri ini, hanya 5 konsep pengurusan diutarakan sebagai pemangkin untuk kita semua berfikir. Dengan adanya Al-Quran, Hadith dan Sunnah Rasullullah SAW, umat Islam adalah amat bertuah dengan mempunyai ilmu-ilmu ini sejak lebih dari 1400 tahun dahulu. Tetapi realiti hari ini, kita terpaksa membaca buku-buku yang dihasilkan oleh orang-orang barat untuk mempelajari konsep-konsep ini walaupun ianya ada bersama-sama kita. Apabila dinyatakan Islam itu cara hidup, inilah salah satunya bila kita bergantung pada Islam dalam menguruskan kehidupan kita, Insya-Allah.


11.25am @ O'hare Airport

June 19, 2010

Thursday, June 17, 2010

Part I: Management & Solat

Semua kita tahu bahawa solat adalah tiang agama. Andainya tumbang tiang ini, maka robohlah agama kita. Islam yang terbina atas kalimah 2 syahadah ini tidak akan mekar tanpa solat. Allah berfirman yang bermaksud:


Dan banyak lagi kalam Allah SWT yang memperkatakan tentang solat ini. Solat 5 waktu yang difardhukan kepada kita semua bukanlah diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Jibrail tetapi Rasulullah SAW mendapat wahyu dari Allah sendiri. Ini menguatkan lagi dalil yang solat ini amat penting dalam hidup sebagai seorang Muslim.

Berbicara tentang solat, mari kita sama-sama renungkan pengajaran solat dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Solat ini rupanya memberi seribu pengajaran kepada kita andainya kita duduk sebentar dan merenung indahnya solat ini. Apa yang hendak diutarakan disini adalah pengajaran solat dalam pengurusan. Tanpa kita sedari bahawa solat ini rupanya ada pengajarannya untuk konsep-konsep pengurusan.

Kosep Pengurusan 1: Unity of Purpose
Dalam meneraju sesebuah organisasi, “unity of purpose” atau dalam bahasa ringkasnya mempunyai visi dan misi. Andainya setiap individu dalam organisasi bersatu hati dan bergerak dalam satu arah, nescaya kebarangkalian untuk mencapai sesuatu tujuan itu lebih besar.

Pengajaran dari Solat: Mengadap Kiblat
Allah memerintahkan bahawa kiblat bagi umat Islam adalah Kaabah. Tak kiralah samada kita berada di negara mana sekalipun, maka kaabah lah juga menjadi kiblat kita bila menunaikan solat. Ini sebenarnya menekankan bertapa pentingnya semua umat Islam secara fizikalnya untuk menghadapkan muka dan dada kita kearah Baitullah. Ianya menjadi analogi kepada kita untuk bergerak dalam satu hala, satu tujuan, satu visi dan satu misi dengan bersatu hati pada setiap masa.

Konsep Pengurusan 2: First Thing First
Penulis Steven Covey dalam bukunya “7 habbits of highly effective people” menekankan bahawa konsep “first thing first” amat penting dalam kehidupan manusia untuk pengurusan yang sangat efektif. Melakukan apa yang perlu dilakukan dahulu mengajar kita kepada erti “prioritization”. Ianya juga membantu kita dari membuat sesuatu perkara yang sia-sia atau yang membuang masa.

Pengajaran dari Solat: Tertib
Rukun terakhir dalam solat adalah “tertib”. Tertib membawa makna mendahulukan apa yang dahulu. Solat tidak akan diterima Allah atau solat ini akan terbatal jika kita mulakan dengan sujud baru rukuk dan sebagainya. Meletakan sesuatu pada tempatnya dan pada masanya perlu untuk kesempurnaan. Andai solat kita memberi kesan dalam hidup kita, Insya-Allah kita akan terpanggil untuk mempraktikan budaya tertib ini bukan sahaja dalam solat namun dalam pengurusan masa serta sumber. Pengurusan sumber yang sempurna akan menghapuskan pembaziran.

Insya-Allah, kupasan konsep pengurusan dan pengajaran solat seterusnya akan menyusul dalam Part II.

9.20am @ Schaumburg IL
June 17, 2010

Saturday, June 12, 2010

Tidur bola, Makan bola....



Semalam dah mula sepak mula
Pesta bola sepak piala dunia
32 negara berentap merebut piala
Berjuta ringgit diguna untuk sedia
Pada masa Palestine tak punya apa

Kita bangun pagi-pagi buta
Buka TV 1,2, atau tiga
Nak tengok pasukan berlaga
Tak perlu disuruh untuk berjaga
Inilah yang dinama "qiam bola"


Hari biasa tak mampu nak jaga
Untuk beberapa rakaat tahajjud pada Allah Taala
Apatah lagi nak jaga sejam dua
Nak buat solat tasbih, mintak ampun semua dosa

Mari kita tanya kita semua
Apakah adil kita pada Allah
Pada bola semua boleh saja
Untuk Allah kita berkira

Saya nak pesan pada saya dan semua
Kita solat dulu baru tengok bola
Dua hari lagi Bulan Rejab nak mula
Boleh sahur sekali masa tengok bola
Esok harinya kita semua berpuasa

Mari kita semua berdoa
Dalam keghairahan tengok bola
Jangan lupa apa yang berlaku di Palestine sana
Saudara kita dok menderita
Kalau kita simpan duit makan sebab berpuasa
Boleh lah kita infaq buat saudara palastine kita

Pada masa pesta bola sepak piala dunia
Kita tidak lupa pada Allah Taala
Kita tak pula pada Palestine yang menderita
Walaupun kita luang masa tengok bola
Qiam pada malam hari untuk Allah dibuat juga
Infaq pada Palestine sebab puasa di teruskan juga
"Menyelam sambil minum air" namanya


9.31am @ Tangkak
June 12th, 2010

Tuesday, June 8, 2010

Kisah Tikus dan Kala Jengking

Semasa saya menghadiri satu sessi pembicangan mengenai kepimpinan dinamik dan persoalan samada sifat kepimpinan itu boleh dibentuk atau tidak, salah seorang dari rakan saya bercerita tentang kisah seekor tikus dan kala jengking.

