Tuesday, September 13, 2011

Cahaya Menerangi Kegelapan: Maksud hadis yang menerangkan Allah SWT memuji dir...

Cahaya Menerangi Kegelapan: Maksud hadis yang menerangkan Allah SWT memuji dir...: Dan ertinya meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib RA daripada Nabi Muhammad SAW ,bahawasanya ia bersabda: Bahawasanya Allah SWT memuji di...

Cahaya Menerangi Kegelapan: Kandungan Doa Nabi Allah Hidzir 'Alaihisalam

Cahaya Menerangi Kegelapan: Kandungan Doa Nabi Allah Hidzir 'Alaihisalam: Maksud kandungan doa ini ialah : Ya Allah! , sebagaimana engkau amat mengasihani kepada kebesaran engkau tanpa ada bandingannya kasih sa...

Thursday, September 1, 2011

Peningkatan Berterusan

Alhamdulillah, segala syukur kepada Tuhan sekian alam, Tuhan yang awal tiada berawal dan akhir yang tiada berakhir. Segala puji bagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah telah memberi kehidupan yang membolehkan kita terus hidup hingga berupaya kita menghabiskan Ramadhan 1432 dengan nikmat kesihatan serta kemudahan untuk beramal ibadah. Tiada ada hadiah yang lebih baik dari berupaya nikmat Ramadhan.

Selepas 3 hari meninggalkan Ramadhan 1432, haruslah didokumentasikan prestasi Ramadhan yang lalu agar ia menjadi "baseline" untuk Ramadhan yang akan datang, insya-Allah, jika Allah mengizinkan umur dan kesihatan yang baik. Mengetahui baseline akan memberi kita satu kayu ukur dimana kita hari ini dan kemana yang akan kita pergi esok. Proses mengdokumentasi adalah perlu kerana kita ini seorang insan yang sering lupa. Ini diyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Asr. Hanya orang-orang yang saling berpesan-pesan sahaja yang tidak akan kerugian.

Bulan Ramadhan yang bukan sahaja bulan nikmat yang ditimbunkan dengan perbagai kelebihan tetapi ia juga harus dilihat dari sudut bulan dakwah kepada diri kita. Andainya kita tersentuh dengan dakwah Ramadhan, maka Insya-Allah, akan ada perubahan selepas bulan Ramadhan ini. Perubahan yang baik ini biarlah sedikit namun berterusan. Amal soleh yang sedikit dan berterusan adalah jauh lebih baik dari yang banyak tetapi hanya sekejap. Antara peluang-peluang amal soleh yang boleh diteruskan adalah:

  • Puasa 6 hari di bulan Syawal
  • Puasa Isnin & Khamis setiap minggu
  • Amalan qiam pada penghujung malam
  • Berdoa pada waktu sahur (Surah Al-Imran:17)
  • Amalkan budaya infaq
  • Teruskan mengawal lidah, mata, telinga dan hati
Andainya kita bersungguh-sungguh untuk memperbaikan diri, maka inilah peluangnya..., insya-Allah, usaha yang bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.