Monday, May 17, 2010

Stop for a while, Smell the flowers...

Schaumburg: "Stop for a while and smell the flowers", bergitulah lebih kurangnya bunyi ayat dalam bahasa ingeriss nya yang membawa kepada maksud untuk berhenti seketika dan menikmati keindahan alam. Ayat ini juga bertujuan untuk kita berhenti dari perjalan kehidupan kita seketika dan melihat disekeliling kita. Dimana kita sekarang, pada musim apakah kita sekarang, apakah yang sedang berlaku dikeliling kita sekarang.
Spring 2010 @ Chicago Botanic Garden
Kita seringkali terlalu focus keatas apa yang kita lakukan dan terlupa untuk berhenti sebentar. Ini selalunya kita perkatakan pada kita yang berlari mengejar kejayaan kerjaya tanpa ada kesedaran untuk melihat apa yang berlaku disekeliling kita. Allah SWT menjadikan siang untuk kita mencari rezeki dan bila malam melabuhkan tirainya adalah untuk kita berehat sebentar. Malah, dalam kita mengerjakan solat, ada tomaqninahnya bukan seperti seekor ayam sedang memakan padi dengan tidak mengangkat kepalanya langsung.

Black tulips: Spring @ Chicago Botanic Garden
Apabila kita berhenti sebentar untuk melihat sekeliling kita, ini akan membawa kita kepada berfikir apa yang kita lakukan releven ataupun tidak dengan kehendak semasa berpandukan prinsip-prinsip yang kita percaya. Ini memberi tunjuk arah agar perjalanan kita terpesong, tidak teralih arah dan tidak melencong dari matlamat yang telah kita letakkan. Allah tidak menjadikan malam dari tiada kepada ada adalah secara tidak sengaja kerana Allah mampu dan berupaya untuk tidak menjadikan sesuatu apa pun. Namun jika kita berfikir akan hikmah kejadian makhluk Allah SWT ini, kita akan lebih takut pada Yang Maha Berkuasa ini. Kejadian malam untuk memberi ruang kapada kita bermuhasabah, berehat serta mengumpul tenaga untuk menghadapi hari siangnya nanti.
Bleading Heart Flower: Spring 2010 @ Chicago Botanic Garden
"Stop for a while and smell the flowers" lebih kepada untuk memberi gambaran bahawa terdapat perkara disekeliling kita yang sebenarnya indah. Kita terlalu taksub dalam sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa sedar bahawa musim telah berubah dan pokok sudahpun mengeluarkan bunganya. Ungkapan ini jarang sekali kita dengan dalam masyarakat kita kerana iklim negara kita bukanlah iklim empat musim. Namun pengajarannya masih relevan kepada kita semua.
Saya tertarik kepada ungkapan ini setelah bercakap tentang perbezaan budaya kerja antara barat dan timur, antara sesuatu bangsa dan budaya. Sering diperkatakan bahawa budaya kerja masyarakat Jepun yang akan bekerja sehingga lewat malam berbeza dengan budaya kerja penjawat awam di negara kita Malaysia. Dan dikhabarkan bahawa jumlah kes bunuh diri di Jepun adalah yang tertinggi di rantau ini jikapun tidak di dunia atas sebab tekanan dalam kehidupan. Kita boleh menafikan bahawa kes membunuh diri di Malaysia juga meningkat. Pada tahun ini saja kita dihidangkan dengan beberapa kes yang serupa di dada-dada akhbar. Dan yang lebih menyedihkan adalah ada yang melibatkan umat Islam. Walaupun kita percaya bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, ada pengajarannya dan ada sebabnya; kita tidak boleh tidak dari untuk cuba melakukan yang terbaik untuk agama kita, diri kita, masyarakat disekeliling kita. Pengurusan tekanan atau "stress management" perlu diambil peduli oleh setiap dari kita. Samada mengambil kaedah spritual atau pun emotional. Apapun, ianya alat bermanafaat untuk "stop for a while and enjoy the flowers around us".

