Thursday, September 1, 2011

Peningkatan Berterusan

Alhamdulillah, segala syukur kepada Tuhan sekian alam, Tuhan yang awal tiada berawal dan akhir yang tiada berakhir. Segala puji bagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah telah memberi kehidupan yang membolehkan kita terus hidup hingga berupaya kita menghabiskan Ramadhan 1432 dengan nikmat kesihatan serta kemudahan untuk beramal ibadah. Tiada ada hadiah yang lebih baik dari berupaya nikmat Ramadhan.

Selepas 3 hari meninggalkan Ramadhan 1432, haruslah didokumentasikan prestasi Ramadhan yang lalu agar ia menjadi "baseline" untuk Ramadhan yang akan datang, insya-Allah, jika Allah mengizinkan umur dan kesihatan yang baik. Mengetahui baseline akan memberi kita satu kayu ukur dimana kita hari ini dan kemana yang akan kita pergi esok. Proses mengdokumentasi adalah perlu kerana kita ini seorang insan yang sering lupa. Ini diyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Asr. Hanya orang-orang yang saling berpesan-pesan sahaja yang tidak akan kerugian.

Bulan Ramadhan yang bukan sahaja bulan nikmat yang ditimbunkan dengan perbagai kelebihan tetapi ia juga harus dilihat dari sudut bulan dakwah kepada diri kita. Andainya kita tersentuh dengan dakwah Ramadhan, maka Insya-Allah, akan ada perubahan selepas bulan Ramadhan ini. Perubahan yang baik ini biarlah sedikit namun berterusan. Amal soleh yang sedikit dan berterusan adalah jauh lebih baik dari yang banyak tetapi hanya sekejap. Antara peluang-peluang amal soleh yang boleh diteruskan adalah:

  • Puasa 6 hari di bulan Syawal
  • Puasa Isnin & Khamis setiap minggu
  • Amalan qiam pada penghujung malam
  • Berdoa pada waktu sahur (Surah Al-Imran:17)
  • Amalkan budaya infaq
  • Teruskan mengawal lidah, mata, telinga dan hati
Andainya kita bersungguh-sungguh untuk memperbaikan diri, maka inilah peluangnya..., insya-Allah, usaha yang bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Monday, August 15, 2011

13 Ramadhan 1432: Kita Serupa


Bulan Ramadhan adalah bulan yang membentuk sifat kesamarataan. Tak kiralah samada seseorang itu kaya atau miskin, berada atau fakir, berpangkat atau pekerja am, bergelaran atau manusia kebayakan, berdarah raja atau berketurunan hamba. Dalam bulan ini semuanya sama. Samalah seperti di musim haji di mana semuanya berpakaian kain ihram yang putih tanpa ada perbezaan walaupun ada yang datang dengan berjalan kaki atau menaiki kapal terbang esekutif kelas pertama.

Apabila azan maghrib berkumandang memuji kebesaran Ilahi, semua orang akan berbuka puasa. Tidaklah Agong atan Raja berbuka dahulu manakala si penjaga istana berbuka di wakti Isyak. Mungkin juadahnya berbeza, tapi bukanya tetap pada minit yang sama.

Tidak lah pula pembesar negara boleh "bersama" isteri di siang hari dan kerani hanya boleh di malam hari. Semuanya sama. Tidak lah pula si Dato' dan Tan Sri boleh meneguk air di tengahari dan si pencuci hanya boleh bila berbuka nanti.

Inilah hikmah Ramadan. Jika tiada fardu puasa, kita pasti yang si kaya raya tidak mengerti apa itu lapar, tidak mengerti apa itu dahaga dan tidak mengerti nikmatnya berbuka puasa. Tiada terasa akan sesuatu tu sehinggalah kita kehilangannya. Allah menjanjikan 2 nikmat pada orang yang berpuasa. Nikmat takkala berbuka puasa dan nikmat apabila bertemu Allah nanti.

Hikmah kesamarataan ini membentuk jiwa-jiwa agar menjadi rendha diri, supaya mengerti keperitan si miskin dan fakir. Mengikis sifat pekin & kedekut. Membuka hati untuk meninfaq harta dan jiwa pada jalan Allah.

12 Ramadhan 1432: Seloka

Separuh Ramadhan dah nak berlalu pergi
Fasa Rahmat Allah dah tak boleh kembali
Hanya harap tahun depan kita hidup lagi

Sekarang fasa keampuanan Ilahi
Jangan kita lepas peluang ini
Marilah kita mintak ampun setiap hari
Mintak dapat keredhaan Ilahi
Mintak dapat masuk syurga Jannati
Mintak elak api neraka dari membakar diri

Nabi Muhammad SAW istigfar 70 kali sehari
Kita patut istigfar 70,000 kali
Tapi kita tak mampu nak buat sebegitu sekali
Maka lailatu-qdr patut kita cari
Sebab inilah subsidi Allah SWT beri
Pada umat Muhammad SAW yang cepat mati

Lailatul-qdr malam istemewa kurniaan ilahi
Semua ibadah mendapat gandaan tak peri
Umpama 87 tahun ibadah tak berhenti-henti
Inilah hadiah istemewa umat Nabi
Bagi yang istoqomah mencari
Bukan untuk yang buat tak peduli
Bagi yang rajin ibadah setiap hari
Bukan untuk yang fikir juadah bila dah petang mari
Bagi yang berdoa pada awal pagi
Bukan yang tidur sampai tengahari
Bagi yang masjid di hati
Bukan yang do kira supermaket mana yang tak pi lagi

Annuar Ridwan kata nak hidup 1000 tahun lagi
Sedarlah mungkin esok kita akan mati
Doalah kita dapat habiskan Ramadhan 30 hari
Agar diri ini bersih dari dosa macam baby
Semuga sejastera bila di hari ibadah di adili