Schaumburg: "Stop for a while and smell the flowers", bergitulah lebih kurangnya bunyi ayat dalam bahasa ingeriss nya yang membawa kepada maksud untuk berhenti seketika dan menikmati keindahan alam. Ayat ini juga bertujuan untuk kita berhenti dari perjalan kehidupan kita seketika dan melihat disekeliling kita. Dimana kita sekarang, pada musim apakah kita sekarang, apakah yang sedang berlaku dikeliling kita sekarang.
Spring 2010 @ Chicago Botanic Garden |
Kita seringkali terlalu focus keatas apa yang kita lakukan dan terlupa untuk berhenti sebentar. Ini selalunya kita perkatakan pada kita yang berlari mengejar kejayaan kerjaya tanpa ada kesedaran untuk melihat apa yang berlaku disekeliling kita. Allah SWT menjadikan siang untuk kita mencari rezeki dan bila malam melabuhkan tirainya adalah untuk kita berehat sebentar. Malah, dalam kita mengerjakan solat, ada tomaqninahnya bukan seperti seekor ayam sedang memakan padi dengan tidak mengangkat kepalanya langsung.
Black tulips: Spring @ Chicago Botanic Garden |
Apabila kita berhenti sebentar untuk melihat sekeliling kita, ini akan membawa kita kepada berfikir apa yang kita lakukan releven ataupun tidak dengan kehendak semasa berpandukan prinsip-prinsip yang kita percaya. Ini memberi tunjuk arah agar perjalanan kita terpesong, tidak teralih arah dan tidak melencong dari matlamat yang telah kita letakkan. Allah tidak menjadikan malam dari tiada kepada ada adalah secara tidak sengaja kerana Allah mampu dan berupaya untuk tidak menjadikan sesuatu apa pun. Namun jika kita berfikir akan hikmah kejadian makhluk Allah SWT ini, kita akan lebih takut pada Yang Maha Berkuasa ini. Kejadian malam untuk memberi ruang kapada kita bermuhasabah, berehat serta mengumpul tenaga untuk menghadapi hari siangnya nanti.
Bleading Heart Flower: Spring 2010 @ Chicago Botanic Garden |
"Stop for a while and smell the flowers" lebih kepada untuk memberi gambaran bahawa terdapat perkara disekeliling kita yang sebenarnya indah. Kita terlalu taksub dalam sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa sedar bahawa musim telah berubah dan pokok sudahpun mengeluarkan bunganya. Ungkapan ini jarang sekali kita dengan dalam masyarakat kita kerana iklim negara kita bukanlah iklim empat musim. Namun pengajarannya masih relevan kepada kita semua.
Saya tertarik kepada ungkapan ini setelah bercakap tentang perbezaan budaya kerja antara barat dan timur, antara sesuatu bangsa dan budaya. Sering diperkatakan bahawa budaya kerja masyarakat Jepun yang akan bekerja sehingga lewat malam berbeza dengan budaya kerja penjawat awam di negara kita Malaysia. Dan dikhabarkan bahawa jumlah kes bunuh diri di Jepun adalah yang tertinggi di rantau ini jikapun tidak di dunia atas sebab tekanan dalam kehidupan. Kita boleh menafikan bahawa kes membunuh diri di Malaysia juga meningkat. Pada tahun ini saja kita dihidangkan dengan beberapa kes yang serupa di dada-dada akhbar. Dan yang lebih menyedihkan adalah ada yang melibatkan umat Islam. Walaupun kita percaya bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, ada pengajarannya dan ada sebabnya; kita tidak boleh tidak dari untuk cuba melakukan yang terbaik untuk agama kita, diri kita, masyarakat disekeliling kita. Pengurusan tekanan atau "stress management" perlu diambil peduli oleh setiap dari kita. Samada mengambil kaedah spritual atau pun emotional. Apapun, ianya alat bermanafaat untuk "stop for a while and enjoy the flowers around us".
6.14am @ Schaumburg, Ilinios
May 17, 2010
No comments:
Post a Comment