6.14am @ Schaumburg, Ilinios
May 17, 2010

Friday, May 14, 2010

Doa Saidina Abu Bakr RA

Doa Saidina Abu Bakr RA ini merupakan salah satu doa yang dikumpul oleh Al-Ustaz Hj Muhammad Ismail bin Salleh semasa hidupnya. Al-Ustaz telah menulis beberapa kitab tauhid yang harus menjadi panduan kehidupan. Saya amat tertarik dengan susunan doa Saidina Abu Bakr RA dan ingin dikongsi bersama. Doanya yang diterjemahkan di bawah:


“Ya Allah, bahawasanya engkau telah mengadakan permulaan makhluk, daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan engkau, kepada mereka itu, kemudian engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga, dan satu puak untuk neraka, maka engkau jadikanlah aku untuk syurga, dan jangan engkau jadikan aku untuk api neraka.

Ya Allah bahawasanya engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak, dan engkau memperbezakan mereka itu lebih dahulu, sebelum engkau mengadakan mereka itu, maka engkau jadikan mereka daripada mereka itu ada yang celaka, dan ada yang bahagia, dan ada yang sesat, dan ada yang dapat petunjuk, maka janganlah engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat-maksiat kepada engakau.

Ya Allah bahawasanya engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seseorang, sebelum engkau mengadakannya maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang engkau ketahui, maka engkau jadikanlah aku daripada orang yang engkau jadikan dia dengan berbuat amalan taat kepada engkau.

Ya Allah bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa ia kehendaki hingga engkau kehendaki, maka engkau jadikanlah kehendak engkau itu bahawa aku menghendaki barang apa yang menghampirkan akan daku kepada engkau (ia ini amalan taat & takwa).

Ya Allah bahawasanya engkau telah mengtakdirkan segala gerak-gerak hamba-hamba, maka ia bergerak sesuatu melainkan dengan izin engkau, maka engkau jadikan segala gerak-gerak ku pada takutkan engkau.

Ya Allah bahawasanya engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan, dan engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu, ada orang yang mengerjakan dengannya, maka engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu.

Ya Allah bahawasanya engkau telah mengadakan syurga dan neraka dan telah engkau jadikan bagi tiap-tiap satu daripada keduanya itu ahli “yakni ahli syurga dan ahli neraka”, maka engkau jadikanlah akan daku daripada penduduk-penduduk syurga engkau.

Ya Allah bahawasanya engkau menghendaki dengan sesuatu kaum itu kesesatan dan engkau sempitkan dengannya dada-dada mereka itu, maka cerahkanlah dadaku bagi keimanan, dan perhiaskanlah akan dia pada hatiku.

Ya Allah bahawasanya engkau telah mentadbirkan segala perkara-perkara, dan telah engkau jadikan kembalinya “segala perkara itu” kepada engkau maka hidupkanlah akan daku kemudian daripada mati kehidupan yang baik, dan hampirkanlah akan daku kepada engkau pangkat mertabat ketaatan.

Ya Allah barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannya dan harapannya lain daripada engkau, maka engkau ialah kepercayaanku dan harapanku, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah. Selawat Allah keatas Nabi Muhammad SAW”.


Semuga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus berdoa & dan bergantung harap kepadaNya. Sesunguhnya doa itu adalah senjata orang-orang mukmin.


10.59am @ Schaumburg, IL
May 13th, 2010

Wednesday, May 12, 2010

IMTIYAZ SMKTJ 2011

Saturday May 7th, 2010, Kulim: I was invited by SMK Taman Jelutong, 09000 Kulim to be one of the panelists for the Career Nite. The Audience was students in form 4 and 5. Not sure what to talk, I decided to have a short discussion with Ustaz Rahim Sudin and proposed a perspective. It was 4pm on Saturday itself before I turned on my laptop to prepare a presentation (last minutes again… I am never changed). Alhamdulillah, with the help from Allah, the presentation was ready within 2 hours. I was having a thought that preparing my slides was tough until I realized that finding the school was tougher. I left home at 6.40pm and only arrived in SMKTJ 8.05pm.

As I entered the hall, I was told that there were presenters who are an engineer, a university’s lecturer, a doctor, a lawyer, a scientist and a hafiz ustaz. I was wondering where am I in between these professionals in their respective fields. Nevertheless, I feel good about my career so far. I feel good what I am doing today and the progress I making and the best of all, the choice I made for my career. Other than two familiar faces amongst the presenters, the rest are aliens to me.

