Thursday, February 24, 2011

Selamatkan lah Kami, Ya Allah

Apa nak jadi pada zuriat kita hari ini
Apakah jahil sangat umat islam ini
Apakah tak sampai seruan islam yang hakiki
Apakah terlepas pandang kita akan masalah ini
Apakah tiada lagi jalan untuk mengatasi
Apakah cukup dengan menangisi
Apalah nak jadi...

Ibu bunuh zuriat yang umur tak sampai sehari
Anak tikam ibu bertubi-tubi sampai mati
Ayah tersenyum bila dituduh sembelih anak sendiri
Ada jugak ibu humban anak dari pangsapuri tinggi
Ada cucu rompak dan bunuh datuk sendiri
Tak terikira banyak kes rogol anak sendiri
Perangai depa ni tak ubah macam jahilliyah di zaman sebelum nabi
Apalah nak jadi...

Ayuhlah bangun pemuda-pemudi
Ayuhlah bangun masyarakat madani
Ayuhlah bangun ibu, bapa atau anak-anak yang kecil sekali'
Sedarlah, kucing pun kita tak cekik mati
Hanya anjing pathmanaban yang ditembak mati
Binatang lain kita belai kita sayangi
Habis sangat kita halau agar ia pergi

Apakah manusia tiada nilai lagi
Dibunuh, sembelih atau rogol berkali-kali
Apakah kita lupa ketentutan ilahi
Neraka menanti kepada yang mengingkari
Syurga pula balasan kepada yang mentaati

Marilah kita bersama mentaati
Ajaran Islam yang hakiki
Agar hidup ini sentiasa dirahamati dan diberkati
Memang sukar mendapat apa yang dijanji
Melainkan dengan dugaan yang salih berganti
Sabarkan ya Allah akan diri ini
Menempuhi dugaan Mu ini
Berkati lah hidup ku ini
Rahmatilah zuriat-zuriat, zaujah kami
Berilah pedoman dalam mengharungi hidup ini
Peliharakan lah kami
Dari semua maksiat yang menjadi-jadi

Ya Allah, Janganlah kau uji kami
Dengan ujian yang tak dapat kami tanggungi
Berilah hidayah dan kasihani lah kami
Dan makhbulkan lah doa kami.

Wednesday, February 23, 2011

Kuasa Rakyat Atau Kuasa Allah?


Pemimpin menabur janji merata
Demi mendapat undi berjuta
Bermimpi indah menduduki tahta
Ditaburi harta, wang berjuta dan mungkin juga wanita
Ingatkan nak dok sekejapa saja
Rupanya dia ingat ini kuasa dia yang punya selama

Rakyat menjadi muak dengan mereka
Mesir jatuh selapas Tunisia
Ini giliran Gadaffi Libya
Yang masih teguh memegang tahta
Guna segala tentera lawan rakyat jelata
Guna senjata merempuh rakyat tak berdosa
Imam Qardawi dah keluar fatwa
Gadaffi layak dibunuh saja
Berbanding Mubarak, Gadaffi ni lebih bisa
Bunuh sana, bunuh sini demi dia ada ditahta

Mungkin ini satu pertanda
Bahawa rakyat dah mula celik mata
Bukan lagi macam lembu dicucuk hidungnya
"People power" menjadi senjata
Ombak perubahan telah merebak merata
Di Yaman, Bahrian serta lain negara
Meminta pemimpin turun tahta

CNN, BBC dan jugak Al-Jazeera
Mencanang bertapa kuasa rakyat jelata
Tapi kita jangan Lupa
Bahawa ini Allah punya kuasa
Kalau Allah tak perkenan doa
Biar beratus juta rakyat bersuara
Tidak akan ada perubahan jua
Melainkan rakyat putus asa
Seperti yang berlaku di negara China
Ribuan mati dimuncung senjata
Namun pemimpin sama masih berkuasa

Apa akan jadi di negara Malaysia
Bilakah Islam akan berkuasa
Jangan lupa untuk terus berdoa
Disamping usaha untuk mengubah suasana
Agar Islam menduduki persada

Tahniah ISMA Kepala Batas

Pemimpin yang baik adalah seperti cahaya yang menerangi
malam.
ISMA Kepala Batas, Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Agong ke-2 semalam di Pejabat ISMA Penang. Tak dapat menghadirkan diri sebab bertugas di luar bandar untuk minggu ini. Dapat email dari Ustaz Rahim mengenai keputusan pemilihan kepimpinan baru ISMA cawangan Kepala Batas:








YDP: Ustaz Hamidi Abu Hassan
NYDP: Ustaz Mohd Yusuff Abd Mutalib
KW: Ustazah Norhayati Abd Wahab

AJK:
1. Ustaz Abdul Rahim Sudin
2. Azizol Khairi Mispan
3. Rozaini Othman

Tahniah kepada semua yang terpilih untuk menerajui ISMA Kepala Batas ini. Bukanlah mudah untuk ada individu yang sanggup memegang jawatan yang berat ini tambahan lagi, tiada imbuhan wang ringgit sebagai balasan melainkan mengharapkan keberkatan dari Allah SWT. Doa saya agar semua diberi kesihatan yang baik, buah fikiran yang bernas serta tenaga yang tidak ada batasan untuk membawa ISMA Kepala Batas ke arah kecermelangan, Insya-Allah.