Thursday, June 17, 2010

Part I: Management & Solat

Semua kita tahu bahawa solat adalah tiang agama. Andainya tumbang tiang ini, maka robohlah agama kita. Islam yang terbina atas kalimah 2 syahadah ini tidak akan mekar tanpa solat. Allah berfirman yang bermaksud:


Dan banyak lagi kalam Allah SWT yang memperkatakan tentang solat ini. Solat 5 waktu yang difardhukan kepada kita semua bukanlah diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Jibrail tetapi Rasulullah SAW mendapat wahyu dari Allah sendiri. Ini menguatkan lagi dalil yang solat ini amat penting dalam hidup sebagai seorang Muslim.

Berbicara tentang solat, mari kita sama-sama renungkan pengajaran solat dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Solat ini rupanya memberi seribu pengajaran kepada kita andainya kita duduk sebentar dan merenung indahnya solat ini. Apa yang hendak diutarakan disini adalah pengajaran solat dalam pengurusan. Tanpa kita sedari bahawa solat ini rupanya ada pengajarannya untuk konsep-konsep pengurusan.

Kosep Pengurusan 1: Unity of Purpose
Dalam meneraju sesebuah organisasi, “unity of purpose” atau dalam bahasa ringkasnya mempunyai visi dan misi. Andainya setiap individu dalam organisasi bersatu hati dan bergerak dalam satu arah, nescaya kebarangkalian untuk mencapai sesuatu tujuan itu lebih besar.

Pengajaran dari Solat: Mengadap Kiblat
Allah memerintahkan bahawa kiblat bagi umat Islam adalah Kaabah. Tak kiralah samada kita berada di negara mana sekalipun, maka kaabah lah juga menjadi kiblat kita bila menunaikan solat. Ini sebenarnya menekankan bertapa pentingnya semua umat Islam secara fizikalnya untuk menghadapkan muka dan dada kita kearah Baitullah. Ianya menjadi analogi kepada kita untuk bergerak dalam satu hala, satu tujuan, satu visi dan satu misi dengan bersatu hati pada setiap masa.

Konsep Pengurusan 2: First Thing First
Penulis Steven Covey dalam bukunya “7 habbits of highly effective people” menekankan bahawa konsep “first thing first” amat penting dalam kehidupan manusia untuk pengurusan yang sangat efektif. Melakukan apa yang perlu dilakukan dahulu mengajar kita kepada erti “prioritization”. Ianya juga membantu kita dari membuat sesuatu perkara yang sia-sia atau yang membuang masa.

Pengajaran dari Solat: Tertib
Rukun terakhir dalam solat adalah “tertib”. Tertib membawa makna mendahulukan apa yang dahulu. Solat tidak akan diterima Allah atau solat ini akan terbatal jika kita mulakan dengan sujud baru rukuk dan sebagainya. Meletakan sesuatu pada tempatnya dan pada masanya perlu untuk kesempurnaan. Andai solat kita memberi kesan dalam hidup kita, Insya-Allah kita akan terpanggil untuk mempraktikan budaya tertib ini bukan sahaja dalam solat namun dalam pengurusan masa serta sumber. Pengurusan sumber yang sempurna akan menghapuskan pembaziran.

Insya-Allah, kupasan konsep pengurusan dan pengajaran solat seterusnya akan menyusul dalam Part II.

9.20am @ Schaumburg IL
June 17, 2010

1 comment:

  1. betul. dan solat mengajar kita untuk membina rutin. Solat awal waktu. Satu hari 5 kali. Itu lah yg kita perlu capai sebelum rutin bertukar menjadi tabiat.

    ReplyDelete