Saturday, June 12, 2010

Tidur bola, Makan bola....



Semalam dah mula sepak mula
Pesta bola sepak piala dunia
32 negara berentap merebut piala
Berjuta ringgit diguna untuk sedia
Pada masa Palestine tak punya apa

Kita bangun pagi-pagi buta
Buka TV 1,2, atau tiga
Nak tengok pasukan berlaga
Tak perlu disuruh untuk berjaga
Inilah yang dinama "qiam bola"


Hari biasa tak mampu nak jaga
Untuk beberapa rakaat tahajjud pada Allah Taala
Apatah lagi nak jaga sejam dua
Nak buat solat tasbih, mintak ampun semua dosa

Mari kita tanya kita semua
Apakah adil kita pada Allah
Pada bola semua boleh saja
Untuk Allah kita berkira

Saya nak pesan pada saya dan semua
Kita solat dulu baru tengok bola
Dua hari lagi Bulan Rejab nak mula
Boleh sahur sekali masa tengok bola
Esok harinya kita semua berpuasa

Mari kita semua berdoa
Dalam keghairahan tengok bola
Jangan lupa apa yang berlaku di Palestine sana
Saudara kita dok menderita
Kalau kita simpan duit makan sebab berpuasa
Boleh lah kita infaq buat saudara palastine kita

Pada masa pesta bola sepak piala dunia
Kita tidak lupa pada Allah Taala
Kita tak pula pada Palestine yang menderita
Walaupun kita luang masa tengok bola
Qiam pada malam hari untuk Allah dibuat juga
Infaq pada Palestine sebab puasa di teruskan juga
"Menyelam sambil minum air" namanya


9.31am @ Tangkak
June 12th, 2010

Tuesday, June 8, 2010

Kisah Tikus dan Kala Jengking

Semasa saya menghadiri satu sessi pembicangan mengenai kepimpinan dinamik dan persoalan samada sifat kepimpinan itu boleh dibentuk atau tidak, salah seorang dari rakan saya bercerita tentang kisah seekor tikus dan kala jengking.

Alkisah ada seekor tikus yang telah terkehel kakinya dan ia perlu merentasi sebatang anak sungai yang arusnya agak deras. Tikus ini sedar bahawa dalam keadaan kakinya yang tidak kuat, nescaya ia akan dibawa oleh arus yang deras itu dan mati kelemasan. Dalam mencari jalan untuk merentasi ank sungai tersebut, ia bertemu dengan seekor kala jengking di tepi tebing sungai. Maka ia berfikir untuk meminta pertolongan dari kala jengking itu. Tikus itu pun menyapa kala jengking dan bertanya jika kala jengking itu sanggup menolongnya merentasi arus sungai yang deras ini. Kala jengking itu sanggup menolong si tikus. Namun, si tikus agak was-was dan takut jika ia disengat oleh kala jengking yang sangat berbisa itu.

Si tikus meminta kala jengking itu agar tidak menyengatnya semasa menolongnya melintasi arus sungai itu. Lagi sekali, kala jengking ini bersetuju untuk tidak menyengatnya. Maka dengan senang hati si tikus ini pun merentasi arus sungai itu sambil ditarik oleh kala jengking yang sangat berbisa. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berjaya sampai ke seberang tebing dengan selamatnya. Si tikus pun dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada si kala jengking atas kesudiannya menolongnya.

Tak kala si tikus ingin melangkah pergi, dengan tiba-tiba kala jengking yang sangat berbisa itu terus menyengat si tikus tadi. Si tikus terus rebah dan terketar-ketar menahan bisa sengatan kala jengking. Dalam mengharung kesakitan si tikus bertanya kepada si kala jengking:

Tikus: Kenapa tuan bersusah payah menolong saya menyeberangi sungai dan kemudiannya menyegat saya? Sedangkan tuan telah berjanji untuk tidak menyengat saya?

Kala jengking: Saya adalah seekor kala jengking. Dan kerana itu, saya pasti akan menyegat.

Begitulah kisah seekor tikus and seekor kala jengking. Iktibar dari kisah ini adalah untuk kita sentiasa berhati-hati bila meminta tolong pada seorang musuh. Apatah lagi jika kita membuat perjanjian dengan musuh.

Wednesday, June 2, 2010

Save Palestine

Cyberplex: Hampir semua tajuk-tajuk utama akhbar memaparkan berita kekejaman Yahudi Israel menceroboh, membunuh serta mencederkan aktivis kemanusiaan Palestin di atas kapal Mavi Marmara. Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan serta sukarelawan untuk membantu saudara-saudara telah ceroboh dengan rakusnya serta bongkak dengan kelengkapan ketenteraan.

Sikap rakus Israel laknatullah ini menunjukan bahawa Israel laknatullah ini bongkak dan sombong tanpa mengira hukum dunia bahawa kapal Mavi Marmara bukanlah sebuah kapal perang dan juga sedang berada di perairan antarabangsa. Israel laknatullah ini berani melakukan semua ini kerana ia tahu bahawa sekutu-sekutu besar dunia berada dibawah ketiak mereka antaranya Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan PBB. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kepada kita.

Persoalannya: Apakah peranan yang mampu kita laksanakan sebagai seorang Muslim? Disini ada beberapa cadangan yang boleh kita ambil dalam kapaisiti kita yang terhad:
  • Membenci sebenci-bencinya tindakan Israel laknatullah ini. Bukan sahaja dengan membenci, kita harus bercakap akan kebencian kita terhadap tidak tanduk Israel kepada linkungan rakan-rakan supaya arus kebencian kepada Israel ini tidak padam dan terus berkembang.
  • Berani untuk TIDAK memilih barangan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada Israel. Senarai barangan ini dapat dilihat di: www.muslimconsumer.org.my/ppim
  • Tarbiah ahli keluarga kita supaya tidak terpengaruh dengan media yang memperkecilkan tindakan Israel ini
  • Ambil tindakan menyokong aktiviti-aktiviti membantu saudara-saudara kita di Palestin. Antaranya program "Fast for Palestine" yang boleh dilaksanakan di rumah bersama-sama ahli keluarga. Perbelanjaan sekolah dan makan pada hari itu disalurkan ketabung-tabung bantuan kemanusiaan Palestin
  • Gunakan media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain untuk terus berbicara tentang Israel dan Palestin. Mainkan peranan untuk mengajak ahli media sosial kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai Muslim
  • Meminta pertolongan Allah membantu aktivis bantuan kemanusian yang sedang dalam tahanan Israel. Ajak ahli-ahli keluarga berdoa & bersolat hajat setiap hari. Jika ada diantara kita yang mempunyai pengaruh keatas surau-surau atau masjid-masjid di tempat kediaman kita, minta diadakan solat hajat, qunut nazilah dan doa kepada Palestin serta aktivis bantuan kemanusiaan.
  • Hadir memberi sokongan dalam demonstrasi membantah tindakan Israel.
Marilah kita bersatu hati sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah SWT untuk membantu saudara seIslam kita di Palestin dimana terletaknya Kiblat pertama kita supaya Masjidil Aqsa terus selamat dan dihormati.

9.55am @ Cyberplex
June 1st, 2010