Alkisah ada seekor tikus yang telah terkehel kakinya dan ia perlu merentasi sebatang anak sungai yang arusnya agak deras. Tikus ini sedar bahawa dalam keadaan kakinya yang tidak kuat, nescaya ia akan dibawa oleh arus yang deras itu dan mati kelemasan. Dalam mencari jalan untuk merentasi ank sungai tersebut, ia bertemu dengan seekor kala jengking di tepi tebing sungai. Maka ia berfikir untuk meminta pertolongan dari kala jengking itu. Tikus itu pun menyapa kala jengking dan bertanya jika kala jengking itu sanggup menolongnya merentasi arus sungai yang deras ini. Kala jengking itu sanggup menolong si tikus. Namun, si tikus agak was-was dan takut jika ia disengat oleh kala jengking yang sangat berbisa itu.

Si tikus meminta kala jengking itu agar tidak menyengatnya semasa menolongnya melintasi arus sungai itu. Lagi sekali, kala jengking ini bersetuju untuk tidak menyengatnya. Maka dengan senang hati si tikus ini pun merentasi arus sungai itu sambil ditarik oleh kala jengking yang sangat berbisa. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berjaya sampai ke seberang tebing dengan selamatnya. Si tikus pun dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada si kala jengking atas kesudiannya menolongnya.

Tak kala si tikus ingin melangkah pergi, dengan tiba-tiba kala jengking yang sangat berbisa itu terus menyengat si tikus tadi. Si tikus terus rebah dan terketar-ketar menahan bisa sengatan kala jengking. Dalam mengharung kesakitan si tikus bertanya kepada si kala jengking:

Tikus: Kenapa tuan bersusah payah menolong saya menyeberangi sungai dan kemudiannya menyegat saya? Sedangkan tuan telah berjanji untuk tidak menyengat saya?

Kala jengking: Saya adalah seekor kala jengking. Dan kerana itu, saya pasti akan menyegat.

Begitulah kisah seekor tikus and seekor kala jengking. Iktibar dari kisah ini adalah untuk kita sentiasa berhati-hati bila meminta tolong pada seorang musuh. Apatah lagi jika kita membuat perjanjian dengan musuh.

Wednesday, June 2, 2010

Save Palestine

Cyberplex: Hampir semua tajuk-tajuk utama akhbar memaparkan berita kekejaman Yahudi Israel menceroboh, membunuh serta mencederkan aktivis kemanusiaan Palestin di atas kapal Mavi Marmara. Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan serta sukarelawan untuk membantu saudara-saudara telah ceroboh dengan rakusnya serta bongkak dengan kelengkapan ketenteraan.

Sikap rakus Israel laknatullah ini menunjukan bahawa Israel laknatullah ini bongkak dan sombong tanpa mengira hukum dunia bahawa kapal Mavi Marmara bukanlah sebuah kapal perang dan juga sedang berada di perairan antarabangsa. Israel laknatullah ini berani melakukan semua ini kerana ia tahu bahawa sekutu-sekutu besar dunia berada dibawah ketiak mereka antaranya Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan PBB. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kepada kita.

Persoalannya: Apakah peranan yang mampu kita laksanakan sebagai seorang Muslim? Disini ada beberapa cadangan yang boleh kita ambil dalam kapaisiti kita yang terhad:
  • Membenci sebenci-bencinya tindakan Israel laknatullah ini. Bukan sahaja dengan membenci, kita harus bercakap akan kebencian kita terhadap tidak tanduk Israel kepada linkungan rakan-rakan supaya arus kebencian kepada Israel ini tidak padam dan terus berkembang.
  • Berani untuk TIDAK memilih barangan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada Israel. Senarai barangan ini dapat dilihat di: www.muslimconsumer.org.my/ppim
  • Tarbiah ahli keluarga kita supaya tidak terpengaruh dengan media yang memperkecilkan tindakan Israel ini
  • Ambil tindakan menyokong aktiviti-aktiviti membantu saudara-saudara kita di Palestin. Antaranya program "Fast for Palestine" yang boleh dilaksanakan di rumah bersama-sama ahli keluarga. Perbelanjaan sekolah dan makan pada hari itu disalurkan ketabung-tabung bantuan kemanusiaan Palestin
  • Gunakan media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain untuk terus berbicara tentang Israel dan Palestin. Mainkan peranan untuk mengajak ahli media sosial kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai Muslim
  • Meminta pertolongan Allah membantu aktivis bantuan kemanusian yang sedang dalam tahanan Israel. Ajak ahli-ahli keluarga berdoa & bersolat hajat setiap hari. Jika ada diantara kita yang mempunyai pengaruh keatas surau-surau atau masjid-masjid di tempat kediaman kita, minta diadakan solat hajat, qunut nazilah dan doa kepada Palestin serta aktivis bantuan kemanusiaan.
  • Hadir memberi sokongan dalam demonstrasi membantah tindakan Israel.
Marilah kita bersatu hati sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah SWT untuk membantu saudara seIslam kita di Palestin dimana terletaknya Kiblat pertama kita supaya Masjidil Aqsa terus selamat dan dihormati.

9.55am @ Cyberplex
June 1st, 2010