The program started late due to technical problems of the LCD projector and sound system. As the first speaker, I decided to talk about what does it takes to have a good career instead of talking about my job. I talked about Real Madrid football player Christiano Ronaldo and GP Champion Valentino Rossi. I am asking myself, why I am not able to give a local example. No answer to this. Maybe I need to do a lot more research not to do the slides at 4pm of the presentation day :)

Again, I thanked Allah for His help that gave me the courage and thought flow for my speech. I managed to deliver what I had intend to talk and now I am waiting for a feedback from the school on my presentation. Insya-Allah with the feedback, I will try to improve further myself.

The program ended around 11.30pm. During the Q&A session I was asked these questions:
• I want to be a business person, what degree should I pursue?
• What is the job of a marketing person?
• Can I become a businessman right after university?
• How much is do you (me) earn monthly? (Even my mom never ask this)
• How much capital should I have to have to start a business?
• What should I work after my university? (this question kills me… either I am not clear in what I had presented or he didn’t get the message)
• If I work for Motorola, can I get free phone?
• Why do you choose to work with this company?
• My parent wants me to be a lawyer, but I want to be a forensic specialist, what can I do?

Above all, I am happy to share my little experiences that I have in my career days with these young talents. No one knows that one day they are the leaders that will change the world while never forget that they are the slave of Allah. As I drove back home, I told myself, should I were given the same talked 25 years ago, am I a different person today? Verily, we can plan but at the end of the day, the plan of Allah that will take place.

Finally, I pray to Allah SWT so that all the students of SMKTJ will always in the blessing of Allah and the IMTIYAZ program will achieve its objectives and goals. Ameen.

Note: You can get a formal report about this program at http://pembinapenang.wordpress.com/

11:16am @ 35,000 feet above South China Sea
May 10th, 2010

Monday, May 10, 2010

Syurga di bawah tapak kaki ibu

Kasih ibu membawa ke syurga
Hari Ahad pada minggu ke-2 dalam bulan Mei setiap tahun, ramai akan merayakan Hari Ibu. Tarikh ini merupakan tarikh yang diraikan di Amerika Syarikat dan majority di negara-negara lain. Namun beberapa buah negara lain menetapkan tarikh yang lain untuk meraikan Hari Ibu. Hari ibu ini diasaskan oleh sekumpulan wanita yang ingin meningati kematian ibu-ibu mereka dengan mengadakan upacara keagamaan di gereja-gereja. Setelah beberapa dekat, meraikan hari ibu bukan lagi satu upacara keagamaan di Amerika malah ia merupakan hari untuk mengingati ibu tersayang. Tambahan lagi dengan nilai komesial yang mencecah ratusan juta dollar Amerika dengan jualan barangan serta promosi lain.

Islam meletakan ibu bukan sehari dalam setahun. Islam menghargai jasa ibu melalui hadis-hadis nabi serta ayat-ayat Kalam Allah SWT. Kedudukan tinggi yang diberi kepada ibu hinggakan seorang anak tidak boleh mengherdik ibunya walau dengan perkataan “ah” sekalipun. Pepatah “Syurga di bawah tapak kaki ibu” membawa makna bagaimana seseorang anak itu harus menghormati ibunya. Usah dipertikaikan tugas dan tanggungjawab seorang ibu membesarkan kita jika itu masih tidak menyakinkan kita, lihat saja bagaimana seorang ibu membawa kandungan anakya semasa masih di dalam rahim lagi selama 9 bulan. Tiada pernah rasa penat membawa perut yang besar, tiada pernah merungut akan kesukaran untuk berjalan, tidur serta membuat kerja seharian semasa 9 bulan ini. Lihat juga bertapa peritnya sakit bersalin namun, senyuman lebar dilemparkan kepada bayi yang baru dilahirkan tanpa rasa benci disebabkan kesakitan melahirkan bayi tersebut.

Hampir 43 tahun yang lalu, emak melahirkan saya dan hingga ke hari ini, emak masih merasakan saya seperti seorang anak kecil apabila bercakap dengannya. Pertanyaan dan nada percakapan melahirkan rasa kasih dan sayang tanpa ada sebarang batasan. Emak tidak pernah mengungkit penat jerit membesarkan kami berlima dan tidak pernah meminta balasan atas semua usaha tersebut. Saya pasti, tidak ada nilai wang yang boleh kami berlima membayar jasa emak selama ini. Terima kasih mak!!

