Bukit Pemanah & Wadi Akiq. Bentuk mukabumi menjadi strategi Rasullullah SAW dalam Perang Uhud |
"(ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal" Al-Imran:122Rasullullah telah menyusun strategi:
- Mengambil tempat dimana bukit Uhud di belakang tentera Muslimin dan Kota Madinah di depan tentera Muslimin. Ini meletakkan tentera quraish berada di tengah-tengah antara bukit Uhud dan Kota Madinah
- Kedudukan tentera Muslimin agak terbuka kepada serangan namun Rasullullah SAW telah menempatkan 50 orang pemanah terbaik untuk mengambil tempat di atas bukit kecil (bukit pemanah) yang bawahnya akan menjadi laluan tentera quraish yang akan menyerang tentera Muslimin dari belakang. Keputusan yang strategik ini menutup kelemahan posisi tentera Muslimin. Baginda SAW bersabda "kawallah bahagian belakang kami, jika kamu lihat kami terbunuh maka jangan dibantu, jika kamu lihat kami mendapat harta rampasan, maka jangan turun menyertai kami"
- Rasullullah SAW meletak satu pasukan di kanan diketuai Al-Mundhir bin Amru, satu pasukan di kiri yang diketuai oleh Al-Zubayr bin Al-Awwam. Al-Zubayr di beri tugas khas iaitu mengekang tentera berkuda Khalid Al-Walid. Di tengah satu pauskan yang handal dan berani untuk bertempur.
Bukit Uhud berdiri teguh di belakang tentera Muslimin semasa Perang Uhud |
Strategi Rasullullah SAW menetup ruang belakang yang menjadi titik kelemahan (weak point) tentera Muslimin boleh diambil iktibar (morale of the story) dalam kehidupan kita:
- Dalam menghadapi musuh, fokus serta tenaga adalah untuk berdepan dengan musuh dan bukannya membuka ruang untuk musuh menyelinap masuk dan menyerang dari belakang. Bukit Uhud yang teguh dan tak mungkin didaki dari belakang memberi kenyakinan (peace of mind) yang tiada musuh yang boleh lolos. Dalam dakwah; kita seharusnya tidak membuka ruang kepada musuh untuk menyerang kita dan membuat kita sibuk bertahan dan tak punya masa untuk menyerang/berdakwah.
- Menganalisa kedudukan kita dipandangan musuh adalah penting untuk mengenalpasti titik kelemahan. 50 orang pemanah di atas bukit Pemanah adalah hasil analisa yang terperinci dan mengambil tindakan awal menutup ruang kelemahan.
- Strategi serampang 3 mata (kiri, kanan dan tengah) adalah juga bermaksud melihat sesuatu rancangan itu secara holistics dan memastikan kedudukan kita dalam posisi terbaik untuk kemenangan.
Sedikit catatan ini agar menjadi teladan dalam merangka strategi dakwah serta kehidupan. Wallahua'lam.