Saturday, April 16, 2011

Visi & Misi: Insan Mukmin

Allah menjadikan manusia ini bukanlah untuk sia-sia sahaja. Ini dapat kita lihat dalam firman Allah SWT Surah Al-Mukminun: 115






"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya mencipta kamu sia-sia sahaja?"
Sebagai seorang makhluk yang dicipta oleh Allah yang mempunyai akal fikiran, maka sudah tentulah kita mempunyai tujuan hidup yang bermakna. Dalam sesebuah organisasi, tujuan kewujudan sesebuah organisasi itu boleh dilihat secara jelas dalam kerangka visi dan misinya. Begitulah juga dengan kita ini.



Visi kehidupan manusia adalah mengharap keredhaan serta keampunan Allah SWT. Keredhaan serta keampunan Allah SWT adalah "lesen" untuk kita menghuni syurga Allah SWT serta menjauhi neraka. Keredhaan dan keampunan ALlah SWT tidak akan tercapai jika kita hanya berpeluk tubuh dan hidup dalam khayalan semata-mata. Visi kehidupan akan terus menjadi impian mat jenin jika kita tidak menyinsing lengan berusaha untuk mendapatkannya. Takkala visi adalah impian yang tinggi menjulang, ianya harus dipasangkan dengan misi kehidupan ini.

Misi pula adalah sebab kita wujud di dunia ini. Misi kita adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan apa yang Allah SWT telah nyatakan dalam Surah Azzariyyat.
"tidak Aku jadikan Jin dan manusia ini melainkan (berbahagilah mereka itu dengan) beribadat kepada Aku"

Konsep beribadat kepada Allah bukanlah bermaksud yang Allah itu berkhendak akan ibadah makhlukNya tetapi sebagai misi makhluk Allah SWT supaya mencapai visi mereka. Ibadah yang bukan hanya ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat serta mengerjakan haji tetapi juga ibadah umum dalam menjalani kehidupan ini. Ibadah umum yang bergantung kepada niat seperti yang dinyata oleh Rasullullah SAW dalam hadithnya pada ketika hijrah dari Mekah ke Madinah.

Dalam catatan blog yang ringkas ini, andainya kita mampu meletakan visi serta misi kehidupan sebagai seorang mukmin yang benar, maka, Insya-Allah, usaha serta ibadah kita akan menjurus kepada visi dan misi ini.





Sunday, April 10, 2011

Life on the Fast Lane: Take a break!!

Minggu ini adalah dijangkakan 60 ribu penonton yang akan menonton perlumbaan Formula One (F1) Petronas di Litar F1 Sepang. Tak pasti berapa juta mata yang akan melekat pada screen TV seluruh dunia mengikuti perkembangan perlumbaan F1 kedua pada musim 2011 ini.

Tak kala hidup kita yang berada di laluan laju (fast lane) berjuta manusia membuat keputusan untuk berehat di litar Sepang atau didepan TV. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Islam telah lama membawa konsep "pause" dalam kehidupan kita. Lihat saja bagaimana mengerjakan solat yang sempurna. Kita tidak diminta untuk menunaikan 13 rukun solat secara "non-stop" tetapi diminta "berhenti sebentar" diantara dua rukun yang lebih dikenali sebagai "toma'minah". Toma'minah dalam solat mungkin beberapa saat sahaja. Namun dalam kehidupan kita, sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita berhenti sebentar dari kehidupan yang berada di laluan laju untuk bersolat. Bersolat ini merupakan berhenti sebentar dari mengejar kehidupan yang tidak pernah cukup, tidak pernah rasa puas dan tidak pernah ada garisan penamatnya.

Solat yang sempurna mampu menjadi isotonik penambah tenaga untuk kita terus berlumba mengejar keredaan Allah. Ini merupakan pit-stop seumpama dalam perlumbaan F1. Di sinilah minyak ditambah, roda ditukar and keadaan kereta diteliti untuk memastikan ianya berada pada tahap terbaik untuk bersaing. Pada masa kita berhenti untuk bersolat, anggota badan dijirus dengan wuduk, pergerakkan solat yang berbagai posisi mampu mengerakkan darah keseluruh anggota badan serta doa dan pengharapan memangkin kesuburan jiwa.