Saya pernah dikritik kerana bercakap pasal hari ibu. Kata mereka, hari ibu bukan budaya orang Islam dan dalam Islam tidak pernah ada hari ibu. Ibu dihargai setiap hari. Saya bersetuju dengan pendapat ini, namun memastikan kita berfikir tentang ibu pada satu hari dalam setahun, tidak lah salah rasanya. Ini kerana, kita selalu tidak menghargai apa yang kita ada hinggalah ianya hilang begitu saja.

Saya ingin meminta anda berfikir sejenak peranan ibu kita semasa hidupnya:
Seorang isteri kepada suami
Seorang ibu kepada anak-anaknya
Seorang pekerja kepada majikannya
Seorang pendidik kepada generasinya
Seorang hamba kepada Yang Maha Esa
Seorang pengurus kepada hal-ehwal rumahtangganya
Seorang tukang masak yang hebat
Seorang juruhias dalaman (interior designer) untuk rumahnya
Dan banyak lagi yang mungkin tak terhitung banyaknya
Dan dengan semua tugasan-tugasan yang mencabar ini, tidak pernak satupun dari tugas ini terlepas darinya.

Kami berdoa untuk semua insan yang bergelar ibu:

Ya Allah, Tuhan sekelian alam, kami bermohon pada mu Ya Allah, Engkau ampunilah semua dosa-dosa mereka, samada dosa yang terdahulu, sekarang atau yang akan datang. Ya Allah, Engkau kasihi lah mereka sebagaimana mereka mengasihi anak-anak mereka. Ya Allah, Engaku berkatilah kehidupan mereka denga limpahan rahmatMu, hidayahMu. Murahkanlah rezeki mereka Ya Allah, berkatilah rezeki mereka Ya Allah.Ya Allah Yang Maha Pemurah, Engkau masukkan mereka kedalam syurgaMu ya Allah. Jauhilah mereka dari azam malikat maut, azam kubur dan kesukaran di hari akhirat. Limpahkan mereka dengan nikmat kubur, kesenangan di hari akhirat. Ya Allah, matikan lah mereka dalam iman kepada mu Ya Allah.

Someone may say: “What so great about Mother’s Day?”

I will say: “Yeah… I am not sure how great a Mother’s Day is but I am so sure how great my mom is!”

To all the Moms… HAPPY MOTHER’S DAY 2010

Bertam
May 8th, 2010

Thursday, May 6, 2010

100 Darjah Celsius

Perbezaan antara kecemerlangan dan pencapaian yang biasa dalam kehidupan kita selalunya sangat kecil. Namun imbuhan kecemerlangan atau yang menjadi juara adalah cukup besar jika dibandingkan dengan yang tidak menjuarai sesuatu pertandingan. Air akan menjadi cukup panas pada 99 darjah celsius tetapi dengan perbezaan satu darjah kepada 100 darjah celsius, air akan mula bergelegak (boiling) dan mengeluarkan stim. Keupayaan stim ini dapat mengerakan lokomotif yang beratnya boleh mencakap ribuaan kilogram. Bayangkan... dengan hanya perbezaan satu darjah celsius, air bertukar dari sifatnya yang hanya panas kepada satu jenis gas yang telus (transparent) dan mempunyai kekuatan yang tak terhingga. Stim ini juga boleh menjana kuasa elecktrik yang boleh menerangkan satu bandaraya.

Saya ingin berkongsi beberapa contoh 100 degree celsius dalam kehidupan kita sebagai satu perkongsian minda untuk kita semua serta menjadi ingatan kepada diri saya untuk terus memacu kecermelangan dalam kehidupan kita semua, insya-Allah. Saya berdoa agar contoh-contoh ini akan mencetus sedikit motivasi dalaman kita dan terus berazam untuk menjadi hamba Allah yang sebaik mungkin.

100 darjah celsius Akademik
Mendapat A dalam akademik memerlukan markah sekurang-kurangnya 85%. Namun jika kita hanya mampu mendapat 84%, perbezaan yang sedikit ini bakal membezakan kita samada dapat memasuki universiti pilihan atau tidak. Jika kita bangun untuk berusaha memberi komitment 100 darjah celsius dalam pelajaran kita bersama doa, insya-allah kita mungkin akan berjaya mengondol A dalam pencapaian akademik kita.

