Konsep Pengurusan 3: Leadership
Leadership atau kepimpinan adalah suatu konsep yang tidak boleh dipisahkan dari teori-teori pengurusan. Banyak teori-teori kepimpinan yang ditulis dan dipraktik oleh guru-guru pengurusan di barat. Lazimnya ianya tidak boleh lari dari memilih seorang pemimpin yang baik untuk mengurus sesebuah organisasi. Seorang pemimpin yang baik selalunya bakal membawa kepada kejayaan kepada organisani tersebut. Dalam buku "good to great" karya Jim Collins bercerita tentang pemimpin dapa tahap 5 (lever five leaders). Iaitu seorang pemimpin yang tak perlu diagungkan (mendapat kredit) atas apa yang dipimpinnya. Dan beribu lagi teori kepimpinan dan semuanya berkisar tentang pemilihan pemimpin yang baik.
Pengajaran dari Solat: Imam
Imam dalam solat juga seorang pemimpin. Dia memimpin solat jemaah dan bertanggungjawab untuk menunaikan tugasan sebagai seorang pemimin untuk melunaskan rukun-rukun solat. Pemilihan imam bukanlah melalui undian tetapi melalui siapa yang terbaik dikalangan jemaah yang ada atau didalam kariah untuk memimpin solat. Seseorang imam perlulah seseorang yang waras akalnya, tahu hukum-hukum solat, baik bacaan al-qurannya, baik akhlaknya dan boleh menjadi contoh. Imam akan mendahului rukun solat dan makmum tidak boleh mendahului imam. Kedudukan imam di baris hadapan sekali memberi gambaran fizikal tentang "authority" yang ada padanya. Konsep "walk the talk" amat bertepatan dengan apa yang Islam letakkan pada imam. Imam bukanlah seorang yang akan "memerintah" atau "memberi arahan" tanpa melakukannya. Imam melakukan rukun dahulu sebelum makmum melakukannya. Tidak seperti dalam konsep pengurusan barat yang mana rata-rata pemimpin hanya memberi "direction" dan "instruction". Islam juga memberi ruang pada makmum untuk memisahkan diri dari imam andainya imam yang diikutinya tidak mematuhui rukun solat. Makmum boleh "mufarakah". Ini memberi makna bahawa pengikut (makmum) tidak mengikut secara membuta-tuli.
Konsep Pengurusan 4: Followership
Tidak banyak penulisan membicarakan tentang "followership" dalam konsep pengurusan. Kalau ada pun, tak banyak yang diperkatakan berbanding dengan "leadership". Konsep followership adalah membawa maksud peranan seorang pengikut atau pekerja dalam organisasi dalam mencapai matlamat sesebuah syarikat.
Pengajaran dari Solat: Makmum
Tiada imam tanpa makmum. Makmum mempunyai peranan untuk tidak mendahului imam dan kedudukan makmum juga dibelakang imam sebagai simbolik sebagai seorang pengikut. Aturan makmum juga memberi ruang yang depan kepada yang sudah baligh dan tempat yang belakang kepada yang belum baligh. Cantiknya solat ini apabila peranan makmum itu harus mengikut imam walaupun imam telah memulakan solat dengan konsep masbuk. Makmum juga boleh "berkomunikasi" dengan imam andainya imam melakukan kesilapan atau lupa pada rukun solat. Ini menunjukan bahawa seorang pemimpin itu tidak semestinya tidak melakukan kesilapan. Dan Imam harus melakukan dengan betul selepas mendapat teguran. Andainya Imam terus melakukan kesilapan, makmum boleh membuat keputusan untuk mufarakah. Pemimpin dalam Islam harus bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.
Konsep Pengurusan 5: Succession Planning
Succession planning atau persediaan mengganti pemimpin juga amat penting dalam pengurusan demi memastikan sesebuah organisasi itu terus beroperasi. Sesebuah organisasi yang baik perlu ada succession planning agar tidak mempunyai barisan pemimpin pada setiap lapisan.
Pengajaran dari Solat
1400 tahun dahulu Islam telah memberi konsep "succession planning" ini dalam solat yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Seorang imam yang sedang mengerjakan solat harus mempunyai makmum yang sedia mengambil tempatnya sebagai Imam andainya Imam ini perlu memberhentikan solat atas sebab-sebab tertentu. Makmum yang berada dibelakangnya harus bergerak kehadapan dan menerajui solat. Solat tidak perlu diberhentikan dik kerana seorang imam batal solatnya. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sesebuah organisasi yang baik akan tidak terhenti operasinya kerana kehilangan pemimpin.
Andainya kita merenung dan berfikir, banyak lagi konsep-konsep pengurusan yang boleh dicungkil dari solat dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Inilah indahnya Islam. Dalam entri ini, hanya 5 konsep pengurusan diutarakan sebagai pemangkin untuk kita semua berfikir. Dengan adanya Al-Quran, Hadith dan Sunnah Rasullullah SAW, umat Islam adalah amat bertuah dengan mempunyai ilmu-ilmu ini sejak lebih dari 1400 tahun dahulu. Tetapi realiti hari ini, kita terpaksa membaca buku-buku yang dihasilkan oleh orang-orang barat untuk mempelajari konsep-konsep ini walaupun ianya ada bersama-sama kita. Apabila dinyatakan Islam itu cara hidup, inilah salah satunya bila kita bergantung pada Islam dalam menguruskan kehidupan kita, Insya-Allah.
11.25am @ O'hare Airport
June 19, 2010
No comments:
Post a Comment