
Medeka dalam erti sebernar bagi seorang muslim adalah ia menjadi "hamba" kepada yang maha Esa. Menjadi "hamba" bila dia bekerja 24 jam hanya untuk Allah SWT, 24 jam menjadi abdi kepada Allah SWT. Menyerah jiwa dan raga hanya kepada Allah SWT. Bergantung harap hanya pada Yang Maha Kuasa. Berharap ehsan dan kasih hanya dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kemerdekaan hanya tercapai apabila kita sedar yang kita sebenarnya hamba Allah.
Tidak lah seperti erti kemerdekaan yang cetek dimana bermaksud bebas. Bebas berfikir apa yang hendak dilakukan, bebas melakukan maksiat pada Allah SWT. Ya, kita mahu bebas, tetapi bebas dari api neraka. Bebas dari melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bebas dari membuat mungkar. Bebas dari melakukan dosa kepada Allah SWT.
Ayuhlah wahai saudara seIslamku, marilah kita memperhambakan diri kepada Allah SWT. Marilah kita bertekad untuk menyerah jiwa dan raga ini kepada Allah SWT sebagimana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya semasa di medan Badar kubro. Marilah kita bergantung harap hanya pada Allah SWT.