100 darjah celsius pencapaian
Perbezaan antara Husin Bolt (pemenang pingat emas 100M dan 200M sukan Olimpik 2008) dan pemenang tempat kedua adalah nano saat. Menjadi pemegang pingat perak atau gangsa adalah satu kegagalan dalam sejarah sukan. Tidak ramai yang ingat siapakah yang mendapat tempat kedua dalam sesuatu acara. Untuk menjadi sesaorang yang mencipta sejarah, tempat kedua bukanlah satu pilihan.

Dalam pertandingan golf PGA selama 25 tahun, purata perbezaan pukulan antara pemenang dan tempat kedua adalah kurang dari 3 pukulan, namun perbezaan imbuhan hadiah kemenangan hampir 50%. Lagi sekali, dengan perbezaan sangat kecil antara yang menang dan kalah bolem membawa perbezaan yang cukup besar dari segi balasan.

Perkara yang sama dapat kita perhatikan dalam perlumbaan sukan permotoran Formula 1. Perbezaan masa untuk permenang tempat pertama dan kedua cukup sedikit. Hanya yang terbaik dalam terbaik dapat berdiri di podium bernombor 1.

100 darjah celsius kebolehan
Saya juga ingin berkongsi kisah Nabi Sulaiman AS seperti yang ada dalam Al-Quran yang mana Nabi Allah Sulaiman AS bertanyakan kepada bijak pandai siapa yang boleh membawa istana Puteri Balqis kehadapan Baginda Nabi Allah Sulaiman AS sebelum tibanya Puteri Balqis mengadapnya. Surah Naml ayat 38-40:

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

Kisah Nabi Allah Sulaiman AS ini memberi penekanan bahawa perbezaan dalam kebolehan memberi kelebihan. Jika dilihat dari darjah kecepatan duduk ke posisi berdiri berbanding dengan kerlipan mata, tidak banyak perbezaannya namun, orang yang berpengetahuan dari Kitab Allah ini telah berjaya membawa singgahsana Balqis ini lebih cepat dari Jin Ifrit.

Kisah di atas memberi pengajaran kepada kita bertapa pentingnya untuk menduduki tempat pertama dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Sikap tidak mudah terima bahawa tempat kedua sudah cukup bakal mencetus motivasi dalaman yang akan terus memacu tenaga, minda serta upaya untuk menjadi insan yang cemerlang disisi Allah SWT, Insya-Allah.

11.25am @ Cyberplex
May 5th, 2010

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja 2010

Selamat hari pekerja
Buat semua pejawat awam dan pekerja swasta
Tak kira rakyat Malaysia, Indon atau Bangla
Hari ini kita rehat badan, rehat minda

Jadi pekerja ada harinya
Jadi pekerja ada imbuhannya
Jadi pekerja ada majikannya
Jadi pekerja bukan jadi hamba

Namun kita tak boleh lupa
Yang kita ini hamba pada Yang Maha Esa
Hamba Allah tak ada hari cutinya
Hamba Allah tak ada waktu tugasanya
Hamba Allah hanya pasrah akan redha-Nya
Kita tak punya hak nak tanya apa-apa
Tak punya "entitlement" dalam imbuhannya
Kita doa Allah beri apa saja
Tak mampu untuk masuk syurga-Nya
Dengan ibadat yang tak seberapa
Namun tak sanggup untuk ke Neraka-Nya
Mohon belas, ehsan, Allah subhanahuwataala
Agar kita menjadi penghuni Syurga Firdaus-Nya

Kita bekerja bukan saja untuk dunia
Kita niat agar tugas menjadi ibadat untuk Nya
Sebab semua itu bermula dengan niat kita
Jika niat itu betul di lafazkan kita
Insya-Allah, dunia ada, ibadat ada

Pada-Mu ya Allah Subhanahuwataala
Kami mengharap redhaMu sebagai pekerja
Agar rezeki yang kami dapat ini halal belaka
Tidak ada unsur haram & subahat didalamnya
Jadikan kami sentiasa berjaya
Dalam semua tugasan dan kerja-kerja
Tidak malas dan curi tenaga
Pada Mu ya Allah kami memaling muka
Mengharap kerja kami dibalas syurga


1.53pm @ Bertam
May 1st, 2010